Kasihan Dengan Wanita Lain

Hai dan Assalamualaikum. Confession ini tercetus selepas aku baca confession ‘Cemburu Dengan Lelaki Lain’ (https://iiumc.com/cemburu-dengan-lelaki-lain/).

Terima Kasih, Admin. Kalau siarkan confession aku ni.

Ringkas tentang latar belakang aku, usia aku dah menginjak 30an dengan seorang suami dan anak2 kecil usia tadika. Tak lebih dari 5 orang anak.

Aku kerja part-time je, sebab yang kerja fulltime dan pencukup keperluan keluarga tu adalah suami aku.

Ini yang aku nak cerita…

Di zaman pandemik ni, semua orang terjejas kan?

Ramai kawan2 aku start buat business. Bukan nak tinggikan slogan karut ‘wanita mesti pegang duit sendiri’, tapi semata2 demi mencukupkan keperluan keluarga.

Kenapa? Duit suami tak cukup ke?

Ye, sebab tak cukuplah. Kalau cukup, isteri tak tungkus-lumus cari side income.

Aku tak nafikan, ada yang buat business sebab minat, ada yang saja nak isi masa lapang dan ada yang nak cari income ‘geli-geli’ dorang panggil. Hahaha..

Tapi, ramai…. Ramai dalam circle aku yang buat business sebab tak cukup. So bende ni datang lintasan dalam diri aku. Kenapa isteri yang perlu susah payah fikir nak cukupkan keperluan keluarga?

Kenapa bukan suami yang stress fikir pasal tu? Bila aku tanya secara berlapik (aku rasa kira berlapik dah la ni) : “Gaji husband kau pun affected jgk ke?” Jawapan dorang cam..

“Haah, tapi tulah, nak cari kerja part-time lain susah lah”.

“Dah tak kerja dah, tapi dia macam down, tak tahu nak start kerja balik mcmne.”

“Entahla, tak tau nak ckp. Kerja je la apa2, kan. Aku tgok DIY pun cari staff. Nak dgn taknak je”.

So aku macam takleh brain la lelaki2 begini. Ya, korang down. Ya, korang terkejut, tersentap, terkedu, terkelu. Korang stress, korang hilang arah. Tapi, korang jugak SUAMI!

Macamana korang boleh biar isteri pening fikir semua tu? Nak sedih, nak jatuh terduduk, nak meratapi kekecewaan, go on!

Tak jadi masalah sebab kita semua manusia. Kita perlukan masa. But for how long?? Sebulan? Dua bulan?

Covid ni dah setahun weyh….. Berapa lama lagi masa yang korang perlukan untuk bangkit dan ambik kembali posisi korang sebagai PEMBERI NAFKAH?

Kalau isteri masih mampu cover expenses, alhamdulillah.. Tapi kalau isteri pun burnout nanti? Na’udzubillah.

Bila mak pak sedara tanya kami : “Macamana kerja?” Jawapan husband aku selalunya adalah : “Alhamdulillah, sekarang tak boleh pilih kerja. Kene buat je. Berbaloi tak berbaloi belakang kira.”

Berbalik pada tajuk, aku kasihan dgn circle kawan2 perempuan aku yang have to work extra jobs sampai stress dan ada yang menangis tak larat.

Dalam masa sama, aku kasihan jugak dgn husbands dorang yang masih terikat dengan kekecewaan pandemik ni.

Aku tahu, tekanan hilang pekerjaan ni, kesan sakitnya tak mudah dipikul. Aku dan suami sendiri pernah dikejar hutang sampai hilang tempat berlindung.

Tapi, wahai para isteri. Tugas kita sepatutnya menjadi pemangkin semangat suami untuk kembali bangkit melawan kejatuhan ni.

Tarik tangan mereka, suntik jiwa mereka. Selalu ucapkan kata2 yang menyentuh perasaan dan logik akal mereka. Kalau perlu cara halus, menangis dan merayulah. Kalau perlu cara kasar, hambat saje.

Tak sepatutnya isteri yang ambil alih tugas suami. Jangan salah faham ya, ambil alih sekejap, sementara suami masih terpukul dengan keadaan ni memang wajar.

Tapi bukan berterusan, berlanjutan sampai korang yang kerja mati-mati tapi suami masih blur tak sudah2.

Aku tengok, ada bapak2 dah mula buat grab, bukan anak muda je. Ramai bapak2 masuk business insurance dan investment, bukan budak baru grad je.

Ramai bapak2 meniaga macam2 produk. Jual mekap pun ada weyh. Alhamdulillah, ada usaha. Tak kiralah apa cara sekalipun asalkan halal.

So pesanan aku pada isteri2 semua.. Do not take his spot! Put your husband back in his spot and hold him there.

Ibaratnya kau dudukkan laki kau kat kerusi yang menghadap balkoni yang luas dan kau angkat muka dia ke langit dengan kedua tangan kau.

Cakap kat dia : “Let’s Start Over”.

Tunjuk pada opportunities kt hujung timur sana, tunjuk pada possibilities kt nun barat sana. Tell him you’ll walk with him there.

In every successful man, there is a supportive wife. Be that wife.

Aku doakan korang dan aku harap korang pun doakan aku dan semua orang lain juga. InsyaAllaah.

– Armin Hatun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *