Ada Apa Pada Nama

Begitu ramai sekali yang menamakan anak dengan awalan Muhammad. Sehingga ia macam sudah jadi adat menamakan anak lelaki dengan nama Muhammad.

Aku tidak namakan anak-anak lelaki aku dengan awalan Muhammad. Saudara mara hairan.

Yes, bunyi macam lawak kan? Kenapa nak hairan bila anak tak ada awalan Muhammad? Salah seorang saudara aku cakap kena letak nama Muhammad tu.. baru bagus katanya.

Aku hanya senyum. Malas nak berdebat. Bukan dia faham pun hujah aku nanti.

Bukanlah nak merendahkan saudara sendiri. Tapi kadangkala kena tengok juga tahap pemikiran orang sebelum kita nak bercakap panjang.

Tak perlu buang masa berhujah dengan orang yang tak mampu faham. Buat pening kepala sebab dia mesti nak menang walau macam mana pun.

Aku pilih untuk menulis disini sebab page ni ramai pembaca dari berbagai golongan. Moga ramai yang faham dan tersedar.

Tidak aku nafikan menamakan anak dengan nama yang baik tu adalah tuntutan agama kita. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w sendiri pun menukar nama Sahabat-sahabat baginda agar nama mereka membawa maksud yang baik.

Ada banyak perkataan yang bawa maksud yang baik yang kita boleh pilih untuk menamakan anak. Ada banyak tokoh-tokoh Islam yang kita boleh “pinjam” nama mereka untuk kita namakan anak kita.

Dan sudah tentulah menamakan anak sempena nama Nabi Muhammad s.a.w yang sangat mulia itu sangat baik.

Tapi sayang sekali masyarakat kita hari ni hanya namakan anak dengan nama Muhammad hanya seperti mengikut adat sahaja.

Anak itu tidak diasuh sebaiknya, tidak dididik sebaiknya agar dia membesar menjadi lelaki yang berakhlak baik selayak nama yang dibawa.

Tentulah kita tak mampu mendidik anak sehebat peribadi Nabi Muhammad.

Tapi cukuplah kalau anak itu tahu yang dia membawa satu nama yang begitu mulia dan mungkin perlu aku katakan adalah tanggungjawab ibubapa untuk mendidik anak sejak kecil agar dia menjaga nama baik Nabi yang dibawa.

Biar sehingga anak tu dewasa dia tahu dia perlu menjaga akhlak agar sepadan dengan nama Nabi yang dia bawa tu.

Ni tak, kadang-kadang aku baca komen-komen di sosial media, ada yang nama Muhammad sekian sekian.. tengok profile orangnya dah dewasa, dah kahwin, ada isteri, anak, tapi bahasa ya ampun.. ada yang mencarut, memaki sesuka hati.

Dia sendiri tak sedar dia sedang membawa satu nama yang begitu mulia. Tapi akhlak dan bahasa yang dia tunjuk buruk sekali!

Aku sedih bila nama Nabi yang mulia tidak dijaga. Kita marah bila orang bukan Islam mempermainkan Nabi yang kita sanjung. Membuat lukisan muka Nabi dan memperolok-olokkan sifat Baginda.

Tapi kita sendiri? Orang Islam sendiri? Adakah kita jaga Nama Nabi yang mulia ini? Tak juga kan? Nama saja ada Muhammad tapi tak berakhlak selayaknya seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad. Sedih sekali.

Aku malu bila tiap kali keluar berita nama penjenayah, orang kena tangkap ambik dadah, sumbang mahram, merompak, mencuri & macam-macam berita tak elok, si pelaku nama Muhammad sekian sekian..

Allah.. aku sedih. Kenapa kau rosakkan nama Muhammad yang mulia dengan akhlak buruk macam tu?

Kalau yang nama Muhammad dan merokok pun aku memang rasa nak penampar muka orang tu!

Ya, aku sensitif bila orang yang bawa nama seorang Nabi tapi tunjuk akhlak buruk. Buat benda-benda haram. MEROKOK tu HARAM tuan-tuan!!

Memanglah nama tu tak semestinya mencerminkan akhlak. Tapi yang aku nak tegaskan, bila kita pilih namakan anak dengan nama Nabi, cubalah didik anak itu sebaiknya agar dia berakhlak dengan akhlak yang baik agar nama Nabi terpelihara.

Yang tua-tua ni, kalau mak ayah dah namakan kau dengan nama Muhammad, kau jaga sikit akhlak tu. Jangan sampai orang perlekeh nama Nabi yang kau bawa dek kerana akhlak kau yang buruk.

Kenapa aku tak namakan anak-anak aku dengan awalan Muhammad? Kerana aku takut kalau-kalau nama Nabi yang mulia tercemar kerana mungkin ada salah yang anak-anak aku buat bila dewasa.

Tapi setakat ini aku memang didik anak-anak aku sebaiknya. Aku berdoa mudah-mudahan mereka membesar menjadi orang yang berilmu dan berakhlak mulia selayak maksud nama mereka.

Tak salah nak namakan anak dengan nama Nabi, tapi didiklah, didiklah, didiklah anak anda sebaiknya agar nama Nabi yang mulia ini tidak tercemar.

Itu saja pesanan aku.

Terima kasih.

– Ibu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *