Hepatitis B

Assalamualaikum pembaca IIUM Confession. Siapa ada pengalaman dengan pesakit hepatitis B (HBV) boleh share di ruangan comment adakah merbahaya virus ini?

Bagaimana ia mengjangkiti pesakit dan pasangan? Bagaimana cara untuk mengatasi penyakit ini?

Dan bagaimana pula bagi pasangan yang ingin melakukan ujian kesuburan (iui/ivf), adakah pihak hospital gov/swasta tidak menerima pesakit ini?

Okay ni semua dan banyak lagi yang bermain di dalam fikiran aku sekarang ini. Aku tidak tahu nak share di mana, yang aku tahu mesti ada yang senasib dengan aku.

Mesti ada yang dapat membantu memberi info walaupun sedikit. Terima kasih in advance!

Aku Wayne seorang wanita yang agak independent dan sentiasa positive. Aku dapat tahu suami mendapat penyakit ini semasa melakukan ujian darah ketika itu suami sakit yang amat teruk.

Masa tu aku tak kalut sangat bila dapat tahu suami adalah HBV carrier sebab sakit suami aku ketika tu yang lebih merisaukan. So aku pun terlepas pandang akan hal ini.

Jadi aku tidak mencari tahu atau search further pasal HBV ini. Kami melalui hari2 seperti biasa. Sweet2 seperti biasa kerana suami memerlukan sokongan aku.

Satu hari pada pertengahan tahun lepas aku dan suami telah menderma darah di pusat membeli belah. Menderma darah adalah salah satu yang aku selalu lakukan sejak dari universiti. Manakala ini adalah pertama kali buat suamiku.

Selepas beberapa minggu aku mendapat surat dari pusat darah negara yang memanggil suami untuk temujanji. Di dalam surat menyatakan sekerasnya jangan menderma darah selagi tidak membuat temujanji dengan pusat darah negara.

Di sini aku teringat semula tentang HBV carrier yang di beritahu doctor sebelum ini. Aku cepat2 memberitahu suami akan hal ini dan segera menelefon pusat darah negara mungkin ada kaitan dengan penyakit ini.

Suami bukan refuse tapi dia masih trauma tinggal di hospital sebelum ini. Dia takut jika dia pergi nanti akan di masukkan semula ke hospital. Dia juga takut aku tinggalkan dia hanya kerana ini.

Aku dah search tapi masih tak mampu nak yakinkan suami bahawa tak ada siapa yang akan di masukkan ke hospital.

Aku yakin temujanji yang diberikan pusat darah negara adalah untuk memberi maklumat atau saranan pada pesakit HBV. Kerana virus ini berjangkit dalam senyap.

Aku juga rasa down dan kecewa kerana aku ingin melakukan ujian kesuburan macam tiada harapan lagi. Aku takut jika kerana suami pengidap HBV hospital kebanyakkan tidak menerima membuat rawatan. Risau jika kos nya juga bertambah.

Selama beberapa tahun perkahwinan ini aku masih sihat. Tetapi bila aku dapat tahu penyakit ini senang di jangkiti melalui hubungan kelamin dan sebagainya aku jadi takut.

Salah satu faktor infertility adalah di sebabkan HBV. Keluarga mertua juga masih menafikan yang anaknya bermasalah seolah2 menunding semua pada aku.

Ini belum lagi aku beritahu semua pasal ni mahu terduduk semua kan. Aku masih sabar dengan hinaan2 yang dilemparkan sehingga suami aku sendiri benci dengan family nya.

Suami selalu bertegas yang sakit adalah dia bukan aku. Tetapi masih sahaja semua kesalahan di bahu aku. Faktor ini lah juga suami amat takut jika aku give up dan tinggalkan dia.

Demi Allah, suami yang Allah berikan pada aku adalah lelaki paling baik untuk aku. Tidak pernah terlintas aku nak tinggalkan dia.

Kalau aku nak buat dah lama aku buat bila keluarga mertua beri tekanan anak pada aku. Tetapi aku masih sabar kerana adanya suami disisi aku.

Sekarang aku dah buntu macam mana nak explain pada suami. Suami aku tidak belajar pandai jadi yang dia tahu membahagiakan aku dengan cara dia sendiri.

Yang selebihnya memang aku yang kena explain satu persatu. Kalau jumpa doctor pun kebanyakkannya terms2 doctor yang dia tak pernah tahu pun. Jadi aku yang kene selalu fahamkan dia.

So sekarang ni aku dah banyak bagi info tentang HBV yang aku dapat dari google tapi dia masih takut nak kedepan.

Aku belum jumpa lagi pengalaman pesakit HBV untuk diberikan contoh pada beliau supaya dia tak rasa keseorangan.

Mohon doa kalian untuk aku dan suami terus kuat. Aku tak kisah sangat pasal anak yang aku kisahkan suami aku.

Aku memang tak peduli pun bila orang kata tak ada anak, mandul lah, nanti dah tua anak2 kecik kalau tak ada anak sapa nak jaga? Semua tu aku tak peduli pun.

– Wayne (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *