Karma Yang Berkunjung Tiba

Saya White Rose dari Kuala Kangsar, Perak. Cuma nak kongsi, sesungguhnya pepatah, “kehidupan seperti roda” adalah benar.

Tiada daya kita sebagai manusia untuk mengelak jika ujian yang Allah SWT janjikan pada kita tiba. Cuma sabar dan hormat pada yang lebih tua bukan bermaksud kita lemah atau takut.

Kisahnya, saya ambil keputusan untuk terus bekerja selepas SPM. Semasa saya di tingkatan 5, kakak sulung saya offer diri pada arwah ayah untuk baiki dapur rumah kami.

Masa tu saya tinggal di asrama dan tak tau apa-apa. Bila ayah saya meninggal, kakak sulung meminta saya membayar separuh duit dapur yang dia buat tu jika saya tak nak sambung belajar.

Saya tak nak sambung belajar sebab saya dah tak mampu hidup dalam kesusahan sejak dari kecil. Duduk asrama desa masa sekolah pun seribu nikmat sebab semua free.

Pergi sekolah takde duit belanja tu biasa, minum air paip tu pun 1 nikmat buat saya. Jadi saya bagi peluang pada adik-adik je belajar.

Di pendekkan cerita, saya terus sambut je nak bayar duit kakak bila saya dapat kerja. Berbekalkan cuma sijil SPM, tinggal pun di pedalaman, jauh dari bandar, apa sangat peluang kerja yang ada.

Kilang je jalan pintas supaya cepat dapat duit nak ganti semula duit kakak saya tu. Hari berganti hari, hutang dia saya lunaskan tiada 1sen pun yang berbaki.

Masa saya bekerja, kilang hantar saya ke Jepun selama 1 tahun. Di sana saya ikat perut dan sangat berjimat sebab nak kumpul duit untuk buat rumah baru untuk mak saya.

Dapat la pengalaman n kumpul duit secukupnya untuk buat rumah. Masa ni adik-adik dah besar dan dah kerja.

Masalahnya apa yang saya dan adik perempuan saya buat semua tak kena di mata kakak saya. Umur saya 25 tahun ada orang merisik, kakak saya cakap saya masih muda dan nasihatkan kerja dulu.

Saya rasa mungkin betul cakap dia sebab boleh berbakti pada mak lagi. Kakak jugak selalu pesan pada saya adik-beradik kalau kawin ada anak jangan susahkan mak, bela dan jaga anak masing-masing. Memang saya setuju apa yang dia cakap tu, memang betul.

Tapi yang saya hairan, anak dia baru 20tahun masih belajar dia suruh kawin, pelik! Sebenarnya bila di kaji semula, rupanya dia berat nak lepaskan saya kawin sebab ada kepentingan. Saya abaikan je.

Masa ni adik saya yang bongsu dah bertunang dan sering tertunda sebab pihak lelaki belum cukup duit untuk hantaran.

Sampai 1 masa, pertunangan mereka terputus sebab kata adik sikap si lelaki tidak serius terhadapnya. Sedangkan masa tu sudah sampai tarikh mereka untuk berkahwin.

Mak saya dah siap booking khemah bagai. Kakak saya tak henti-henti perli mak sebab anak dia baru bertunang dah nak kawin sedangkan anak mak yang bongsu ni tertangguh-tangguh.

Ketika ini umur saya 28 tahun dan sudah berkenalan dengan seorang duda anak satu. Saya bincang dengan bakal suami (masa tu) untuk bertunang dan terus nikah. Mak bantah coz duda..

Tapi bila saya terangkan bakal suami kematian isteri dan dia menjaga isterinya sehingga ke akhir hayat arwah dan mak saya terima seadanya. So kami kahwin dan selamatlah air muka mak saya tentang khemah yang dah di booking tu.

Kakak saya still belagak n membangga-banggakan menantu dan anak2nya. Hari berganti hari, adik saya pun berkenalan dengan duda anak 3 tapi bercerai hidup.

Bila sebut duda bercerai hidup ni, orang akan pandang negatif tapi mak saya dah boleh terima status duda tu sebab dia tengok saya sangat bahagia dengan suami.

Tapi masalah kakak saya sentiasa busuk hati dan memandang rendah pada kami yang berkahwin dengan duda. Sesungguhnya Allah SWT itu tidak tidur.

Hari berganti hari bulan dan tahun juga berganti, ditakdirkan Allah, anak lelaki kakak yang sulung terpaksa dinikahkan dengan janda anak satu sebab si perempuan tersebut sudah mengandung.

Kakak saya menangis-nangis tidak boleh terima akan hal ni tapi nasi dah jadi buburkan.. 5 bulan selepas nikah lahirlah cucu kakak saya tapi dia hebohkan pada orang kampung cucunya lahir pramatang. Pelik sebab pramatang boleh bawa balik rumah.

Selepas beberapa tahun, anak bongsu kakak pula mengandungi anak luar nikah. Saya dapat tahu dari mak yang kakak teresak-esak menangis depan dia ceritakan nasib malangnya.

Yang buat saya menyesal, kakak saya yang bersekolah agama sehingga tamat mengugurkan cucu dalam kandungan anaknya sendiri. Allahuakhbar!! Mungkin kakak saya buat semua tu sebab malu. Anak saudara saya masa tu masih belajar di tingkatan 6.

Terduduk saya bila dengar cerita dosa yang kakak sulung saya buat. Masa ni semua perkara-perkara buruk yang dia buat pada saya dan adik saya yang tak saya ceritakan dalam ni terungkap satu-satu..

Ayat, “kamu dah tua elok la mengandung” tak pernah saya lupa bila dia hina saya masa saya bagitahu dia yang saya mengandung.

Allahuakhbar.. Mungkin dia ingat saya perli dia sebab masa tu anak dia dah kahwin tapi masih belum ada rezeki.. Demi Allah tiada sedikit pun terniat di hati nak buat macam tu. Saya silap sebab terlampau seronok hingga terabai perasaan dia.

Di pendekkan cerita, sekarang dia terpaksa hadap 2 orang anak lelaki yang terlibat dengan dadah. Terpaksa menjaga 10 orang cucu dari 2 orang anaknya.

Dalam keadaan dia yang ada penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolestrol memang sangat-sangat kesian.. moga Allah permudahkan segala urusan kakak saya..

Kadang-kadang saya terfikir, apakah semua ini ujian dari Allah untuk saya juga? Bila tengok keadaan dia memang saya rasa sedih tapi smua tu saya mampu jadikannya sebagai teladan untuk saya di hari mendatang.

Terima kasih sudi baca story saya yang tak seberapa ni. Dah lama tak menulis mungkin ada cacat cela harap di maafkan.

Moga kita semua sentiasa dilindungi dari perkara-perkara yang boleh merosakkan hari mendatang kita.. Sekian…

– White Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *