Jujur atau Menipu?

Assalamualaikum. Mungkin penulisan ni agak bosan bagi sesetengah orang tapi mungkin ada yang mengalami situasi yang berkaitan dalam penulisan ni. Bergantung kepada penilaian masing-masing.

Sepertimana yang kita tahu, jujur adalah satu perbuatan yang mulia dan bagus. Kadangkala, bila jujur kita akan dapat apa yang kita tak minta.

Seperti contoh, seseorang yang kehilangan dompet dan kita jumpa serahkan kepada pemilik tersebut, kalau pemilik tersebut seorang yang murah hati mungkin dia akan bagi ganjaran dalam bentuk duit.

Tidak kira besar atau kecil nilai wang tersebut tapi dengan sikap jujur kita akan dapat rezeki yang tak disangka-sangka.

Zaman sekarang, jujur pun susah, manusia akan menganggap orang yang jujur sebagai lurus bendul.

Tetapi ada sesetengah manusia yang sentiasa jujur kerana dalam pemikirannya sikap menipu akan membawa padah kepada diri dia. Mungkin juga dia berfikir apa yang dia boleh jawab kalau dia menipu.

Ada sesetengah manusia tidak pandai menipu, manusia lain dapat kesan dengan senang penipuan dia. Kita dah diajar sejak kecil supaya jangan menipu.

Orang jujur ni kadang-kadang mudah hilang kawan kerana kawan-kawan takut aktiviti yang disimpan akan diberitahu orang lain.

Ada yang berbohong demi nak menutup kesalahan diri sendiri dan kawan-kawan. Kalau menipu pula akan binasakan diri.

Pantun Melayu lama ada mengatakan ‘siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri’. Lama-lama manusia pun tak percaya kalau selalu sangat menipu.

Kadang-kadang manusia tersepit dalam pemikiran kerana kata-kata yang kita tuturkan adakah betul kalau jujur, atau kita kena pusing-pusing sikit supaya manusia lain boleh mempercayai kita.

Ada sesetengah manusia, kalau kita berkata jujur dia akan bercakap belakang, seolah-olah lurus bendul, tak pandai bercakap.

Bila bercakap, seolah-olah kita ni membosankan. Kadang-kadang rasa serba salah nak bercakap sesuatu sampaikan bila nak bercakap kena berfikir dulu adakah betul apa yang kita cakap sampai jadi stres nak mengeluarkan kata-kata.

Bila tanya pendapat orang lain, dia minta kita bercakap apa yang terlintas di fikiran.

Ada sesetengah manusia mesti kena jaga hati dia, perasaan dia sampai rasa serba salah nak munuturkan kata. Kadangkala, apa yang kita cakap susah untuk diterima.

Bukanlah minta untuk mengajar menipu tetapi mahu mempelajari cara bercakap yang lebih berkesan bagi menjaga hati dan perasaan orang lain.

Ada juga manusia yang memberi pandangan negatif tentang cara percakapan seseorang. Jujur salah, menipu pun salah.

Kalau ada pandangan, boleh kongsikan bersama untuk ilmu. Terima kasih.

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *