Cinta Sejati

Assalamualaikum. As cliché as it sounds, marriage is a journey, not a destination. It’s just a starting point.

Start berumah tangga, barulah dekat situ akan terbukti betul ke kita ni seorang pasangan yang supportive ke, yang bertanggungjawab ke, betul ke kita dah betul-betul bersedia nak berkorban dan tahan sabar?

Maaf kalau awal-awal lagi aku dah triggered siapa-siapa yang tak suka penulisan yang bercampur-campur dengan bahasa asing. Dan maaf, it doesn’t end there.

Dekat sini aku bukanlah nak promote marilah kita single, kau belum tentu dapat jodoh yang bagus dan kau pun mungkin akan jadi pasangan yang tak bagus, bagus lagi kalau kau tak kahwin.

Bukan macamtu. Sebab tak mungkin ada orang yang cukup sempurna dan bagus dalam semua benda.

Cuma nak ajak renung-renungkan dan beringat yang alam perkahwinan tu bukan sekadar wangi, indah, all the rainbows, butterflies, sweet candy and unicorn sahaja.

It comes with responsibilities, sacrifices, commitments, a lot of patients, having sense of respect and tolerate each other.

Tak semua benda kita akan suka dan tak semua benda pasangan kita akan suka. Itu benda biasa, selagi rumah tangga tak membawa ke arah toxic beracun teruk, biasalah ada benda-benda yang kita tak suka.

Kita kahwin pun dengan manusia, bukan dengan malaikat atau bidadari.

Tunggu masuk syurga nanti lah baru lah kita jauh lebih baik dari malaikat dan bidadari syurga, InsyaAllah semoga kita semua meninggal dunia dalam keadaan beriman dan husnul khotimah. Aaminn.

Dan aku jugak terima kalau ada yang nak mengecam aku, sebab aku ni belum kahwin lagi, apa lak sibuk nak memandai nak cakap pasal kahwin ni dik non.

Yelah, sebenarnya apa yang aku duk sebut-sebut kan di atas, lebih pada mengingatkan diri sendiri. Sebab aku dah dengar banyak cerita pasal alam perkahwinan yang bermacam-macam.

Dan aku tahu, sebanyak mana aku dengar cerita daripada orang yang dah berkahwin pun, belum cukup ilmu tu untuk aku betul-betul faham pahit manis alam berumah tangga.

Ya aku dengar banyak cerita, tapi mendengar je belum cukup untuk buat kan aku betul-betul faham sebab aku belum pernah pakai kasut tu.

Aku belum pernah mengalami, bayangan sahaja tak sama dengan alami sendiri betul-betul.

Sekali lagi nak cakap, aku bukan lah nak takut-takutkan orang supaya takutkan alam perkahwinan, aku cuma nak ajak kita sama-sama jangan berhenti usaha untuk jadi the best version of ourselves.

Ini pun bukan nak pressure orang supaya mengejar untuk jadi sempurna, kita cuma perlu kejar untuk jadi diri kita yang lebih baik, berubah sikit-sikit pun tak apa.

Lebih baik rasanya sebab kalau kita terlalu mencuba berubah banyak-banyak, takut kita cepat rasa penat.

Kejar untuk dapat redha Allah dan cuba sebaiknya untuk istiqamah kan perubahan kita. General sangat kan? Maaf aku tak tau nak beri contoh apa sebab perubahan diri ni banyak jenis dan bermacam-macam.

Sebenarnya nasihat-nasihat ni nasihat yang aku selalu nasihatkan diri sendiri, harini terasa macam nak share,

Yelah mana tahu dekat comment nanti ada banyak lagi ilmu-ilmu dan nasihat-nasihat yang baik yang boleh jadi manfaat pada lebih ramai orang.

By the way, aku seorang perempuan berusia 32 tahun, belum berkahwin dan tak ada boyfriend. Lepas aku bertaubat tahun 2018, aku dah tak nak berdating sebab haram kan,

Aku dah tak nak deny dah larangan syariat yang sebelum bertaubat tu aku rasa alah okay je. Setakat ni beberapa usaha mencari jodoh belum lagi berhasil.

Tak apa, jodoh tu dah pasti ada, sama ada Allah bagi aku jumpa dekat dunia atau akhirat nanti Wallahualam. Doakan aku ya, semoga aku dapat jodoh yang baik dan semoga aku dapat jadi isteri yang baik jugak.

Aku doakan jugak pada yang belum berkahwin, semoga kalian dikurniai jodoh yang baik, soleh dan bertanggungjawab. Aamiin…

Aku berharap apa yang aku kongsikan ni dapat jadi manfaat, mungkin paling sesuai dengan orang-orang yang macam aku yang dulu.

Aku pernah dulu, masa still bercouple dengan ex aku, aku percaya dia lebih baik dari aku, aku percaya dia dapat bahagiakan aku, aku percaya yang lepas kahwin dia dapat bimbing aku.

Aku anggap lepas aku kahwin dengan dia mesti aku dapat berubah jadi lebih baik. Tapi bila akhirnya hubungan tu berakhir dengan pengkhianatan, hati jadi hancur.

Cuma dekat situ pengajaran yang aku dapat ialah, kita ni sebab tulah kalau nak bergantung harap, hanya pada Allah bukan pada makhluk.

Allah yang bagi kita bahagia bukan makhluk. Allah yang boleh tolong kita, beri petunjuk pada kita, kuatkan kita kalau kita nak berubah. Mintak dan berharap pada Allah je, kalau Allah nak datang kan asbab melalui orang pun, itu pun atas kuasa Allah.

Lepas pada tu baru aku buat niat dan azam yang lebih baik. Aku azam nak berubah betul-betul sebab Allah, aku banyak doa supaya bukan setakat aku nak dapat jodoh yang baik,

Aku doa aku nak betul-betul jadi orang yang lebih baik, sebab aku nak jaga hubungan aku dengan Allah, tak nak sangkut paut dengan orang lain ke, ego atau imej sahaja.

Sebab dulu pernah jugak rasanya aku terfikir nanti nak berubah sebab nak buktikan dekat orang yang aku ni takdelah teruk sangat, aku ni baik jugak, pandai ikut cakap jugak.

Sebenarnya keadaan hati kita ni yang penting Allah tahu je cukup, orang lain tak tahu ke, tak nak tahu ke lantak pi.

Tapi sebenarnya bila kita jaga diri, jaga akhlak, jaga kelakuan, orang yang awal-awal tak percaya kau boleh berubah pun akhirnya akan sedar yang kau memang betul-betul dah berubah.

It’s just comes along with it. Just kena kuat je sebab bila kita start nak taat lebih pada Allah ni memang banyak ujian.

Macam aku pun, perjalanan nak sampai aku betul-betul berubah pun sangat panjang.

Alhamdullillah aku bersyukur dengan rezeki taufik dan hidayah yang Allah beri pada aku, aku berharap Allah kurniakan aku dan semua yang membaca ni peningkatan iman dan amal soleh yang berpanjangan. Aamiin.

Terima kasih yang sudi membaca, banyak aku berdoa dalam penulisan ni sebab aku memang suka berdoa.

Allah dah tunjukkan aku keajaiban doa, ada cerita dia tapi takpelah, tengoklah kalau confession ni up, InsyaAllah aku share kalau aku rasa perlu.

Dan Allah pun suka kita banyak berdoa, sebab tu salah satu cara kita membuktikan yang kita sangat bergantung harap pada Allah.

Kita percaya Allah yang paling berkuasa, Allah yang Maha Mengetahui, Allah yang Maha Bijaksana, jadi apa je yang kita usahakan, soal masa depan kita, soal hati kita, kita memang patut serah pada Allah,

Sentiasa bersangka baik pada Allah dan sentiasa berharap Allah beri yang terbaik. Okay itu sahaja terima kasih. Cinta sejati itu milik Allah.

– Hanis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *