Jiwa Yang Sakit

Assalamualaikum semua.. aku decide buat confession ni sebab aku nak make sure apa yang aku rasa ni normal ke aku hampir gila.

Aku menulis ni pun waktu tengah malam, dan aku rasa waktu-waktu mcm ni bila semua orang dah tidur, hati aku sayu. Jadi boleh kata tiap malam aku menangis.

Lately aku rasa diri aku ni makin teruk. 2 tahun dah aku mcm ni. Setiap bulan akan ada minggu yang emosi aku terganggu, aku tak ada mood nk masak untuk family, layan suami @ buat apa-apa pun.

Aku rasa penat sangat, sampaikan masa mandikan anak, aku akan termenung. Bila dia mengangis nak perhatian aku akan tenung kosong saja dia. Dalam hati aku, aku tengah convince diri untuk tak buat benda yang aku akan menyesal nanti.

Bila mood aku tak ada tu, aku akan tenung tingkap bilik (rumah apartment), dan aku bayangkan aku terjun dari tingkap tu. Lepas tu aku akan menangis sebab tengok muka anak & suami.

Tak tergamak aku nak tinggalkan mereka. Walaupun aku tahu tanggungjawab aku untuk besarkan dia jadi anak yang berguna, aku still tak boleh buang rasa nak terjun etc.

Kenapa? Semua ni sebab aku rasa susah sangat nak teruskan hidup. Sebab aku dah hilang desire. Perasaan yang aku boleh rasa pun hanya ada marah, sedih dan murung.

Aku macam orang biasa saja. Tapi ada hari aku akan rasa penatttt sangat jadi orang biasa tapi sebenarnya aku tak betul-betul rasa pun happy tu. Termasuklah bila dengan anak aku.

Sedih kan padahal baru anak pertama. Orang lain akan etakcited, tapi aku takut sebab nak jadi mak yang happy pun aku tak mampu. Dan aku tak suka rasa lemas. Lemas tu macam dada kau kena tekan @ tenggelam dalam air dan takboleh keluar.

Itulah yang aku rasa selama 2 tahun ni. Dan aku takdapat rasa pun degupan jantung aku sendiri sebab terlampau tenang (means no etakcitement at all).

So bila semua ni aku terpaksa rasa untuk 2 tahun, aku rasa penat. Tapi aku tak ada option lain selain meneruskan hidup.

Semua ni terjadi sebab ada beberapa series of events berlaku serentak tanpa henti 2 tahun lepas. Yang mana bagi aku semua tu dugaan besar sampai aku rasa sesak nafas. Dan last resort aku ambik adalah dengan ignore rasa sedih.

Aku ingat bila aku ignore perasaan aku, aku boleh selamatkan diri aku dari kemurungan. Pada mulanya aku happy sebab aku boleh lupakan semua perkara yang buatkan aku sedih yang teramat.

Tapi lama-lama aku jadi orang yang tak ada perasaan. Sekarang ni aku struggle nk dapatakan happy tu semula. Aku ingat kan da sembuh bila aku ada luahkan perasan aku dekat family, tapi rasa tu datang semula sebulan kemudian.

Jangan la bagi tips untuk distract aku dari buat benda yang aku suka, sebab semua tu sementara. Lepas tu aku akan jadi manusia tanpa perasaan semula.

Yang aku baca, apa yang aku buat ni adalah salah satu defence mechanism yang manusia akan buat untuk elakkan dari disakiti otak. Betul la kot, sebab aku memang dah tak rasa attach dengan sesiapa pun walaupun family aku sendiri.

Dan ia sangat menyakitkan sebab rasa lonely sangat. Nak meluahkan tapi otak aku akan ingatkan untuk stop sebab nanti aku akan jadi rapat emotionally dengan orang tu.

Bila rapat, tendency untuk sedih semula akan kuat. Kalau tak rapat, aku akan selamat. Jadi la aku manusia yang senyap.

Bila aku boleh move on. Selepas 2 tahun, aku rasa lagi okay tp tu la. Bila teringat, aku mood swing semula. Nak lupakan tu memang mustahil sebab aku manusia biasa. Tak boleh suka-suka nak pilih untuk lupa.

Memaafkan? Dah lama memafkan. Tapi parut takkan boleh hilang. Dan itu pun bukan pilihan aku. Jadi apa yang patut aku buat untuk pulih?

Terima kasih sebab sudi baca walaupun boring. Tolong suggest dekat komen apa yang patut aku buat.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *