Sendiri Nak Makan Pun Malas

Kadang perempuan burnout ni puncanya tak masuk akal. Hal remeh je pun.

Isunya, Sendiri nak makan pun malas.

Bila perempuan dah penat beli lauk mentah, masak, hidang makanan. Hidang pinggan. Boleh lelaki tanya, “Ambil sudu. Sudu takde ?”

Isunya remeh. Cuma sudu. Aku boleh ambil sudu tapi rasa hati berbungkam. Frustnya.

Benda kecil je pun. Tapi memyirap betul perangai orang lelaki ni.

Aku belum kahwin lagi. Jadi tak layak nak confess dekat Krt. Tapi terkilan dengan perangai lelaki yang dah 30 tahun ke atas ini.

Tak kisahlah. Adik beradik ke, ayah ke pakcik ke datuk ke. Tak semua. Mungkin kena dekat aku je kot.

Semua dah dewasa. Bukan budak lagi

Kadang dah dimasak sarapan pagi, masak nasi campur tengahari. Buat minum petang. Malam panaskan lauk dan tambah lauk utama. 3 kali masak.

Sudah dihidangkan. Ayat yang keluar, “Pinggan takde ke ?” Padahal jarak rak pinggan cuma 2 meter jauhnya.

Bila kau pelawa makan. Pinggan takde. Boleh cakap, “Ingat ajak makan tu dah siap semua”

Peh.

Cuma perlu angkat punggung amik pinggan dan makan je kot.

Bila minum petang dah dibuat air panas. Cawan ditinggal atas meja. Basuh tak usah cakap.

Kalau betul lelaki-lelaki ni bekerja takpe. PKP semua dah tak kerja. Tak payah cakap beras laki beli.

Kalau perempuan beli pun takde masalah. Tak minta masak pun. Tapi benda simple mcm seketul cawan takkan tak boleh angkat ke dapur. Apatah lagi basuh.

Kadang dah masak elok semua. Tengok kat periuk nasi bersepah dibawah. Tengok mangkuk kuah, meleleh kuahnya ke meja. Lapar sangat agaknya. Tengok tempat sisa makanan. Bertaburan sisa.

Tong sampah tak payah kata. Bergaduh tu siapa nak membuangnya. Kau keluar cari lauk mentah. Kau jugak mikir nak buang 2-3 tong sampah kat rumah.

Muka sama masak, muka sama yang kena bersihkan. Dah dua tiga shift pulak. Tadi marathon masak. Pastu kerja hakiki. Pastu bersihkan pulak sisa makanan lelaki dari syurga.

Aku belum sentuh soal pakaian. Kalau sentuh mahu pengsan.

Kalau bekerja tak apa. Nanti orang cakap wah mentang orang lelaki tak bekerja kita perempuan pandang hina. No. Bukan isu tu. Takde masalah ni semua. Bukan isunya. Tapi kebersihan tolonglah jaga.

Kalau dorang ni umur muda macam kanak-kanak aku faham. Aku senang nak marah. Suruh disiplin. Tapi kalau dah tua masing-masing ni. Baik yang 30 ataupun 50. Nak marah rasa tak kena. Dah tegur pun tak jalan mana.

Jangan dah duduk kat meja makan. Macam ada magnet. Berat sungguh punggung nak ambil benda yang takde. Semua main petik.

“Eh ambil cawan”

“Eh sudu mana”

“Eh gunting mana”

“Piring mana. Bukak ni”

“Tak cukup sejuk. Tambah ais ni”

Paling syahdu bulan puasa. Kau sama-sama penat berpuasa. Dah masak macam biasa. Dan nak sediakan pulak juadah tambahan macam air manis.

Bukan lelaki ni nak sama-sama siapkan meja untuk buka puasa. Dorang berkejar ke meja. Tunggu nasi siap, dihidang semua. Apalah salah lengkapkan mana tak lengkap. Kita pun sama-sama lapar.

Kalau cawan tu alahai. Penghuninya tiga. Pagi kau kutip 5 cawan. Petang karang ada 6 cawan atas meja. Sekali minum sekali letak.

Ye benda ni normal kat rumah mana-mana tapi dah tua. Mohon berubahlah. Kan dah jadi contoh kat budak-budak.

Dah dibeli cikedis, fast food. Duit sesen tak keluar. Dah hidang siap. Tapi sampah pun payah nak masuk tong sampah. Muka sama juga.

Kadang org burnout sebab ekonomi pkp and so on. Tapi aku meroyan sebab lelaki tak reti adab makan je. Aku tahu remeh kan. Tapi kau bila penat sangat, sumpah rasa tertekan.

Bila beras kita beli,

Masak kita masak,

Rumah kita kemas,

Semua berhidang on time,

Sumpah takde masalah. Ikhlas semua. Tapi…

Tolonglah ubah mentaliti. Benda lain nak malas lantaklah. Kalau bab sendiri nak makan pun malas. Memang tak tahu nak cakap apa.

Lelaki bukan raja,

Perempuan bukan hamba

Tolong menolong meringankan sesama kita. Tak mintak pun masak basuh rumah. Tapi kalau nak makan tu rajin-rajinlah ya.

– Gadis Stress (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *