Cemburu Dengan Lelaki Lain

Assalamulaikum semua. Aku bukannya pembaca tegar IIUMC, tapi kalau lalu di Facebook (di share atau di komen oleh friends), then baru baca.

Lately banyak luahan perasaan isteri mengenai menanggung beban kewangan rumah tangga. Tapi aku happy ada jugak pihak lelaki yang paham tanggungjawab di zaman ni, seperti di confession, (https://iiumc.com/pengalaman-sebagai-suami/)

Aku berumur dalam 40an, dah kawin lebih sepuluh tahun dengan a few children.

Hidup aku takde la mewah macam jutawan, tapi hidup selesa dengan anak2 belajar di sekolah swasta. Kadang-kadang melancong ke luar negara. Pakai bag LV, Dior. Bukan nak menunjuk… just nak beritahu background diri aku.

Macam confessions yang lain, waktu aku kawin dengan suami, gaji dia jauh lebih rendah. Aku graduate university, dia takat SPM tapi ada kerja tetap. Waktu tu aku nampak dia ada potential.

Walaupun takat SPM, perwatakan dia bukan macam macam orang keje bawahan. Cakap Inggeris pun tak salah grammar. Pakai semua smart. So kalau jalan, takde la nampak macam langit dan bumi. Mana aku jumpa? Itu kena buat post lain.

Hidup aku memang dah biasa dengan finer things in life. Keluarga aku pun lifestyle macam aku juga. Sebab aku ada duit, semua benda yang aku nak, aku beli sendiri.

Actually, ini lah mistake yang terbesar! Let yourself to be totally, financially independent dari suami. Yer… sebelum kawin memang dia cakap dia tak mampu dengan lifestyle aku. Aku beritahu… aku ada duit.

So dari mula kawin – rumah, barang dapur, pakaian, medical bills, duit belanja anak2…. actually hampir 98% semua la aku tanggung. Aku beranak pun aku bayar sendiri.

So mana duit dia? Dia kata habis kat duit minyak (pergi balik 50km), duit tol, duit makan kat tempat keje. Ye lah, gaji pun 3k jer. Kereta pun aku bagi. Maintenance, insurance, roadtax kete aku bayar. Mintak duit kat aku perkara biasa, sentiasa tak cukup duit.

Beberapa tahun lepas, dia sukarela berhenti keje sebab tak tahan dengan ofis politik. Itu yang dia beritahu aku la. Financially, aku tak terasa sebab selama ni pun aku tak depend kat dia untuk duit. Aku tak tau dia nak keje apa dengan SPM saja.

Of course, selama bertahun-tahun ni aku ada juga tanya pasal sambung belajar… amik diploma ke. Tapi topik tu selalu berakhir dengan bergaduh, bermasam muka.

Kebetulan pada masa yang sama, pembantu rumah Indon lari. Sebab takde sape nak jaga anak2 aku, automatik dia la duduk rumah. Aku bagi 3k (sekarang 1k sebab aku pun kena potong gaji sebab covid). 3k tu gaji yang sama dia dapat masa dia keje tetap dulu.

So dah beberapa tahun dia duduk rumah. Nak kata dia full house-husband…. tak juga. Dia takat tengok anak2, masak benda2 instant, basuh baju anak2 and kemas rumah sikit2.

Kereta masih ada. Handphone baru aku yang beli. Baju and sepende pun aku beli. Kalau dia sakit, aku jugak yang bayar bil hospital swasta.

Most of the time, aku balik keje, dia depan Netflix. Of course, Netflix aku yang bayar. Aku balik keje penat, tak larat nak masak (memang tak suka masak pun), makanan aku order jer kat Grab untuk satu keluarga atau makan luar kat Madam Kwan/Chillis. Yer, sebab aku ada duit.

Bukan aku tak sedar yang aku tanggung semua ni dan dia tak jalankan tanggung jawab. Cuma aku sabar dan setiap kali sedih, aku doa kat Allah minta luaskan rezeki untuk keluarga aku.

Alhamdullilah, aku tak penah terputus rezeki. Setiap kali aku hulur debit kad bayar makan kat restoran atau groceries, aku tak penah lupa doa pada Allah… murahkanlah rezeki anak2 aku untuk hidup selesa macam ni. Walaupun aku ada duit, tapi duit kalau guna, akan berkurang jugak.

Dah la kalau makan, sentiasa order lebih dari aku. Lepas tu bil tolak ke aku. Aku dah mula rasa malu kat orang sekeliling. Bila bil sampai, lelaki (suami) yang bayar.

Kenapa aku yang always kena bayar? Kaya sangat ke aku ni sampai tak layak belanja aku breakfast nasi lemak bungkus?

Aku mula malu kat anak2 yang semakin besar. Aku tak nak anak2 lelaki nampak ni as benda normal. Aku tak nak raise anak2 lelaki yang tak faham tanggungjawab.

Sekarang zaman covid, gaji aku terjejas teruk, tapi aku masih cuba maintain bagi keselesaan hidup yang sama kat keluarga. Ramai orang (lelaki/suami) hilang kerja and cuba buat macam2 untuk tanggung keluarga.

Ada kawan aku jadi delivery guy nak bagi anak2 makan. Suami aku pulak boleh bagi duit kat anak sedara dia buat bisnes. Sedih aku dengar, sebab aku nak makan nasi lemak pun dia tak bayar.

Sekarang di umur 40an, aku interact di tempat kerja dengan ramai lelaki yang berjaya. Ada rumah besar, bawak kereta Mercedes, BMW, Audi.

Aku ni kira cantik la jugak… kalau tak, takkan tua muda masih mengorat aku, walaupun tahu aku isteri orang. Setakat ni aku tak penah layan. Cuma aku cemburu dengan kejayaan hidup derang semua.

Aku yakin semua tu mesti atas usaha dari muda nak bahagia kan keluarga. Aku jeles dengan kesungguhan lelaki2 ni. Suami aku duduk rumah depan tv.

Aku selalu bayangkan aku hidup as isteri kepada lelaki2 yang aku jumpa ni. Tak perlu pikul tanggung jawab kewangan sepenuhnya.

Kesimpulan cerita aku? Aku pun tak pasti. Kalau aku boleh sabar lebih 10 tahun, mungkin aku boleh bertahan 20 tahun lagi.

Menyesal dengan life choices yang aku buat? Kadang-kadang. Tapi life choices ini bagi aku anak2 yang comel, sihat dan bijak. Cuma aku selalu takut satu hari aku tak mampu nak bagi keselesaan hidup ni.

Zaman covid yang buat ekonomi tak menentu, aku sangat risau sebab aku rasa responsible pada keluarga aku. Pada Allah sahaja aku mengadu dan berdoa… luaskan rezeki aku… kurniakanlah aku lelaki yang appreciate diri aku.

Aamiin…

– Shahrina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *