Ada seorang hamba Allah ni dulu ketagih gila p0rn, sampai tahap benci kaw2 dengan diri sendiri. Alhamdulillah, sekarang tak dah. Ni tips dia :
1. Taubat, azam tak nak buat lagi. Buang semua video lucah dari phone. Kalau rasa socmed punca p0rn, b0leh tinggal laa dulu for good. Apa apa pon, ukur baju di badan sendiri. Play at your own risk.
2. Teruskan mendalami ilmu. Lagi susah nak tinggal p0rn, lagi banyak ilmu yang kita kena belajar.
Bukan setakat ilmu agama, tapi sains, psychology, biology dan sebagainya. Ilmu2 ni la yang akan bwa kita kluar dari kegelapan dosa ni, sebab dia akan act as cahaya.
3. Buat planning (timetable) untuk jadi muslim yang berjaya kawal nafsu. Nak lawan setan dan nafsu ni kena ada strategy. Tak boleh sekadar follow the flow ja. Isikan masa dengan perkara bermanfaat.
4. Kawal pemakanan. Makan makanan sihat dalam portion yang adil dengan badan. Nak mantap, amalkan suku-suku separuh. Suku carb (nasi), suku protein, separuh sayur-sayuran/ buah-buahan.
Cadangan makan, pagi, tengah hari dan petang. Jangan makan dekat2 nak tidur, nanti nafsu jadi kuat, mula laa nak tangan nak meraba merata. Kurangkn daging, sebab dapat meningkatkan libido.
5. Bangun awal pagi, tahajjud, taubat, hajat sebab qiamullail ni memang bagus untuk dapatkan inner strength lawan nafsu dan setan. Nanti akan dapat tengok kesan dalam masa seminggu.
6. Mandi sebelum subuh. Cold shower ni memang tersangatlah bagus. Sebab dia dapat tingkatkan metabolisma badan. Bakar lemak. Bantu untuk stay focus.
7. Solat sunat sebelum subuh. Sememangnya lebih baik dari dunia dan seisinya. Kalau tak mau bagi dunia lekat dalam hati, amalkan. Allah permudahkan buang dunia (p0rn0/ wanita/ sexy dan sebagainya).
8. Subuh jemaah, kalau boleh dekat masjid. Masa ni aura dia lain, tak sama macam solat jemaah fardhu yang lain.
Aura-aura dari orang sekeliling masa jemaah subuh secara tak langsung bantu kita fight p0rn. Seolah2 macam berkat gittew. Memang akan nampak kesan dia.
9. Bersenam. Dapatkan badan yang fit. Bersenam seeloknya awal pagi. Kalau tak sempat, bersenam petang. Banyak tutorial dekat youtube. Kalau bersenam nii, badan jadi letih, malam tu mudah laa nak tidur sebab letih.
Kadang2 punca tengok p0rn sebab mata takleh lelap sebab tenaga kita banyak lagi tak digunakan haritu. Akhirnya, tenaga disalurkan ke tempat yang salah.
10. Trust the process. Jangan give up. Setan tak pernah give up hasut kita, takkan kita nak give up lawan dia kan? Kalau boleh buat semua benda yang kat atas ni, konfemmmm!
Bukan takat boleh tinggal p0rno, malah kita akan lebih KONFIDEN, LEBIH HENSEM, LEBIH BERILMU, LEBIH BERIMAN, LEBIH KAYA, LEBIH BERJAYA, LEBIH DIREDHOI ALLAH.
Wallahu a’lam. Moga Allah permudahkan urusan kita menggapai redhoNya. Aamiin.
– Hamba Sahaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit