Menantu Lelaki Pun Terseksa Duduk Rumah Mertua

Assalamualaikum, kepada semua pembaca IIUM Confession. Diharapkan admin dapat approve luahan hati aku ni.

Nama aku Alim, sudah berkahwin. Kalau kebanyakan cerita mertua menindas menantu perempuan, ni cerita aku mertua menindas menantu lelaki.

Ya, aku duduk dengan keluarga mentua. Bukan sebab aku tak mampu, sebab atas permintaan isteri aku dia nak duduk jaga mak dia yang tak berapa sihat.

Aku pun ada mak juga kalau nak ikut kan, mak aku lagi la ibu tunggal. Tapi atas sikap tolak ansur dan kasih sayang, aku turutkan juga selepas berbincang dengan kakak aku.

Rumah aku dah sediakan, lengkap. Boleh saja kalau kami nak masuk pindah rumah aku. Kalau menantu perempuan tak selesa duduk dengan mertua, kami yang lelaki pun nak privacy juga.

Mula-mula semua okay, dia cakap mak dia okay, adik beradik dia pun tak ada masalah. Adik beradik dia seorang lelaki, abang, 3 perempuan termasuk dia. Rumah biasa sahaja tapi bagi aku memang tak ada privacy.

Aku ni kerja sendiri, ada laptop, Internet dah cukup. Gaji aku ni lebih dari mampu kalau nak ikut kan.

Belanja rumah dia aku bagi, sedang kan adik beradik dia yang dah kerja pun tak buat macam tu. Aku tak hulur lah direct, nanti malu pula nak terima. Aku bagi dekat isteri aku je.

Masalah lepas beberapa bulan keluar lah perangai buruk masing masing. Aku kan kerja sendiri, ada office kecil untuk aku fokus buat kerja. Ada hari aku malas pergi office, duduk saja lah dalam bilik.

Bila aku duduk dalam bilik masing masing berbunyi cakap aku biawak hidup lah, lagi lagi adik beradik dia yang mengganggur tu. Emak dia?

Tak padan dengan sakit pun nak bising juga. Lagi lagi aku tengah makan. Aku makan duit aku okay. Aku dah la bagi duit makan, bayar bill nak suruh aku buat apa lagi. Memasak? Sidai baju?

Adik dia yang duduk 24 jam depan TV main motor saja buat apa? Sedap sedap perli mengenai buang sampah, hempas hempas pintu bila aku tengah makan.

Ayah dia yang tak kerja dari dulu asyik pergi kedai kopi saja melepak buat apa. Sekarang yelah terperap saja dalam rumah.

Asyik perli saja aku ni, perli aku duduk rumah mertua, tak buat kerja rumah, makan duit anak dia. Kadang kadang nak saja aku sembur depan muka kira guna kalkulator duit dia pakai tu. Mulut celupar betul masing masing.

Aku memang dah hilang sabar, aku bagitau isteri aku yang aku nak pindah juga aku tak kisah.

Dia pun bukan nya pernah nak bagitau aku yang hulur duit dekat rumah ni, takut mak dia malu katanya. Dia tak nak walaupun dia dah tahu aku tak selesa.

Pening kepala aku ni. Sekarang waktu PKP lagi lah stressnya aku ni. Nak jaga mak ayah, aku pun ada mak juga. Lagi lah syurga aku kat mak aku ye. Aku tinggal pujuk dia nangis nangis masa aku cakap keputusan aku.

Kalau aku boleh toleransi dengan adik beradik aku, tak kan dia tak boleh. Ingat lelaki saja ke nak berkorban semua benda tinggalkan mak ayah? Ingat hati ni tak ada nak tergolek tengok TV, masak sama sama?

Penting kan diri betul lah dalam hidup ni. Aku dah bagi masa dekat isteri aku. Lepas dapat vaksin keluar dari rumah ni, kalau dia tak nak keluar juga, aku balik jumpa dia sekali sekala saja atau dia datang rumah sana sendiri.

Tanggung lah akibat kalau tak nak taat dekat suami. Jadi apa apa jangan salahkan aku. Lelaki pun ada hati yang perlu dijaga.

– Alim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *