Gemuk Itu Tak Sihat & Obesiti

Hai pembaca IIUM Confession. Nama saya Suri, nak share mengenai kegemukan dan obesiti.

Saya tak tahu kalau confession ini dapat perhatian atau tidak. Yelah, mengenai kesihatan ni memang liat sikit nak baca.

Saya rasa ramai saja yang tahu Malaysia ni peratusan orang yang mendapat penyakit obesiti semakin naik. Saya nak declare dulu, saya tak ada sijil bahagian kesihatan pun.

Tapi tajuk ni mendapat perhatian saya sebab saya tengok masalah ni makin teruk. Lagi lagi dengan lambakan orang suka buat food review, resepi baru, dan makanan viral.

Menjadi orang pertama yang beratur, membeli dan mencuba makanan tersebut seperti satu pencapaian di sosial media. Berlumba lumba membeli sehingga makanan habis stock!

Dibuat review, ditarik ramai orang untuk membeli dan mencuba. Kalau sedap, dijadikan pulak tabiat repeat order.

Sihat ke budaya macam ni ye? Yang kaya diatas, yang tak faham bahasa dan ber penyakit tak sedar diri pula tukang beli.

Obesiti ni mengikut permahaman saya akan terjadi bila tidak mengawal permakanan especially gula yang sedia ada dan ditambah lagi dengan gula dalam masakan. Tidak dikira karbohidrat didalam makanan lagi.

Pelbagai diet yang telah ada yang paling popular suku suku separuh. Tapi untuk orang yang gemuk melampau atau pun obesiti..

Apakah tujuan anda ber diet? Sekadar untuk kurus atau kurus sihat menurun kan bacaan gula dalam darah anda?

Anda percaya kalau saya cakap, kenapa kebanyakan yang obesiti bila dah kurus naik balik berat asal atau lebih lagi,

Ini kerana walaupun anda diet tapi kandungan gula dalam darah anda masih tinggi, membawa kepada ketagih manis yang tidak dijinak kan.. Masih liar ketagihan manis anda.

Baru baru ni ada yang suggest takpe sekali seminggu boba tea. Cek tak kandungan gula dia? Campur dengan makanan seminggu anda? Berapa dah kandungan gula yang anda makan seminggu ditambah dengan makanan viral darab, jadi sebulan.

Benda ni memang tak dapat membimbang kan kita, sebab kita tak nampak macam mana effect gula dalam badan kita kepada saraf dan bahagian tubuh kita. Boleh ke dengan exercise sahaja di selesai kan?

Tuan/Puan, makan secara bersederhana suku suku separuh ini cuma terpakai untuk orang yang dah bmi normal dan memang menjaga pemakanan mereka.

Untuk orang yang melampau obesiti/gemuk, tak menyelesaikan ketagihan gula, ketagihan karbohidrat mereka.

Mungkin akan ada orang yang berlainan pendapat dengan saya, saya terima komen dengan hati terbuka. Tapi ramai juga doktor yang dah sedar, obesiti perlu diet yang lain terutama yang berkencing manis.

Betul ke sarapan pagi, makan tengahari, makan malam penting untuk kita? Sehingga bila berhujah ‘ehh penting’ dibantainya pagi makanan tinggi carbo, tengahari tinggi carbo be gitu juga malam. Fikir fikir kan.

Ada juga orang kata ‘eleh buat saja potong perut/ potong usus’

Tuan tuan, kumpulan yang buat pembedahan ni kalau tak jaga pemakanan diet mereka.. Akan kembali pada saiz mereka semula juga.

Banyak group of doctor, yang pakar bab makanan nak tolong orang ber penyakit kencing manis dan obesiti untuk reverse secara natural. Tak perlu potong sana sini! Cari, gali ilmu kalau nak sihat.

Kepada yang obesiti, gemuk dan orang yang tidak menjaga pemakanan terutama kandungan gula dan kaborhidrat. Sedar lah dari sekarang, kesihatan lah yang paling penting.

Fight Obesity! Fight sugar! Saya nak ajak sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan kencing manis, darah tinggi dan obesiti! Jom reverse diebetes & Obesity bersama!

Sedarkan kawan yang suka sangat makan tak kira kurus, gemuk dan obes untuk fight bersama sama. Kawal pemakanan anak anda! Tegur dia, biar dia terasa tak apa.. Masak untuk suami isteri makanan yang sihat!

Obesity not awesome! Gemuk tak hebat! Gemuk itu penyakit dan bahaya.

Baca baca baca untuk fight penyakit yang tinggi dekat Malaysia ni. Jangan give up! Masih ada harapan dengan izin Allah. Tukar permikiran anda ‘sikit gula pun takpe’.

Tukar, sebab apa awak tak sihat bmi tak normal? Sebab permikiran eleh takpe, yang tak faham dan tak nak faham.. effect gula kepada manusia dan tidak takut.

Sekian…

– Suri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *