Terbuang Tanpa Sedar

Hai. Nama saya Shah. Saya merupakan seorang jurutera yang berkhidmat di pendalaman. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Isteri saya merupakan seorang guru yang berkhidmat di Utara. Kami mengamalkan PJJ atas persetujuan bersama sebelum berkahwin.

Selepas melahirkan anak, isteri saya kerap bermasam muka dengan saya. Ibarat tawar hati. Segala ikhtiar sudah saya lakukan untuk mencari mana kesalahan saya namun tidak dibalasnya.

Isteri saya juga tidak memberikan nafkah batin selama 2 tahun semenjak kelahiran anak kami.

Saya juga kerap menjumpai whatapps isteri dengan anak murid yang mempunyai perkataan yang tak sepatutnya seperti Love, Rindu, jadi someone important dan sebagainya.

Sedangkan dengan saya, dia sudah berubah rentak dan bahasa. Pernah dalam whatapps saya menjumpai rekod panggilan sehingga dua pagi. Isteri tidaklah pula berbuat sedemikian dengan saya.

Saya sedih, bermacam-macam ikhtiar saya lakukan namun isteri hanya melakukan perubahan tapi tidak berkekalan lama. Isteri juga kerap bermain video game pada henset sehinggalah pagi.

Tiap kali saya ajak bersama. Jawapannya, “Kalau nak buat, kena lah ada perasaan cinta, kalau tak umpama main dengan patung lah”.

2 tahun saya dinafikan hak. Saya selalu bertanya di mana kesalahan saya sehinggakan diperlakukan sebegini.

Baru ini kami bergaduh kerana isteri masih melakukan perkara yang sama. Saya mempersoalkan adakah dia memperlakukan sedemikian untuk membuatkan saya marah dan bertujuan untuk memisahkan?

Isteri berang apabila menyebut perkara itu. Isteri terus mogok. Tiada lagi pujukan kerana isteri tidak mahu lagi memberi peluang.

Saya boleh bertolerasi apabila isteri tidak melakukan kerja rumah, tetapi saya sangat berang jikalau isteri melakukan perkara yang menduakan suami seperti berborak dengan anak murid,

Scroll phone sedangkan saya berada ditepi untuk tidur dan tidak mempedulikan perkhabaran suami ketika bekerja di pendalaman.

Kini isteri dan saya sepakat untuk membawa perkara ini ke pejabat agama Islam. Dalam tak sedar tempoh kami bergaduh, isteri bercinta dengan anak murid.

Saya sudah habis iktiar, beribu kemaafan sudah saya hulurkan namun hanya berbalas dengan tidak berminat oleh isteri.

Sedarlah saya bahawa saya kini terbuang tanpa sedar. Bukan dalam tempoh saya bergaduh dengan isteri tetapi sudah dua tahun lagi.

– Shah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *