Assalamualaikum semua. Aku nak cerita tentang masalah was was aku. Tak taulah bila startnya, tapi rasanya dah lama jugaklah.

Aku paling teruk was-was tentang najis, teruk level selalu nangis sampai rasa ‘Bunuh je lah aku’ atau ‘Better aku gi mati’.

Aku rasa mungkin dah sampai tahap mild depression. Selalu bila bangun pagi mesti pikir ‘ Hmm…najis apa pulak aku nak kena hadap hari ni’. Memang sangat2 memenatkan sampai terbawa ke mimpi.

Memang selalu datang soalan pasal najis yang baru dalam kepala. Benda yang sebelumnya tak pikir pun tetibe terpikir.

Nak google jawapan bukan semua ada, nak tanya ustaz/ ustazah feqah pun bukannya kenal.

Soalan paling terbaru adalah kalau minyak macam minyak kat sinki atau minyak yang keluar dari muka atau tangan, yang memang spesies nipis gila tu, kalau kena najis kena cuci sampai hilang ke?

Haa…. Kalau ada nak jawab, silakanlah. Soalan ni setakat ni memang menyusahkan. Aku punya jari semua kecut. Kuku pun rapuh.

Yelah, banyak sangat pakai sabun nak cuci tangan sebab tangan kan semula jadinya rasa licin.

Aku sampai stress nak ngelak cuci pinggan dalam singki. Ni serius tau, bukan alasan tak munasabah untuk nak ngelat cuci pinggan.

Pastu pasal hanger baju yang ada tompok2, tak kisahlah, hitam ke putih ke kuning ke, semua aku reject, sebab aku tak pasti amende tu, lagi2 yang putih ngan yang kuning.

Sekali lagi, ini bukan alasan tak munasabah untuk ngelat jemur baju.

Aku pernah sampai tahap tak nak tangan orang sentuh aku atau barang aku i.e. mak aku dan adik. Adik aku sampai panggil aku germaphobe which is not true.

Nak pegang charger ke, laptop ke, charger laptop ke semua aku lapik. Biasanya pakai beg plastik. Phone je aku tak pakai sarung tangan sebab aku jaga bila aku pegang phone.

Aku pernah basuh phone sebab rasa macam kena najis, tiga hari letak dalam beras sebab masuk air.

Belum cerita lagi pasal solat, aku baca memang kuat… untuk orang yang tengah bersolat. Sebab risau tak dengar padahal elok je boleh dengar bila aku baca perlahan masa roommate on call.

Pastu pasal al-fatihah. Lepas adik aku tegur bunyi ص aku, ص tu sampai nak tercekik aku sebut, itupun ulang2 sampai orang yang dengar tolong sambungkan.

Dulu masalah niat dalam takbiratulihram, memang stress setiap kali nak mengulang. Rasa nak nangis je. Rasa macam tak nak solat.

Lepas belajar yang apa yang wajib ada dalam niat, baru senang sikit. Still mengulang cuma tak sebanyak dulu. Pastu datang lagi persoalan lain.

Begitulah kebiasaannya, pasti akan datang persoalan baru yang menyukarkan hidup aku sebagai seorang Muslim.

Pastu bila mandi wajib, paling kurang kena setengah jam. Risau rambut tak kena, risau pelipat tak betul2 basah, bahagian yang takde pelipat, yang senang kena air pun aku lalukan air dengan lama sebab risau tak basah.

Kalau wuduk, memang lencun baju, lama jugak nak wuduk tu. Selalu kena tegur ngan mak pasal baju lencun. Hmm…bukannya aku sengaja nak lencunkan baju. Memang macam ni jadinya.

Pastu, pasal akidah. Ni pun masalah jugak. Kalau aku mati pun, diharapkan aku boleh mati dalam islam yang sempurna. Was2 akidah aku ni jadi bila aku banyak sangat pikir.

Pikir pasal Islam, pikir pasal agama lain, sampai kadang2 jadi terpesong. Pastu mulalah gelabah nak betulkan balik, nak mengucap semua. Tengah solat pun boleh terpikir camtu.

Sebelum wuduk aku selalu mengucap dulu. Bila aku main game pun jadi jugak, aku main game pasal ancient chinese. Biasalah, diorang kan non-muslim so diorang pakailah istilah2 yang tak bersesuaian dengan aku.

Contohnya, kalau nak gold ingot, kena tekan ‘worship’ kat orang ni. Ataupun masa lantern festival, dia suruh tekan ‘make wish’. Haram jadah betul.

Tapi masalah was was yang lagi besar adalah was was pada was was tu sendiri. Pelik kan? Meh aku citer sikit apa maksudnya.

Was was pada was was itu adalah bila kau pikir ‘Ni betul ke was2? Boleh ke kalau aku buat derk je? Kalau aku buat derk, nanti lepas ni macam mana kalau betul najis?’ Haa… begitulah. Macam mana aku nak elak was was kalau aku tak tau yang itu was was.

Aku dengar buya yahya cakap kalau was was teruk sangat, ambil jelah pendapat mazhab Maliki sebab biasanya senang sikit.

Tapi masalahnya aku tak tau sangat mazhab Maliki punya pendapat. Kalau aku salah buat macam mana? Was was aku ni cukup teruk ke nak ambil pendapat Maliki? Kalau main suka2 amik pendapat kan dosa?

Panjang aku membebel. Aku buat confession ni pun sebab nak lepaskan beban dalam hati. Nak luah ngan family pun, dah serik.

Aku pun nak orang yang ada penyakit was was yang teruk kat luar sana tak rasa gila sorang2. Untuk yang tak was2 tu, korang kalau jumpa orang was2, hmm…

Kalau termampu, tolonglah dia. Bagi ilmu ke. Pukul dia sikit bila kau rasa dia buat perangai was2 lagi. Was was ni sakit jiwa. Kalau tak dirawat, makin melarat jadinya.

Semoga semua yang diuji dengan penyakit was was ni sembuh sepenuhnya dan dapat hidup dan mati dengan tenang.

P/s: Kalau kenal orang yang mahir bab feqah, kenalkanlah kat aku. Thanks…

– Nurul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Assalamualaikum, saya kena penyakit was-was ni dari tahun 2020 tak silap saya. Makin lama makin teruk lagi-lagi bab najis tersebar. Saya banyak kali cuba nak lawan sampai nak pegang barang pun susah. Orang lain bila nak pegang barang saya pun saya akan cuba mengelak and barang memang kalau letak atas lantai mesti saya akan was-was sebab takut ada najis.
    Bab ambil wuduk memang banyak kali ulang sebab saya rasa macam keluar angin dekat belakang je and rasa macam batal. Bab solat pulak memang nak sebut huruf tu saya sebut kuat-kuat and ulang banyak kali. Saya tak berapa ingat tapi saya pernah baca tahiyat akhir selama sejam sebab rasa macam tak betul sebutan saya. Saya pernah terfikir yang saya ni macam murtad sebab fikir macam ni tapi saya cuba untuk kuatkan akidah saya balik. Banyak kali saya rasa nak mati tapi saya risau sebab banyak sangat dosa saya pada tuhan. Saya pernah rasa islam ni berat sangat. Saya ni baru nak masuk ke alam dewasa dan saya tak tahu saya masih boleh teruskan seperti orang normal yang lain ke tidak. Saya rasa diri saya ni beban sangat and patut mati je dari dulu. Semoga kita semua diberi kesembuhan daripada penyakit ini.

    Ya Allah, bantulah hambamu ini. Angkatlah penyakit was-was ini daripada kami agar kami dapat melakukan ibadah kepada-Mu dengan tenang dan yakin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *