Internship Di Waktu COVID-19

Assalamualaikum kepada semua readers dan semoga korang sihat sentiasa. So aku nak share pengalaman memburu tempat intern sewaktu Covid. Entry ni mungkin panjang, thank you untuk yang sudi membaca.

Apa yang aku nak share adalah apa yang aku buat sepanjang 1 years back nak dapatkan tempat intern. Yup, 1 years prepare, and aku rasa berbaloi sebab aku dapat apa yang aku nak.

So untuk yang bakal mencari atau sedang mencari tempat intern. Jangan putus asa. Teruskan usaha anda.

1. Develop your self.

This step, korang kena develop diri sendiri. Develop skills korang. Buat betul2 dekat projek semester korang.

Untuk yang memang tak de pengalaman bekerja dalam bidang yang korang belajar, excellent dalam projek semester adalah sangat penting. Ini akan sangat berguna waktu interview. Why aku cakap berguna. Aku explain dekat part interview dan resume

2. Survey dan aim company.

Sesetengah universiti akan provide list company yang diaorang sarankan korang apply. Ada universiti yang bagus, siap listkan mana company yang open untuk ambil students.

Dalam step ni, korang kena cari background company ni, apa yang company ni buat, ada tak open untuk intern, apa review orang yang dah kerja dekat company ni.

Baca setiap satu sebelum korang aim untuk apply disitu. Apa aku buat, aku tengok dekat website jobstreet, indeed and glasdoor. Dan untuk tahu mana company yang bagus aku tengok dekat M100 (Google je).

Disebabkan Covid ni, aku aim company besar sebab diaorang still ambik students untuk intern berbanding company2 SME.

3. Resume or CV.

Untuk company2 besar, disarankan untuk hantar CV sebab lebih details. Tapi disebabkan kebanyakkan students kurang pengalaman bekerja, so better hantar resume (1-2 pages).

Dalam resume, letak maklumat yang penting pasal diri kita, macam mana company nak hubungi kita (email dan phone number), kat mana kita belajar dan CGPA.

Bagi yang ada pengalaman bekerja bagus untuk letak. Untuk yang tiada pengalaman, letak lah projek semester korang. Ini lah gunanya projek semester korang.

Lebih bagus. Korang buat portfolio. Senang kalau ada portfolio, boleh tunjuk masa interview. Supervisor FYP aku ajar, buat portfolio guna LinkedIn dengan Blog.

Jangan lupa untuk letak skills korang, ini yang membezakan korang dengan orang lain. Tunjuk apa korang ada. Pandai bahasa lain ke, editing ke, apa ke. Disebabkan aku bahagian IT, so aku letak apa yang berkaitan dengan bidang aku (programming, data analytics etc).

Tak susah nak buat resume, boleh tengok dekat Canva, sana ada banyak resume yang nice. Boleh minta tolong member yang pro dalam English untuk tengokkan resume korang, ayatnya, susunannya. Boleh juga minta feedback supervisor untuk tolong nilai resume korang okay ke tak.

4. Apply for internship.

Inilah part yang paling seksa aku rasa. Sebab hari2 tunggu reply, hari2 buka email. So dalam step ni, apa aku buat adalah pertama, aku apply through website macam indeed, jobstreet, glasdoor.

Kedua, apply through iklan2 yang universiti bagi.

Ketiga, apply personal direct kepada email2 HR company atau manager yang ada buat iklan di social media, LinkedIn dan mana2 tempat yang aku jumpa.

Dalam sehari aku hantar 7-10 application. Banyak yang kena reject, banyak juga yang langsung tak reply. Ada yang panggil interview sampai berfasa2 tapi akhirnya tak dapat. Dan ada yang bagi test suruh jawab. It’s okay. Jangan putus asa. Selagi kau tak dapat offer letter. Teruskan apply.

5. Networking.

Dalam step ni, apa yang aku buat, aku pergi tanya jiran2, lecturer, sesiapa je yang aku rasa boleh membantu aku.

Aku tanya, ada tak tempat untuk aku apply intern dekat company diaorang atau diaorang ada tak kenalan yang aku boleh hubungi untuk dapatkan tempat internship.

Ya aku faham kadang kita malu. Tapi dalam keadaan sekarang letak tepi lah malu, cuba tanya dulu. Mana tahu diaorang ada seseorang yang boleh tolong dapatkan tempat untuk korang. Cuba dan tanya. Then, email hantar resume korang.

6. Dapatkan feedback.

Lepas korang email atau hantar permohonan korang, rajin2 kan diri dapatkan feedback. After 3-5 days, boleh lah email sekali lagi untuk dapatkan feedback.

Pengalaman aku, company yang tak reply langsung email aku yang first, akan reply email feedback ni. Masa ni lah diaorang akan cakap, sama ada diaorang tak ambik, atau ada tempat / saluran mana yang aku boleh apply.

Benda ni bagus sebab kadang kita tak tahu diaorang actually ada website sendiri untuk apply intern, so biasanya kat sini diaorang akan cakap lah sila apply di sekian2.

7. Doa dan tawakal

Step ni sangat penting. Doa. Yang masih ada ibu ayah, minta diaorang doakan korang. Yang tiada, doa minta pada Allah.

Doa sungguh2 dan yakin yang Allah akan makbulkan doa korang. Yakin yang Allah akan temukan jalan penyelesaian untuk korang. Yakin Allah akan bagi tempat intern yang terbaik untuk korang tepat pada masanya.

Berdoalah dan tawakal kepada Allah. Setelah usaha yang korang dah buat kat atas semua ni. Korang pasti akan jumpa company yang akan offer korang dengan offer yang paling bagus.

Alhamdulillah, pengalaman aku, dengan CGPA atas pagar, aku dapat tempat intern dekat satu company GLC and top 5 dalam M100. And offer yang datang masa tu 3 serentak dalam satu hari.

Sebelum tu aku memang buntu tak tahu nak cari mana, masa makin suntuk, tiba2 Covid ni mencanak pulak naiknya.

Aku ngadu kat mak aku, dan dia suruh aku bangun tahajud, minta kat Allah dan dia ajar aku yakin dengan doa yang aku minta. Esok paginya, aku dapat 3 offer. Alhamdulillah.

So untuk semua students yang masih mencari tempat intern. Jangan pernah putus asa. Aku doakan urusan korang sentiasa dipermudahkan dan korang dapat apa yang terbaik untuk korang.

Yang dah dapat tempat tu, buat elok2, semoga korang dapat kerja terus disitu lepas grad nanti. Semoga maju jaya semua.

If korang perlukan explanation lain from entry ni, sila komen nanti aku pm. Thank you baca sampai habis.

– Lumi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *