Bongsu Yang Sulung

Hi pembaca semua. Biasa saya membaca sahaja atas niat untuk mengambil pengajaran dari confessor lain tetapi kini saya pula perlu menaip kerana rasa terlalu terbuku di hati yang telah kekeliruan bertahun-tahun.

Kenali diriku sebagai Ana. Umurku 25 dan single. Anak bongsu and “The Only Daugther”. Saya berharap sangat confession saya ni lepas sebab saya sangat memerlukan pendapat para pembaca IIUMC.

Dulu masa study, di akhir-akhir sem saya perlu pilih tempat untuk Intern. Ayah saya suruh pilih di hospital swasta yang berdekatan dengan rumah. Korang tahu tak, saya telah tipu ayah saya dan actually saya tak mohon pun intern di area daerah kami.

Saya tipu, di area sini dah takde kekosongan. Saya pilih negeri paling jauh which is 5 jam perjalanan. Kenapa saya buat begitu? Sebabnya saya teringin sangat nak merantau. So saya intern jauh, saya independent sendiri.

Takde kereta, kemana-mana naik basikal. Syukur Allah mudahkan urusan saya. Saya jumpa rumah sewa dekat dengan office. Lintas je terus sampai office.

Before this saya tak pernah stay jauh dari family. Saya berjaya adapt plus I’m so happy at that time! Yup, bila fikir semula sekarang ni, amat regret kalau saya tak menipu masa tu sebab memang best sangat stay merantau.

After graduate, terpaksa lah balik stay dengan family. So macam-macam jenis kerja saya try. Cikgu tadika, pekebun dan sekarang ni ada bisnes online untuk side income. Kupas kelapa ke apa ke memang sanggup buat lah nak survive kan, kat kampong tak banyak offer dapat.

Tapi saya tak mengalah, mohon sana sini kerja. Duit tetap masuk sebab ada side income, boleh bayar bill sendiri, minyak kereta and so on.

Kat sinilah drama sedih bermula. Parent saya jenis tak boleh nak lepaskan anak yang sorang ni (saya lah tu). Actually saya tak suka dikongkong. Bila stay rumah ni, I have no privacy. Lagi teruk bab duit. Duit selalu kena sentuh dek orang rumah.

Saya ni jenis memang suka buat experiment memasak. One not so fine day, saya beli susu berkotak kotak sebab nak try buat yogurt sendiri.

Bila dah berjaya, ada pula mulut seorang abang yang nak yogurt tapi tak nak keluar modal (korang mesti fahamkan).

Dulu abang saya ni pernah juga minta tolong belikan barang which is mahal jugalah dan dia tak bayar balik pun sampai sekarang. Second attempt, dia minta belikan anak dia barang ni dia kata dia tak boleh nak buat transfer sebab number telephone problem.

Disebabkan saya pernah terkena. Saya decide diam sahaja dan buat tak tahu. So, Saya jadi tak selesa lah bila dia nak something tapi tak mahu keluar modal.

Saya agak tak yakin dengan dia sebab dia dah 34, married tetapi dia tak kerja, but isteri kerja. Sister in law pernah luah juga masa saya bawa dia pergi shopping, tapi what can I do, abang saya truelly ego besar tak boleh ditegur dan seorang pemarah.

Ada sekali tu saya masak ayam. Dia memang ada cakap dia nak bawa balik lauk. Then what happen, balik je saya dari kebun yelah kita laparlah kan dah buat kerja tengah panas tu.

Jeng jeng jeng! Lauk sudah habis dikaut semua. Tinggal kuah bersama je guys. Kecewa sangat time tu. Nasib baik ada maggi dan kimchi buatan sendiri.

Ni abang 3rd pula umur 28 and menggangur sambil main game 24 jam. Adalah satu hari tu. Saya ada interview, so hari tu ayah saya minta tolong abang hantarkan naik motor sebab kereta saya rosak. Dia agree je.

Masa dah tiba tempat tu, interview di lanjakkan waktu pula. Start lambat sangat lanjak 2 jam kot. So kami bosan tunggu lama-lama, muka abang saya ni dah berubah. Jadi saya belanja dia makan KFC hari tu before saya attend interview.

Then bila settle interview nak tiba rumah tu saya minta dia berhentikan saya kat depan kedai runcit depan rumah, saya nak beli roti.

Jadi saya belilah roti buku satu dan roti 90 sen. Roti 90 sen ni nak buat pergi berbasikal nanti. Dah tiba dirumah saya letak plastic tu atas meja makan. Malam tu saya keluar kan roti 90 sen tu untuk esok.

Tahu tak, pagi- pagi tu dia kata “haih? mana pergi roti lagi satu tu? buat simpan sendiri ke? yelah…pergilah buat makan sendiri!” sambil buat muka.

Saya terasa sangat dengan ayat dia tu. Dahlah saya baru balik dari siram berpuluh pokok di kebun, tarik tali salur air yang berat tu. Jadi saya malas nak layan, saya bagi juga roti tu walaupun that breakfast was 100% from my money.

Saya care, takut abang tak sarap apa-apa sebab saya busy that day nak kena kayuh pergi repair basikal sendiri. Saya banyak berbelanja untuk diorang.

Bukan nak berkira, tetapi diorang tiada usaha untuk diri sendiri. Bill mereka masih parent yang bayarkan. Yup, termasuk yang umur 34 tu.

Paling menyedihkan yang saya pernah hadapi, 2 bulan peti sejuk rumah rosak. Kebetulan masa itu atuk sakit jadi ayah perlu tinggal bersama atuk. Jauh dari rumah kami dan time covid memang susah lah pergerakkan pergi balik kampung seberang.

But within that 2 months peti sejuk rosak abang-abang saya doesn’t care at all. Saya termenung juga macam mana nak settlekan, of course ni sepatutnya anak lelaki yang kena settlekan.

So mak saya dah start cakap “Orang perempuan kena belajar berdikari, jangan harapkan lelaki”. Mak dah bagi hint muka mak dah lain (mak memang dah makan dengan sikap abang-abang).

Jadi saya cuba cari kedai repair. Alhamdulillah, 2 minggu settle, peti sejuk dah baik semula. So saya pakai duit mini kebun sayur saya untuk support keadaan masa tu.

Mak saya ajar, dan selalu sebut ayat itu. Itu belum lagi bab berbelanja barang dapur masa covid tu, saya jugalah yang perlu settlekan semua tu.

Ayah kalau berbelanja dapur, mesti bawa saya bersama. Ada suatu hari ni saya memang takde mood nak keluar. Jadi saya cakap pada ayah saya “ayah bawalah abang, ajar dia macam mana nak berbelanja”.

Ayah saya jawab “abang tak nak jadi macam ayah”. Saya terkejut juga dengar kata ayah sehingga begitu sekali.

Saya akur, ikut ayah saya pergi berbelanja. Mak pula, memang setiap kali jumaat saya akan potong kuku mak sebab jari mak dah tak kuat nak potong sendiri. Pernah juga saya cakap pada mak “mak, cuba mak minta tolong abang potong, mak kena ajar abang biasakan ni”.

Mak jawab “mak takut abang, dia ganas”. Saya akur, potong jugalah walaupun berharap sangat abang-abang belajar benda macam ni.

Ini belum lagi time saya jaga arwah mak cik (Belah mak dan single takde anak) kena stroke dan bedridden patient. Memang saya jaga arwah seorang and nobody offer pertolongan pun untuk bergilir jaga arwah.

Mana abang, mana mak sedara kalau datang pun bagi kopi ais ikat tepi then dah ambil barang dia, dia balik macam tu je.

Tahun tu adalah tahun yang amat buat saya down sebab banyak memori masa jaga arwah mak cik. Boleh katakan dekat sebulan dihospital tidur di tepi katilnya jaga arwah 24 jam dihospital. Balik pun kejap je 4 jam kat rumah then semula gerak ke hospital.

Pernah Atuk (belah ayah) buat kenduri kesyukuran, walaupun saya penat ayah mahu saya ikut juga balik kampung. Tiba sahaja dirumah atuk, orang lain kenduri membaca tahlil dan doa, saya?

Terlepak di bilik atuk terbaring tidur. Walaupun penat masa itu, Itu adalah memori yang saya amat hargai. Semoga arwah mak cik bersama-sama orang yang beriman… aamiin…

Saya sebenarnya nak hidup berdikari jauh sikit dari family. Tetapi bila lihat mak dan ayah saya. Saya jadi ragu-ragu. Saya tidak yakin dengan abang-abang saya.

Di rumah saya lah yang basuh pingan, masak, mop lantai and so on. Saya terlalu care family saya sampai saya tiada masa untuk diri sendiri. Ya, abang-abang saya jenis lepas minum tak reti nak basuh cawan.

Abang-abang saya raja. Saya tak yakin dengan mereka. Saya selalu lihat rancangan reality korea “ I Live Alone” best betul bagi saya. Ya, saya impikan hidup sendiri.

Mak saya ada rumah di sebuah taman (habis bayar). Tempatnya jauh 2 jam dari rumah kami. Saya ingin duduk disana, kerja disana dan berdikari. Tetapi hasrat saya terganggu dengan manusia yang bergelar “Abang”.

Saya tak yakin mereka boleh terbuka hati untuk jaga mak ayah. Kerana merekalah saya tak rasa saya perlu berkahwin, saya jadi trauma dengan lelaki walaupun saya tahu semua lelaki bukan begitu. Mentaliti saya menjadi “it’s okay, dah tua boleh duduk rumah orang-orang tua je”.

Rumah ini penuh toxic. Bila saya ada, saya perhatikan abang-abang saya bersenang-lenang. Tambah sakit bila lihat akak ipar kerja, abang saya tak kerja relax kat rumah.

Ada anak seorang tapi bila kat rumah kami abang saya ni tiada usaha untuk belajar masak untuk mudahkan isteri. Abang-abang saya tiada usaha untuk mencari kerja.

Betul, sampai kan motor ayah sudah beli seorang satu pun, bila rosak sebab lama tak start, ayah terpaksa bawa sendiri repair motor itu ke kedai.

Ayah cakap “ayah belikan motor ni sorang satu untuk anak ayah senang pergi cari kerja” saya tahu ayah sangat kecewa masa tu sambil pegang motor yang rosak itu.

Actually kedai baiki motor dekat je selang 4 rumah je dari rumah kami. Tapi disebabkan malas, dekat setengah tahun dia tak usaha bawa motor itu untuk repair.

Apa-apa yang berlaku ayah dan mak akan cari saya, luah kat saya. Termasuklah perihal harta. Sepatutnya anak lelaki yang ambil tahu, tetapi dunia saya cukup terbalik.

Terasa bagaikan saya ni anak tunggal. Saya takut bila saya keluar hidup di tempat lain nanti mak dan ayah saya yang susah.

Saya mahu keluar dari environment toxic ini. Saya nak bina hidup saya sendiri,kerjaya dan pengalaman hidup. Tetapi saya keliru dan mungkin ramai akan berikan jawapan “bersabarlah, jaga mak ayah syurganya luas”. Tapi… Yes I’m the one who hurt the most.

Umur saya semakin meningkat, tetapi saya masih kekeliruan. Adakah kehadiran saya ini semakin membuatkan mereka berlemak. Tolong guys, berikan pendapat kamu? Saya buntu…

– Ana (Si badan fit) (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *