Mana Pak Cik Tan Yang Dulu

Terima kasih admin jika confession ni disiarkan.. Nama aku Maisara berasal dari selatan tanah air.. Aku ada seorang adik.. Umur awal 20an..

Berbalik kepada tajuk aku nak bawak korang kepada 5 tahun yang lepas diamana semasa arwah nenek aku masih hidup..

Arwah nenek aku memiliki 11 anak dimana semua sudah berkeluarga.. Kebanyakkannya menetap di selatan Sekarang aku akan fokus bercerita mengenai pak cik aku yang aku gelar Pak Cik Tan yang juga merupakan abang ayah aku…

Masa aku kecik Pak Cik Tan dan keluarga dia aku gambarkan seorg yang aku amakt hormat.. Walaupun kehidupan tak kaya tapi dia berusaha bawak teksi setiap hari..

Orangnya sederhana, tenang, pemurah, nak cakap lembut saja.. kalau ada mak cik2 tua yang naik teksi pak cik aku dia takkan charge mahal..

Aku tau sebab aku pernah ikut pak cik aku kerja.. masa aku kecik lepas balik sekolah aku akan duduk rumah Pak Cik Tan sementara tunggu Ayah aku jemput.

Sebab sekolah aku dengan rumah Pak Cik Tan ni dekat saja.. Tak sampai 2 km jalan kaki.. Rumah Pak Cik Tan ni sebelah saja rumah arwah nenek aku..

Tapi aku memang aku lagi suka duduk rumah Pak Cik Tan sebab boleh main kucing.. Haha.. Aku suka kucing…

Aku dulu nakal.. Pegi sekolah kasut putih balik tu memang penuh lumpur.. Haha.. Tapi sampai saja aku kat rumah Pak Cik Tan korang tau dia buat apa.. Dia basuh sikit2 then kapur balik kasut aku.. haha..

Asal nampak putih orang cakap.. Oh ye pak cik aku tu pembersih orangnya. Tak pernahlaa nampak sampah daun gugur depan rumah.. Rata saja.. Rumput pun segan nak muncul.. Tak pun putus asa nak hidup.. haha.

Aku memang senang dengan Pak Cik Tan dan keluarga dia.. Pak Cik Tan ni ada 6 anak.. Aku kenalkan dia sebagai Kak Cik a.k.a sepupu aku..

Masa kecik aku sangat rapat dengan kak cik. Kak cik ni kira cucu favourite arwah nenek.. Sebab dalam adik beradik dia sorang saja perempuan kot.. lagipun rumah sebelah saja dengan nenek..

Kak cik ni jugak rapat dengan ayah aku.. Ingat lagi masa tu bitthday kak cik.. Kak cik nangis2 takde sebab tak de orang sambut..

Pak Cik Tan ni dulu susah orangnya.. Kalau nak beli kek tu mau pikir banyak kali.. Aku tengok sajala kak cik nangis sambil ngadu dekat arwah nenek..

Kebetulan masa ayah aku nak ambik aku tu dia nampak kak cik nangis jadi ayah aku pon beli la kek sebiji.. Kak cik ni pun memang rapat dengan ayah aku..

Kalau jalan2 gi mana2 ayah aku mesti teringat kak cik and ajak dia sekali.. Pegi pulau ke pantai ke atau pegi bandar mesti kak cik ada..

Ayah aku kata kesian sebab Pak Cik Tan sibuk.. Biarla kak cik rasa macam kawan2 dia rasa.. Budak2 kan suka berjalan.. Kadang aku cemburu jugak.. Haha..

Tapi ada baiknya jugak kak cik ikut boleh main sama2. Oh ya aku ni anak tunggal sekejap.. Bila dah umur belasan baru dapat adik.. Hehe

Fast forward, bila dah semakin membesar, entah mana silapnya hubungan kekeluargaan kami renggang.. Jumpa setahun tu time raya saja.. Tu pun keluarga kami yang datang rumah Pak Cik Tan..

Tapi family Pak Cik Tan tak pernah la datang walaupum hari raya.. Pernah ayah aku tanya.. Pak Cik Tan cakap dia tak sempat sebab dulukan sedara mara yang jauh2 lepastu cuti sekejap saja..

Kami husnozhan saja.. Buat macam biasa.. padahal aku dah terasa kecik hati.. Iyala kami ni duduk sebelah kampung saja kot.. Tapi aku tengok ayah berlagak macam biasa aku pun buat macam biasa..

Masalah timbul bila atuk aku meninggal tinggalla arwah nenek aku kat kampung.. Masa ni arwah nenek aku ingat2 lupa. Nama anak2 dah tak ingat sangat.. Bila kenalkan diri baru ingat…

Cuma yang selalu nenek aku sebut setiap kali ada nak mintak bantuan mesti dua nama iaitu Pak Cik Tan dan ayah aku.. kalau save no kat hp 3310 tu banyak saja speed call yang kami dah setting..

Tapi mesti arwah nenek aku akan call no 1 atau 2 which is ayah aku no 2 dan Pak Cik Tan no 1.. Haha.. Anak2 lain dia dah tak ingat sangat nama..

Namun anak2 lain tak pernah lupa call nenek.. Kirim duit dekat ayah untuk perbelanjaan.. yelah boleh kata family aku dan Pak Cik Tan sajala yang dekat.. Yang lain walaupum ada yang sebelah daerah tapi dikira jauh la jugak..

Tapi alhamdulillah walaupun nenek ingat2 lupa time waktu solat fuh laju beb pegi ambik wuduk dan ngaji.. Pagi2 bangun untuk wirid.. Alhamdulillah.. Masa ni senang saja lagi jaga nenek.. Cuma nak kena tengokkan saja bila nak pergi bilik air.. Takut jatuh..

Masalah timbul bila bab penjagaan nenek aku.. Nenek aku ni duduk sorang kat rumah.. rumah aku dan nenek sebelah kampung.. Selalu saja ayah aku ajak duduk rumah kami..

Tapi tula.. Bertahan 2-3 hari lepastu dah mintak nak balik. Rindu rumah katanya.. Siapa nak bagi makan ayam dengan ikan..

Kadang ada jugak nenek ikut anak2 lain tapi memang seminggu paling lama.. Adik beradik ayah aku ni ramai perempuan.. Yang lelaki ada yang duduk luar daerah.. Jadinya tanggungjawab lebih terarah dekat pak ayah aku dan Pak Cik Tan..

Start dari sini aku dah nampak dah perubahan Pak Cik Tan.. Masa ni aku dekat universiti..

Ayah aku call weekend aku balik tak sebab nak mintak tolong jaga nenek.. Aku tak kisah saja.. Cuma pelik kenapa beban menjaga itu ayah aku sorang yang pikul.. Mana Pak Cik Tan..

Ayah aku tak pernah bersuara cuma aku sendiri tertanya dalam hati.. Kadang aku rebel jugak.. Darah muda.. Asyik aku yang jaga.. Mana anak2 Pak Cik Tan..

Anak Pak Cik Tan lelaki kot.. Kudrat lebih kuat.. Dulu kecik2 nenek selalu manjakan diorang.. iyela rumah dekat..

Dulu kecik2 cemburu laa.. Tengok kak cik dapat gelang emas dari nenek.. Adik beradik kak cik dapat jajan.. Mana kak cik kesayangam nenek.. masa ni kak cik dalam sem last di upsi..

Tapi masa dia balik cuti sem akj tak pernah nampak dia volunteer nak jaga nenek cuma datang2 kejap tengok lepastu balik rumah.. Walaupun rumah kak cik dengan nenek sebelah saja..

Tapi semua tu aku pendam saja.. Pernah aku jahat aku cakap dengan ayah aku ada assignment group masa weekend.. Padaha assignment aku dah siap saja.. Huhu..

Maaf ayah.. Disebabkan nenek dah makin tua dia memang dah tak nak tido rumah anak2.. Nenek akan jerit nama ayah aku kalau nak mintak apa2, nak makan ke.. Nak pergi kencing ke..

Masan i kesihatan nenek dah merosot.. Ayah berulang alik dari rumah ke rumah nenek semata2 nak tengok nenek.. Kadang kami tidur rumah nenek..

Tapi selalunya ayah la yang tidur.. Kadang nenek terkencing dalam kain setengah hari baru ayah aku perasan.. Iyelaah ayah aku pun kerja sendiri..

Mak aku pensyarah jadi memang tak dapat nak tengok nenek selalu.. Insan yang ayah selalu harapkan adalah keluarga Pak Cik Tan.. Isteri Pak Cik Tan ni suri rumah anak2 ada saja dekat rumah..

Tapi tak pernah nak ambik tahu urusan nenek.. Tengokan nenek dah makan ke belum.. Jatuh bilik air ke.. Iyela rumah dekat..

Aku kesian dekat ayah.. Walaupun macamtu ayah tak pernah nak mengadu dekat adik beradik lain…. Ayah aku cuma pernah bersuara kepada Pak Cik Tan.. Tapi yang mengejutkan aku Pak Cik Tan naik suara..

Dia kata ‘kalau kau nak jaga kau jaga.. Aku banyak kerja’.. Allah.. Depan aku pak cik yang dulu aku hormat keluarkan ayat macamtu..

Aku terkedu masatu.. Masa ni aku nampak ayah aku kecewa sangat.. Tapi ayah aku tak pernah nak cerita pada nenek.. Nenek ni kadang ingat.. Tapi bila dah lupa dia lupa semua.. Nenek aku selalu sebut2 nama Pak Cik Tan..

Padahal rumah sebelah saja.. Ayah aku cakap kat nenek dia busy tu.. Itu sajala yang mampu ayah aku cover..

Adik beradik lain datang bila cuti.. Kadang adik beradik ayah yang perempuan berkorban minta izin suami diorang untuk jaga nenek di kampung.. Tapi tulaa paling lama seminggu..

Lepastu ayah aku yang sambung.. Aku tak pernah nampak ayah aku tunjuk yang dia penat tapi aku nanpak dari mata dia.. Allah.. Mana pergi Pak Cik Tan..

Turning point bila aku sem 4.. Masa ni kak cik dah jadi bertygas sebagai guru.. Ayah aku hantar nenek aku kat rumah Pak Cik Tan sebab kami sekeluarga nak pergi ke majlis kawin saudara belah ibu di Perak..

Bila ayah datang saja bawak nenek dekat depan pintu lagi Pak Cik Tan naik suara.. Kenapa hantar kat sini! Allah..

Aku tengok nenek macam terkejut.. Ayah aku lagilaa macam tak sangka ayat tu yang dia keluarkan dari mulut Pak Cik Tan..

Aku tengok nenek dah mengalir air mata.. Allah.. Mana pergi Pak Cik Tan yang dulu.. isteri Pak Cik Tan tak keluar pun rumah.. Padahal aku tau isteri dia dan anak lelaki Pak Cik Tan ada dalam rumah.. Kak cik maseni dah bertugas di penang..

Ayah aku dengan perasaan geram cakap dengan nenek takpe.. Nanti ayah hantarkan duduk di rumah mak cik aku di sebelah daerah..

Nenek aku sepanjang perjalanan menangis saja.. Ada rahsia yang ayah aku tak cerita.. Ayah aku bukan jenis bercerita dekat anak2.. Mak aku je yang tau.. Masa ni akuntak faham kenapa Pak Cik Tan macamtu..

Aku ingat lagi masa ayah aku tinngalkan nenek dekat rumah mak cik aku.. Nenek siap cakap dia dah takde anak nama Tan (Pak Cik Tan)..

Masa ni berjurai2 ait mata kami.. Saksi kejadian ayah aku, ibu aku, adik dan mak cik aku.. Ayah aku cakap, jangan mak.. Tak baik cakap macamtu.. Keesokkan harinya waktu kami balik dari kenduri di Perak mak cik call cakap nenek dah nazak.. Allah..

Kami pun apa lagi cepat2 drive kereta.. Nasib baik masa ni kira2 1 jam lagi nak sampai rumah mak cik aku..

Sampai saja rumah.. Nenek panggil2 nama ayah aku.. Mak cik aku kata sepanjang malam nenek sebut2 nama ayah.. Nenek pesan jangan beritau Pak Cik Tan tentang keadaan nenek walaupun nenek dah tak ada pun..

Masa ni semua dah nangis.. ayah aku sempat pesan jangan macam tu mak.. Nenek sempat mengucap dan pergi dalam keadaan tenang..

Adik beradik ayah dah call tapi ayah serba salah sama ada nak bagitau Pak Cik Tan tak.. Tapi akhirnya ayah bagitau jugk Pak Cik Tan.. Tapi Pak Cik Tan tak sempat lihat jenazah..

Mungkin doa nenek agaknya.. Kalau ikutkan berbanding adik beradik lain Pak Cik Tan boleh sampai lebih awal.. Tapi masa ni pak cik cuma menangis tapi langsung tak bercakap dengan ayah aku dan mak cik.. Macam bukan keluarga.. Seolah olah kami ni orang asing..

Yang pelik dengan mak cik2 dan pak cik yang jauh boleh pulak dia berbual dan berpeluk menangis.. Aku pelik.. Mana pak cik aku yang dulu.

Seminggu lepastu barula aku tahu punca semua ni.. Pak Cik Tan kecik hati mengenai pembahagian harta..

Masa atuk aku hidup.. Arawah atuk aku ada banyak tanah.. Setiap anak diberikan tanah secara adil.. Cuma tapak rumah nenek dan rumah tu saja yang tiada penama.. nenek nak serahkan rumah tu pada mak cik aku sebab nenek aku ada pasang niat..

Kalau ada salah seorang anak2 dia yang buat apa yang nenek aku niatkan maka rumah dan tapak tanah tu akan menjadi kepunyaanya.. Niat apa tu aku pun tak tau.. Tapi memang mak cik aku yang dapat.. Ayah aku oke saja. Sokong keputusan nenek.. Tapi tidak pada Pak Cik Tan..

Sebab Pak Cik Tan cakap sepatutnya tapak dan rumah tu dia punya sebab dia yang banyak jaga nenek (ini yang Pak Cik Tan bagitau dekat adik beradik yang lain)..

Hmm.. Dalam hati aku nak saja bersuara dimana dia ketika kami mintak dia jaga.. Mintak tolong hantarkan makan pun susah apatah lagi nak mintak jaga..

Aku tak sangka pak cik yang aku hormat dulu dah berubah.. Pak cik aku marah ayah sebab sokong keputusan nenek nak bagi harta tu dekat mak cik aku.. Sebab tu laa Pak Cik Tan aku tu bermasam muka..

Tak lama lepas nenek aku meninggal macam2 fitnah keluatga aku dan mak cik dapat.. Adik beradik lain yang jarang balik kampung ada yang termakan fitnah Pak Cik Tan..

Hubungan keluarga dah berpecah belah.. Ada adik beradik yang tahu memang dia sebelahkan atah dan mak cik.. Aku tak sangka kerana harta yang tak seberapa pak cik aku berubah..

Ayah pernah pesan kat aku kita tak perlu kaya.. Cukup makan pakai sudah memadai. Harta banyakan boleh bawak mati…

Ayah aku memang kesal dengan Pak Cik Tan…. Aku dah tak kenal lagi Pak Cik Tan.. kalau ikut geram ayah, boleh saja dia ikut permintaan nenek untuk tidak call dia masa nenek meninggal….

Tapi sebab fikir tak nak pak cik aku mrnyesal ayah tetap panggil jugak Pak Cik Tan untuk melihat nenek walaupun tak sempat… Kerana harta putus hubungan keluarga, fitnah antara adik beradik, sanggup buang ibu.. Allah..

Tapi aku tengok dulu.. Kalau confession ni tersiar aku akan sambung dan mendapat sambutan aku akan cerrita mengenai kak cik yang bodoh sombong dan tak kenang jasa, husband kak cik yang biadab, kes saman dan betapa hebat lagi perubahan Pak Cik Tan.

Semuanya berkait dengan peristiwa ni.. Semuanya bermula dengan sekeping tanah.. Ya tanah..

– Maisara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *