Mertuaku Sayang

Assalamualaikum semua ahli IIUMC yang hebat, aku MH ini kali pertama aku cuba menulis meluah perasaan dan mengharapkan idea pembaca yang insyaAllah akan membantu aku dalam mendepani cabaran hidup kali ini.

Sedikit latar belakang aku MH seorang guru sekolah swasta, berusia awal 30an, sudah berkahwin hampir 10 tahun dengan seorang jurutera kilang, dikurniakan dua orang puteri comel yang sulung 5 tahun yang kecil hampir 2 tahun. Oh ya aku seorang wanita ya.

Apa yang terdetik untuk aku menulis kali ini adalah kerana aku dalam dilema untuk membuat keputusan. Ya aku berkahwin dengan suamiku dari utara. Kira mak mertua dari utara la ni, sedangkan aku dari selatan. Sekarang aku pun tinggal di utara la gitu.

Bagi aku tak ada apa pun yang nak dibezakan sangat utara selatan, adat setempat, makanan yang berbeza, lenggok bahasa yang jenuh nak faham jugak kadang2 tu adalah perkara yang perlu diraikan.

Alah masa kita dekat asrama sampai zaman universiti sampailah zaman kerja semua dah bergaul dengan kawan-kawan yang datang dari ceruk segala alam so chill je la kan..

Cuma yang tak chill nya bila aku ni tak perform cantik macam ipar duai aku. Meh nak habaq abang ipar aku seorang tenaga pengajar m**a, biras aku sorang jurutera juga sama macam suami aku, kak ipar & adik ipar aku doktor. Aku je yang jadi cikgu sekolah swasta yang gaji ala-ala je ni.

Awal kahwin dulu memang jadi topik hangat bila asal balik kampung je aku ni asyik kene tanya tak mau tukar kerja lain ka, mohon la mengajar m**a macam abg ipar, gaji hang dah berapa? sikit sangat tapi kerja teruk sampai waktu balik pun macam orang kerja pejabat.

Korang bayangkan yang aku ni baru masuk family ni jadi terkulat-kulat nak menjawab. Haish teruk sangat ke aku ni. Rasa teruk lagi teruk bila suami aku pun terjoin sama menyaka aku suh cari kerja lain,

Kenapa malu ek sebab kerja aku tak selevel adik beradik kau ke, eh sebelum kahwin memang dah tau kan aku kerja apa dan tak kisah pun sebelum ni. Errgh! Nyampah.

Tapi sekarang suami aku dah tak berbunyi dah pasal ni..sebab apa ni aku nak cerita. Haa… baru nak cerita ya kawan-kawan, sabo cerita nak dekat 10 tahun punya cita jadi nak cut short tu payah bebenor rasanye.

Mak mertua kesayangan aku ni memang alhamdulillah bukan mertua yang banyak ragam macam sesetengah mertua ni, biasa2 ja, jenis bukan nak marah2 atau nak masuk campur urusan anak menantu.

Setahun lebih aku kahwin, aku pi umrah dengan keluarga aku suami tak ikut, maklumlah kerja kilang payah cuti tambah baru kerja.

Mertua aku ni memang duit dah cukup lama tapi tak ada sorang pun anak2 yang nak rela hati ambil cuti dan bawa pi umrah, masing2 pun duit berkepuk-kepuk tapi tak mau ambil cuti bawa mak nan sorang tu.

Lastly aku juga yang kena sogok supaya bawa mertua aku ni, aku ok je la sebab memang tak rasa beban ke apa tambah mertua pun sihat boleh berjalan elok walaupun masa tu umur dia 63 tahun.

Ok lah habis 1 part menantu yang sekolah swasta yang bawa mak korang pergi umrah yang korang rasa payah sangat nak korban cuti kan.

Masuk part 2, pernah mertua aku jatuh sakit dan memerlukan pembedahan, selepas berbincang adik beradik depa ni maka suami akulah yang menjadi tempat untuk mertua aku ni ditempatkan selepas pembedahan tu.

Oh ya ayah mertua dah lama tak ada. Jadi bermula rutin kami anak-beranak menjaga maktok tersayang ni.

Jujur aku kata memang tiada masalah untuk jaga mertua aku ni, dia sejenis yang tak banyak kerenah, sakit pun tak berbunyi nak mengeluh ke apa siap cakap dekat aku tak apa hang pi la sekolah mak nanti pandai-pandai la nak masak.

Tapi tiap pagi memang suami aku yang siapkan masak makanan untuk mak, aku dan anak sulung aku akan cuci luka dan bubuh ubat sebelum pergi sekolah, kami enjoy saja dengan rutin ni, balik sekolah aku masak..

Mak memang nak makan lauk pantang yang simple2 je, risau gatal dekat tempat luka tu katanya. Aku apa lagi itu yang aku masak dekat dia itu juga semua orang makan.

Walaupun aku mengajar sekolah swasta ini salah satu sebab kenapa aku suka sekolah ni, urusan keluar masuk waktu kerja mohon cuti agak mudah jadi memang temgahari aku balik tengok mak sekejap begitulah. Aku tak tahu kalau sekolah swasta yang lain macamana ya.

Tapi yang aku hanginnya bila weekend ja rumah aku jadi macam tempat kenduri kendara bila mak ada, masa awal2 operation tu tak pa la sebab mak tak larat lagi nak ke hulur ke hilir, ni dah sihat ya (sebab minor operation) cepat sembuh mak ni ipar2 aku tak ada rasa nak gilir2 jaga mak ka,

Weekend ja datang rumah aku lepak, tergolek-golek main fon, dengan anak-anak masing2 haish sikit pun tak tanya aku ok tak, terima kasih jaga mak la, hapa pun tak cakap dekat aku ni.

Aku ok ja jaga mak yang aku tak ok sebab korang jenis tak bertanya, tak menghulur dan buat rumah aku macam apa ya tiap minggu. Aku juga nak kena siapkan makan minum korang semua. Korang datang ala-ala bercuti, benda boleh rileks jadi penat gilerr rasa.

Aku suruh suami cakap dengan abang ipar suruh jaga mak pula, mak dah boleh berjalan semua dah sihat cuma ada appointment yang perlu dia pergi dan masak makanan pantang dia tu, kuat betul bertahan makan pantang dia tu biasalah orang tua kan.

Tahu apa alasan yang abamg ipar tak nak jaga? Alasan dia sebab wife dia engineer selalu balik lambat dan tak boleh nak tengok-tengokan mak dekat rumah, nak masak apa ntah lagi.

Dah tau wife tak boleh kau la yang bertanggungjawab. Tak mahu kena ambil cuti nanti pencen sikit eh ni mak kau ke mak aku? Yang harap wife jaga apasal? kau la jaga, mak tu bukan nak kena dicuci dipapah lagi.

Menantu yang konon low class ajar sekolah swasta ni la berulang alik tunggang tungging yang jaga mak korang. Yang doktor2 tu lagi la busy memanjang dan bila datang weekend ada masanya tidur aja. Alah faham je doktorkan.. tapi hatiku tetap sakit bila tengok keadaan ni.

Bila mak dah semakin kuat dan merengek nak balik rumah dia maka kami pun hantar. Sedih juga anak aku tu ye la pagi2 tak ada dah rutin dia nak mencuci luka dan bubuh ubat. Masuk je bilik maktok dok mengimbau kenangan dia dengan maktok.

Cerita dekat atas tu dah bertahun berlalu. Sekarang ni mak makin uzur, depa berbincang adik beradik minta aku yang berhenti kerja dan jaga mak depa. Aku pun what??

Eh kenapa ye? sebab aku kerja sekolah swasta yek sebab tu mudah2 nak letak dekat aku pula tanggungjawab ni nak suruh aku berhenti kerja gitu.

Kak ipar kata nanti kak bayar awak sama nilai dengan gaji awak (nampak tak gaji aku ni ciput sebab diaorang mampu bayar kan) dekat sekolah tu.

Eh kalau nak berkira la soal gaji, kau kira sekali gaji social life aku, nanti aku hilang kawan2 aku, aku hilang me time aku sebab nak jaga mak korang aku dah kurang masa dengan anak2 aku, suami aku balik kerja kalau tak nampak bulan tak sah.

Memang 90% urusan rumah aku yang setel ni nak tambah mak korang. Korang hire la maid apa payah dah memasing duit banyak.

Suami aku bagi aku kebebasan untuk bagi keputusan. Dia tak lah menggalakkan sangat dan tak lah menolak. Adui suami aku pun.

So korang rasa macamana nak berhenti kerja ke atau tak? Aku bukanlah berkira soal gaji, tapi aku lebihkan social life aku..

Aku orangnya bukan boleh buat rutin yang sama, even bila sampai mood swing aku malam2 walau suami baru balik kerja pun aku ajak pi ronda-ronda. Kadang2 weekend aku memang minta suami jaga anak2 aku me time sekejap.

Korang bantu ye, tolong rasionalkan aku adakah aku terlalu emosi dan tak mementingkan khidmat bakti pada mertua kesayanganku.

– MH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *