Aku adalah seorang “INTROVERT”, suka menyendiri dan suka bebas daripada terikat dengan individu.
Salahkah menjadi pendiam? Salahkah bila aku sendiri? Tidak suka mencari tahu hal orang lain, bukan tak kisah di buli, Cuma malas ingin “argue”atau cari masalah dengan orang lain.
Ya, aku kadangkala seorang yang lurus, selalu menjadi gurau senda orang lain. Bila aku tidak suka dengan gurau senda itu, aku akan lari dan buat hal sendiri. Aku tidak ada masa untuk perkara seperti itu.
Mempunyai adik beradik yang ramai, menyebabkan aku menjauh kan diri daripada ibu dan ayahku. Susah senang aku, biarlah aku sendiri. Kisah mengenai angah tentang along sangat2 menjentik hati aku, sebab aku along.
Berkorban rasa dan harta benda untul adik beradik yang lain. Sebab itu jika dibandingkan dengan adik beradik lain,
Aku tidak pandai melawa seperti adik-adik perempuanku yang permintaan mereka di berikan sahaja oleh ibu ayah. Berbeza dengan aku, telefon pun aku beli sendiri.
Ayah.
Pernah kah ayah kamu menjerit dia tidak bangga dengan ijazah kamu? Pernahkah ayah kamu menjerit di katakan bodoh kerana tidak bekerja kerajaan ketika makan?.
Kadang kala aku fikir hidup aku susah sekarang kerana tidak dengar kata bila ayahku suruh kerja kerajaan, atau memohon maktab.
Bukan aku tak mahu memohon maktab, cuba buka Didik Tv, menjadi guru memerlukan personaliti ceria dan banyak mulut dan aku tidak. Aku tidak minat.
Rezeki.
Aku sudah mohon SPA, 2 kali temuduga selepas SPM, dan aku gagal. Aku tak pandai menjawab soalan. Ada kawan ketika asasi bertanya, kenapa nak masuk SPA sedangkan boleh masuk U.
Entah. Aku ikutkan ayah aku, dan aku gagal juga dengan SPA. Selepas habis ijazah, pernah juga temuduga SPA jawatan 41. Tetap gagal.
Sekarang aku letih, bekerja dalam bidang swasta memerlukan sijil competency tertentu, kerja aku juga tidak menentu, sudah lebih 5 tahun. 5 syarikat aku bekerja.
Company A : Gaji 14hb, syarikat akhirnya di TERMINATE dengan client. Tak sampai setahun.
Company B: Gaji 14hb juga, syarikat di TERMINATE dengan client juga. Tak sampai setahun.
Company C: Sama juga gaji 7hb keatas, di TERMINATE dengan client kerana tiada progress. Tak sampai setahun.
Company D: Setahun cukup, Cuma tahap stress menyebabkan aku sakit. Apa yang aku tahu selepas aku keluar, team yang ada ditamatkan kontrak.
Company E: Gaji walaupun lambat, tapi di sini paling relaks, Masalahnya, aku akan habis kontrak tidak lama lagi.
Aku ingin bimbingan dan tunjuk ajar, lagipun aku sudah banyak pengalaman sebelum ini tetapi tidak dapat mengunakan pengetahuan ku untuk digunakan di tempat baharu sekarang.
Aku letih, aku ingin bekerja tetap tanpa jawatan KONTRAK, ingin mempunyai BENEFIT, kenaikkan gaji, bonus dan bimbingan. Sesuatu yang mencabar minda.
Aku letih dijadikan pilihan kedua, 3 syarikat diatas memanggil ku untuk mengisi jawatan mereka kerana gaji yang ku minta murah.
Dengan gaji yang murah itulah aku berusaha juga memohon pinjaman untuk pergi kursus competency tertentu.
Perjalanan untuk menjadi “competent person” juga bukan mudah. Masih tidak selesai, walaupun sudah 5 tahun.
Berkali kali pergi temuduga, bila kita tidak punyai competency, dipandang sebelah mata oleh penemuduga.
Pernah juga aku menganggur, aku pernah menjadi cleaner di hospital dan pejabat kerajaan. Aku jadi “down”. Saya teringin nak kerja seperti mereka.
Jika dapat diputarkan masa…
Aku teringin belajar di sekolah biasa2, selepas SPM sambung belajar di kolej komuniti sahaja. Jika dapat diputarkan masa, “communication skill” aku pada 2021 ini, aku mahu gunakan ia pada 2011 dahulu.
Aku tidak mempunyai kemahiran atau “skill”. Aku cemburu melihat orang lain yang ada bakat menjahit, memasak, buat kuih, makeup dan gunting rambut.
Aku teringin nak belajar, tapi aku tak cukup masa, kerja 6 hari seminggu. Kelas menjahit pun agak mahal. RM1200, belum cukup duit.
Aku pun ada masalah kesihatan yang memerlukan duit. Kadang-kadang service kereta dan gunakan duit untuk bahagiakan ahli keluarga. Aku teringin nak jadi kaya.
Aku hanya ingin menjadi biasa biasa sahaja. Ya Allah aku letih.
Doakan aku dipermuahkan segala urusan.
– Insan Biasa Biasa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit