Respon Untuk Along

Ketika membaca confession ini, (https://iiumc.com/jawapan-buat-angah/) Saya dapat merasakan ia daripada Along, mungkin.

Along ingat tak Along pernah tinggalkan Angah sendirian, tanpa berita, tanpa call, tanpa mesej, sehari sebelum raya, sedangkan ibu ada berpesan supaya kita balik ke kampung dari universiti bersama-sama.

Sebab Along sedang berseronok dengan teman lelaki Along. Along hidup dengan maksiat yang berterusan hingga berzina berkali-kali.

Lebih malang sewaktu ibu dan ayah sedang mengerjakan haji, Along lagi seronok membuat perkara terkutuk. Nasib baik tidak mengandung anak luar nikah. Along hidup susah hari ini kerana tindakan bodoh Along ketika di universiti dulu.

Along manusia yang paling mementingkan diri yang angah pernah hadap di dunia ini. Semenjak dari universiti, ayah sudah belikan kereta baru khas untuk Along.

Apa yang Along buat? Along ke sana ke sini dengan teman lelaki, keluar buat maksiat, buka tudung dan banyak lagi kehinaan yang Along dah buat. Angah tak pernah merasa kereta baru hadiah dari ibu ayah, tapi angah sabar dan telan sahaja.

Memang benar, anak sulung tiada contoh, tetapi bukan tiket untuk berbuat suka hati ikut telunjuk nafsu. Kahwin Along ditaja penuh dengan duit ibu dan ayah.

Angah turut mengerah kawan-kawan membantu kenduri, sampai angah hilang kawan sebab kau Along. Angah sangat menyesal membantu Along sepenuh hati ketika itu. Angah hilang kawan ada Along peduli? Sudah tentu tidak.

Sewaktu sudah kahwin dengan abang Long, sepanjang perkahwinan Along, hampir segala baju, makan, duit keperluan Along dan anak beranak, ibu yang taja.

Melancong sana-sini ibu dan ayah berhabis duit, sampai pergi menunaikan umrah Along, suami dan anak pun menggunakan duit ibu dan ayah.

Meminjam duit sampai ibu nazak pun masih belum dibayar hutangnya. Angah tak pernah mengerah duit ibu ayah sebegini. Malu Along, di mana maruah kita.

Hinggalah ibu sakit tenat, di mana Along? Di mana figura kakak yang boleh Angah bergantung harap. Sudahlah tiada duit dihulur pada ibu dan ayah.

Kemudian berkira tenaga pula sedangkan masa Along sangat banyak. Kemudian kata Angah yang patut jaga ibu yang sakit, bukan Along dengan alasan-alasan bodoh.

Along cuci tangan, semua dihempuk di atas jemala angah. Tidak cukup dengan itu, berkira masa untuk menjaga dan menghantar ibu ke hospital, semua Along lepaskan cukup-cukup ke pundak bahu
Angah. Maaf, Along anak tak bertanggungjawab.

Terlampau banyak penderhakaan Along pada ibu dan ayah semenjak Along kenal dengan suami, hinggalah pada saat ibu sakit tenat, Along melawan ayah lebih teruk berbanding adegan filem Si Tanggang.

Along tidak ingatkah bagaimana ibu ayah sangat terluka ketika Along derhaka pada mereka ketika dapat tahu Along telah berzina dan mahu berkahwin dengan lelaki yang tidak cukup solat dan bermasalah?

Sudah cukup menderita ibu ayah mendidik Along tapi sia-sia. Angah dan adik lain hanya mampu melihat keburukan contoh jelik yang Along bawa. Kami kecewa.

Angah tak kisah untuk Along menjauhkan diri, pergilah. Selama ini pun Along bukan sentiasa ada ketika ibu sakit, ibu dan ayah susah, Angah atau adik ada masalah, Along tiada,

Along tak pernah ada untuk Angah minta bantuan. Along bukanlah orang yang boleh digantung harap. Angah sangat bahagia dengan hidup angah tanpa Along.

Kita hidup dengan cara masing-masing. Kalau sampai waktu Along sakit atau nazak untuk meninggalkan dunia, angah akan ziarah.

Cuma janganlah menghasut anak-anak Along yang Angah sayang itu untuk membenci angah. Jangan putuskan silaturrahim yang sedia retak ini.

Angah merasa lebih bahagia tanpa Along. Angah menumpang kasih dengan kakak-kakak rakan lain selain Along yang lebih rahmah dan baik budi.

Angah sangat penat menjadi adik Along, Angah sudah lama putus harapan & tidak akan berharap lagi pada Along. Hiduplah dengan dunia sendiri. Angah tidak peduli lagi.

Kini, jika Along ada masalah keluarga, masalah jiwa, masalah inferiority complex, masalah kewangan atau apa jua masalah, janganlah menuding jari lagi mencari kesalahan keluarga. Hentikan menyalahkan ibu ayah yang telah sempurna didikannya pada Along.

Hentikan menyalahkan adik-beradik. Ini jalan yang Along pilih, maaf Along, mungkin ia balasan langsung dari Tuhan akibat perbuatan Along mengingkari ibu ayah, dan ingkar pada Tuhan.

Sabda Rasulullah S.A.W :

“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada kedua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

– Angah Yang Tiada Along (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *