Jahilnya Aku Sebab Jahilnya Ibu Bapaku

Assalamualaikum WBT. Aku Puan Ungu (bukan nama sebenar). Maaf tajuk agak kasar sedikit.

Aku nak cerita sikit pengalaman aku yang aku rasa sangat penting mengenai peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Tapi sebelum itu, maaf sekali lagi sekiranya susunan ayat aku agak berterabur.

Dari aku lahir sampai lah aku umur 20an, (sekarang aku dah 30an) ibu bapa aku tak pernah solat. Tapi aku bukan nak cerita pasal mereka. Aku nak cerita impak dia pada aku. At least aku, adik beradik aku, aku tak sure sangat.

Aku ingat masa umur aku 8-9 tahun aku pernah tanya mak aku dalam kereta masa perjalanan balik dari sekolah, kenapa dia tak solat. Jawapan dia bagi dekat aku, solat tu tak wajib.

Aku confused sebab berlainan sangat dengan apa yang aku belajar di sekolah. So aku just brushed off macam tu je.

Aku pun mesti korang dah boleh agak, aku mmg tak solat dari kecil. Tak pernah diajar cara-cara solat, ambil wudhu dan sebagainya. Setiap kali ada ujian KAFA atau hafazan di sekolah aku akan takut sangat.

Sebab aku tak tahu apa-apa. Ustaz/Ustazah di sekolah pun selalunya akan judgemental. Disebabkan itu, aku tak pernah suka subjek pendidikan islam yang tanya bab bab hafazan. Pengalaman paling aku ingat, aku ni baru pindah sekolah. Masa tu baru habis UPSR.

Aku seorang saja tak buat ujian KAFA lagi. Ustazah panggil aku masuk bilik guru, aku kena baca doa iftitah tak silap aku. Tapi serious aku tak hafal. Satu bilik guru tu gelakkan aku. Sedih sangat aku. Malu lagi.

Pengalaman ni memang salah satu titik hitam dalam hidup aku. Aku memang tak boleh lupa and move on.

Bila aku masuk sekolah menengah, aku ingat aku beli buku tatacara solat. Aku nekad nak belajar. Hati aku membuak-buak nak jadi seorang hamba Allah yang taat pada penciptaNya.

Tingkatan 1 aku pakai tudung pergi sekolah. Mak aku tak pakai tudung. Tapi dia tak menghalang aku pun utk aku pakai tudung. Aku syukur sangat.

Aku ingat lagi masa aku tingkatan 2, sekolah petang kan kena solat zuhur di sekolah. Aku solat kalau kawan-kawan aku ajak aku solat je.

Ada satu time tu, aku dah habis solat, aku nak lipat telekung. Aku tak tahu. Kawan aku yang ajar. Malu aku masa tu. Nampak sangat tak pernah lipat telekung di rumah.

Oh ya, aku rasa penting untuk aku bagitahu ni. Walaupun parents aku tak pernah ajar physically bab-bab agama, parents aku tetap panggil ustaz datang rumah untuk ajar aku dan adik-adik aku mengaji.

Aku memang bersyukur sangat-sangat bab ni. Alhamdulillah, aku lancar mengaji, tajwid tu ada la kelaut sikit tapi aku masih belajar.Sampai mati pun aku tetap belajar. Aku kenal huruf dan dapat baca Al Quran ni pun sebab parents aku.

Lagi satu, aku ingat 1 hari tu, hari pertama aku akil baligh. Aku memang lost betul. Sebab aku tak pernah tahu langsung pasal haid. Mungkin belajar di sekolah tapi aku tak ingat. Mak aku pun tak pernah sebut apa-apa.

Nasib baik masa tu sepupu aku yang lebih tua dari aku ada di rumah aku. Dia yang bagitahu aku, aku haid. Lepas tu aku macam excited nak bagitahu mak aku. Kenapa excited pun tak sure. Masa tu parents aku baru balik dari somewhere, aku terus bagitahu mak aku, aku haid.

Mak aku reply ok je. Tak ada nak bantu aku macam mana nak handle. Bayangkan lah berapa lama baru aku tahu mandi wajib lepas haid. Allah berdosanya aku sebab jahil.

Tapi sebab masa tu aku pun tak solat, makanya macam tak penting lah aku nak tahu pasal hadas besar ni kan. Ampuni aku ya Allah.

Banyak lagi lah pengalaman aku, tapi apa yang aku cuba sampaikan dari confession aku ni, ibu bapa memang ada peranan yang sangat-sangat besar dalam memberi pengenalan asas asas agama pada anak-anak. Tak boleh harap pada apa yang diajar di sekolah sahaja.

Aku sekarang, Alhamdulillah, solat memang cukup. Mengaji tiap-tiap malam. Pakaian ada lagi lah nak kena yang labuh labuhkan lagi.

Aku macam ni pun sebab doa parents aku. Aku percaya sejahil mana pun parents aku dulu, mereka tetap nak anak-anak berjaya dunia akhirat.

Aku sekarang? ibu kepada 4 orang anak. Disebabkan pengalaman aku masa kecil, aku mmg hands on and ambil berat bab bab asas agama pada anak-anak aku.

Aku tak nak nak anak-anak aku rasa apa yang aku rasa dan lalui benda yang sama.

Parents aku? Alhamdulillah, mereka sekarang solat. Mak aku berhijab. Mereka memang banyak berubah. Doa aku tak pernah putus untuk mereka. Semoga Allah haramkan tubuh badan ibu bapa aku dari api neraka.

Aku ada dengar ceramah ustazah Asma’ Harun, nanti di akhirat anak-anak pun akan menuntut hak mereka dari ibu bapa mereka. Bukan ibu bapa sahaja yang boleh menuntut.

Aku doa supaya Allah meredhakan hati aku untuk menerima apa-apa yang aku rasa aku tak diberi hak aku. Aku tak nak tuntut pada ibu bapa aku di akhirat nanti. Tapi sungguh payah dan perit hati manusia ni untuk let go. InsyaAllah Allah lembutkan hati aku satu hari nanti.

Lagi satu aku nak highlight tapi orang tak perasan, kalau reader perasan di akhir doa ibu bapa tu, kita sebut, “Kasihanilah mereka seperti mereka memelihara & mendidiku sewaktu kecil” .

Ayat ini deep, kita sebagai ibu bapa berusahalah sehabis baik untuk mendidik anak-anak kita waktu kecil” kalau kita lewa, dirisaukan doa ni akan backfire pada kita balik. Wallahualam.

Sekali lagi, confession aku ni bukan nak highlight kejahilan parents aku masa aku kecil, tapi nak sampaikan pada readers impak dia terhadap anak-anak. Semoga Allah kurniakan ibu bapa aku dan sekalian readers Syurga Firdausi.

Assalamualaikum.

– Puan Ungu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *