Dulu aku selalu pandang sinis page ni sebab ia banyak keluhan hal rumah tangga. Isteri kutuk suami, menantu kutuk mertua. Kesian hidup tu serba tak kena.
Tapi sekarang banyak juga informasi bermanfaat. Jadi banyak juga faedahnya. Ada banyak pengajaran yang boleh diambil terutama hal bisnes, karier, masa depan dll. Barulah terbina minda masyarakat kita.
Baru-baru ni ada ‘kerani’ kot dari pejabat peguam bercerita tentang keburukan beli rumah dengan agen hartanah. Boleh baca link ni, (https://iiumc.com/realiti-jual-beli-rumah-melalui-ejen-ii/).
Sekali baca memang terkejut beruk sebab apa yang diceritakan memang menakutkan. Siapa baca tentu dah tak nak berurusan dengan agen lagi dah. Berapa hanatnya perangai agen tu. Katanya bukan agen M. Wallahualam.
Namun begitu aku perlu menulis untuk meneutralkan keadaan supaya kita semua boleh membuat pertimbangan yang adil dan saksama. So ini adalah objektif penulisan ini.
Pertama katanya kena lantik peguam sendiri, JANGAN GUNA PANEL.
Agen memang akan cadangkan peguam panel sebab apa?
Sebab panel ni biasanya neutral. Kita akan gunakan terms yang biasa untuk perjanjian jual beli rumah. Dia takkan ‘bias’ pada owner atau buyer. Semuanya ikut undang undang biasa. Very straightforward.
Tetapi kalau owner berkeras nak pakai lawyer sendiri tu haaa tengoklah. Terms bukan-bukan dia masukkan. Yang jadi mangsa pembeli juga.
Sepanjang 5 tahun aku jadi perunding hartanah, belum pernah ada masalah besar apabila gunakan panel. Urusan lambat sikit, salah faham, info tak jelas, benda ni senang nak uruskan.
Masalah besar ialah ada peguam yang pecah amanah bawa lari duit klien, peguam simpan duit klien (tak semua ya) Yang ni memang masalah besar. So kita nak elakkan masalah besar begini.
Peguam panel ialah peguam yang dah biasa dengan agen tersebut. Kita dah ‘test’ service dia sebelum ni. Kalau tak bagus kita takkan hantar kes padanya lagi. Kalau bagus baru kita kekalkan.
Kalau ada masalah ‘delay’ ke apa, agen boleh push peguam. Kalau peguam tu kami tak kenal, agen pun dia tak nak layan tau.
Lagi satu, aku menyampah betul kalau klien pakai peguam eksyen. Dah la urusan semua by email saja. Kalau kau tengok email selalu takpe jugak.
Adakala benda boleh settle satu hari boleh delayed sampai seminggu dua, hanya kerana peguam A dah email, peguam B tak tengok email. Kalau bagi nombor telefon kan senang. Kau nak job tapi tak nak diganggu. Lawak betullah.
Lagi satu kami cadangkan guna panel sebab tuan rumah boleh jimat banyak. Kalau 2 lawyer, kos sampai 8ribu, tapi kalau guna panel, kos tak sampai rm2ribu untuk owner.
Jadi percayalah pada peguam yang agen cadangkan, sebab kami hantar kes setiap minggu. Dah kenal yang mana kaca, yang mana permata.
Bab ejen makan komisyen peguam tu aku memang tak dinafikan. . Tapi nak tanya, berbaloi ke dapat komisyen rm300 tapi hidup kau huru-hara sebab peguam bawa lari duit klien ratus ribu? Fikir dulu sebelum menuduh.
Semua peguam bagi komisyen sebab nak kes. Tapi kami hanya akan pilih peguam yang boleh siapkan kerja tanpa buat kami pening kepala kemudian hari.
Kedua katanya PEMBELI DAN PENJUAL PERLU BERSEMUKA.
Mai aku cerita Kenapa kami elakkan.
Agen dah buat kerja carikan pembeli. Dah bawa viewing. Dah keluar kos mengiklan, kos perjalanan, masa dan tenaga. Dah lulus loan barulah kes dihantar kepada peguam.
Masa penjual dah bersemuka dengan Pembeli, syaitan mula berbisik. Eh, jimat banyak kalau aku tak payah bayar ejen. Jadi penjual berpakat dengan pembeli nak cancel urusan.
Agen pun terpaksa redha tiada rezeki. Terbayang wajah anak-anak yang sudah dijanjikan nak bawa makan di luar jika ayah dapat gaji. Berkecailah harapan perunding hartanah yang telah dikhianati.
Hakikatnya penjual dan pembeli buat deal lain di luar bersama peguam.
Benda ni sudah pun berlaku. So agen perlu mengurangkan risiko ia berulang lagi. Takkan kita nak dipatuk ular di lubang yang sama lebih sekali?
Selain itu ada juga penjual yang memang tak mahu jumpa pembeli. Saya dah bayar agen, biarlah agen buat kerja. Kenapa pula saya kena ulang balik negotiation dengan pembeli? Ya aku juga dah jumpa tuan rumah begini.
Iyalah, ada ke patut pembeli nak jumpa tuan rumah sebab nak pujuk dia dapat masuk rumah awal sebelum pindah nama selesai. Kalau boleh nak duduk free. Ha ha ha. Kau mimpilah dik!
Apa yang kerani pejabat peguam tu cerita aku dan kawan-kawan agen tak pernah buat di Lembah Klang.
Namun ada juga owner yang kata nak jual harga XXX. Komisyen awak , pandai-pandai sendiri nak nego dengan pembeli. Dalam kes ni salahkah kami kena cari gaji sendiri. Tapi taklah sampai nak makan 50K satu kes.
Kami ikut rules yang ditetapkan oleh BOVEA Iaitu Board of Values and Estate Agents.
Itu saja setakat ini. Bagi yang memerlukan servis perunding hartanah di Lembah Klang, carilah yang anda percaya.
– Ros (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit