Sebenarnya aku “triggered” bila baca satu confession dari seorang suami, yang korang boleh baca kat sini, (https://iiumc.com/diam-yang-
Apa yang aku boleh katakan, yang namanya manusia memang takkan pernah puas dengan apa yang dia ada.
Dapat isteri kuat berleter salah, dapat isteri pendiam salah, dapat bini pemalas salah, bini rajin pun ada orang komplen? What is wrong with us??
Jadi encik, mintak maaf lah kalau apa yang saya tulis ni terlalu tajam, kalau encik rasa apa yang saya cakap ni salah, sila bakul sampahkan sahaja,
Tapi kalau ada yang boleh diambil manfaat, silakan hadam dengan mata hati yang paling dalam.
Saya sebagai seorang isteri, memang tak boleh nak “brain” dengan alasan encik pernah curang, disebabkan oleh isteri yang terlalu pendiam.
Encik tau tak, saya yang perempuan ni pun kadang-kadang rimas dengan diri sendiri yang terpaksa berleter kat anak-anak.
Bukannya kami ni suka sangat nak berleter pun, faham tak penat? Kadang aku sendiri cakap dengan diri sendiri, “boleh tak kau jangan membebel sangat? Serabut lah”.
Faham tak aku sendiri pun ser by abut bila terpaksa membebel kat anak-anak. Sebab aku bukanlah jenis yang suka nak bercakap pun,
Tapi disebabkan anak aku autism, aku terpaksa kena cakap banyak dengan dia sebab dia pun baru nak belajar bercakap. Sedangkan hakikatnya aku sangat penat nak bercakap. So apa masalahnya kalau isteri encik pendiam?
Mari saya bagitau apa masalah encik. Encik sebenarnya nak mencari alasan untuk konon-konon menghalalkan perbuatan curang itu. Jadi encik bagi la alasan yang paling tak cerdik iaitu sebab isteri encik pendiam.
Encik, kalau kita letakkan syarat untuk diri kita jadi bahagia, sampai mati pun kita takkan jumpa bahagia.
Encik cuba nak kata yang encik akan lebih bahagia kalau isteri encik lebih peramah tapi hakikatnya kita takkan boleh ubah manusia. Kita cuma boleh ubah diri kita sendiri.
Dan kalau encik sebenarnya faham, hakikat bahagia tu adalah dengan SYUKUR. Cubalah encik buka Al-Quran, berapa banyak Allah sebut “terlalu sedikit hamba-Ku yang bersyukur”. Allah juga sebut:
“ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ ”
Ertinya: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
Maaf bukan nak acah-acah ustazah kat sini, tapi inilah hakikatnya yang semua masalah kita ni Allah dah bagi penyelesaian lama dah, cuma kita yang tak nak ambil tahu.
Nasihat saya, kembali pada Al-Quran. Encik seorang ketua keluarga, dan encik ada anak-anak. Kalau encik ada anak perempuan, encik nak ke kahwinkan dia dengan lelaki macam encik?
Kalau jawapannya tidak, sila berubah. Jangan sibuk nak ubah isteri, sebab saya berani jamin kalau encik sendiri yang berubah, isteri encik pasti akan ikut berubah.
Sebab ini bukan cakap2 kosong, saya sendiri yang dah hampir 10 tahun berkahwin, bila saya asyik merungut, tak puas hati, semua benda nak dijadikan alasan nak bercerai, hidup jadi serabut.
Tapi bila saya ambil keputusan untuk berdamai dengan takdir, redha, dan menerima inilah jalan kehidupan yang Allah dah tetapkan untuk saya, baru ketenangan itu datang.
Kita yang kena take action. Kita yang kena berubah, kita yang kena bertaubat & berdoa. Kadang-kadang isteri & anak-anak jadi degil asbab dosa kita sendiri. Jadi berubahlah!!
Last sekali apa yang saya nak cakap, tolong belajar jadi manusia yang bersyukur. Gaji DG41 yang encik rungutkan tak seberapa tu, idaman ramai orang yang menganggur & kena buang kerja lagi-lagi musim pandemik ni.
Isteri encik yang pendiam tu, idaman jutaan lelaki kat luar sana yang punya isteri kuat berleter. Selalulah lihat orang yang tak punya apa-apa, baru kita syukur dengan apa yang kita ada.
Jangan asyik mengintai apa yang orang punya, sampai kita jadi tak bersyukur dengan apa yang ada dalam tangan kita. Mintak maaf sebab sekejap aku sekejap saya, sebab I is triggered.. haha.. okay bye.
Eh sekejap, ada lagi point aku yang tertinggal. Kalau dulu awal-awal berkahwin, cuba ingat balik sebab apa encik nak kahwin dengan isteri encik? Kalau sebab suka, cinta, takde pilihan, terpaksa, semua tu tak menjadikan perkahwinan itu ibadah.
Niatlah berkahwin kerana Allah, dan nak berkumpul semula dengan isteri & anak-anak dalam syurga. Kalau kita dah set syurga itu goal kita, apalah sangat dengan isteri pendiam tu kan? Apadehal. Chow.
– Mrs R (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit