Nasihat Untuk Founder & Leader

Assalamualaikum, saya terpanggil untuk menulis selepas saya baca confession Founder & Leader Toxic Positivity, (https://iiumc.com/founder-leader-toxic-positivity/). Terima kasih admin jika confession saya ni disiarkan.

Sebelum saya berjaya dengan perniagaan saya sekarang, saya pernah join dengan macam2 perniagaan yang berasaskan agent dan dropship ni.

Saya pernah juga terkena dengan produk yang bagus tetapi pengurusan tak bagus. Setiap beberapa bulan asayaik nak tukar design dan yang lama di jual kepada agent dengan harga murah.

Berpusu2 agent beli bila fikirkan pulangan yang lumayan tapi lepas seminggu keluar design baru. Hq keluarkan tanpa beritahu agent.

Customer mesti nak yang design baru jadi agent yang borong design lama terus tak laku, pakai la sendiri. Mmg banyak kerugian jadi saya stop. Sistem macam ni memang aniaya agent dan dropship.

Masih tak serik, saya join perniagaan lain, sistem semua bagus, produk bagus. Tiada kekangan untuk promosi di platform mana2.

Tetapi masalah pada founder pula. Barang yang rosak tidak boleh dipulangkan dan tak boleh tuntut ganti rugi.

Beribu modal saya keluarkan untuk beli minuman kesihatan sarang burung keluaran syarikat tapi sampai kat tangan semua minuman tu rosak dan hampir semua agent mengalami perkara yang sama.

Kami semua langsung tak dapat ganti rugi, bayangkan ada yang baru mula nak berniaga dah labur modal dapat barang rosak tak dapat ganti rugi.

Menangis agent2 yang mengharapkan pulangan hasil jualan tapi akhirnya rugi beribu2. Lebih menyakitkan hati founder hari2 update kemewahan dan beli kereta baru. Kami para agent dan dropship mati lesu modal hangus.

Start dari tu perniagaan founder tu semakin menurun. Saya halalkan duit tu dan move on. Agent2 lain saya tak tahu macam mana tapi pesan saya hati-hati dengan doa orang teraniaya.

Alhamdulillah sekarang Allah murahkan rezeki saya, saya kumpul semangat dan mulakan perniagaan sendiri.

Hasil dari pengalaman saya sebelum ni saya amat menjaga agent dan dropship saya. Saya ajar semua tanpa ada selindung apa2. Tujuan saya, saya nak mereka berjaya sepertimana saya berjaya.

Baiklah, masuk bab nasihat. Perniagaan ni umpama pokok.

Untuk menyuburkan pokok kita perlu siram dengan air, stok/ barang perniagaan adalah air dan mineral yang menyuburkan pokok jadi sebab itu kena jaga stok barang supaya tidak putus, kalau putus perniagaan akan perlahan-lahan mati.

Agent dan dropship umpama akar kepada pokok. Bahagian terpenting pada pokok adalah akar, bukan daun, bukan dahan bukan buah tetapi akar. Jagalah akar supaya pokok akan sentiasa berbuah.

Sentiasa memandang agent dan dropship sebagai customer bukan sebagai hamba abdi atau pekerja yang hanya membuat kerja. Tanpa agent dan dropship perniagaan tak akan maju.

Marketing dan platform perniagaan umpama dahan pokok. Semakin banyak dahan semakin rimbun daun dan buah yang akan kita dapat.

Jadi untuk marketing gunakan segala kemajuan yang ada. Shopee, lazada, youtube, tiktok, ig dan macam2 lagi. Galakkan agent dan dropship menjadi kreatif dengan hasil mereka sendiri. Dengan menjadi kreatif stress akan hilang dan jadi seronok nak berniaga.

Lagi 1 buang pandangan negatif pada sesuatu platform contohnya tiktok hanya untuk budak2 gelek. Tak, jangan negatif macam tu, guna tiktok untuk berniaga dan banyak ilmu dalam tu sebenarnya. Semuanya bergantung atas diri sendiri nak ambil yang positif atau negatif.

Teguran dan pendapat tu umpama lebah yang membuat proses pendebungaan, menukarkan bunga menjadi buah. Tanpa sang lebah buah tak akan terhasil.

Tanpa teguran kita tak akan nampak kesalahan sistem yang kita bina, tanpa cadangan tak akan ada hasil dan produk yang baru. Jadi ambil kira semua teguran dan pendapat dengan hati terbuka.

Akhir sekali, kalau boleh jangan tunjukkan kemewahan sebab nanti takut ada yang dengki. Saya pernah terbaca,

“Dari 10 orang yang melihat kapal sedang berlayar, 9 darinya akan berfikir bagaimana nak tenggelamkan kapal dan hanya 1 orang yang berfikir bagaimana untuk terus membuatkan kapal tu berlayar.”

Niatkan dalam diri untuk bawa semua orang lain berjaya sepertimana kamu berjaya. Bila kita mudahkan orang lain, Allah akan mudahkan kita. InsayaaAllah. Sekian dari saya. Terima kasih.

– Pakcik M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *