Assalamulaikum semua, saya adalah seorang lelaki & kisah kali ini adalah berkaitan dengan kawan saya iatu seorang perempuan.
Saya menulis kisah ini supaya ditunjukkan jalan oleh para pembaca sekalian apakah langkah seterusnya saya perlu beritahu dia selepas ini.
Selalunya kita tahu bahawa apabila bercakap tentang seorang perempuan pasti ada banyak kisah yang banyak nak diceritakan. Kisah ini adalah berkaitan dia & juga bapanya.
Bapanya seorang peniaga dan tiap-tiap bulan hasil jualan melebihi dalam RM10k 1 bulan. Selain itu, bapanya juga kerap kali sembang lebat atau sembang pandai bab agama depan orang ramai sehinggakan orang lain amat kagum sekali dengan beliau.
Bapanya juga kerap bagi duit kepada sesiapa yang minta sebab nak mendapat gelaran seorang pemurah atau kaya orangnya.
Saya yakin pembaca yang baca sekarang ini pasti sudah tahu banyak kisah lelaki seperti ini. Ayat di atas merupakan sifat yang baik yang berjaya ditonjolkan oleh ayah beliau.
Sifat jahat yang ramai orang tak tahu.
Pertama, kepada keluarga. Seperti kita maklum bahawa kepada orang ramai ,dia amat pemurah sekali tetapi kepada keluarganya beliau amat kedekut sekali.
Beliau boleh dikategorikan tidak memberi nafkah kepada anak-anak. Nafkah ini boleh dikategorikan banyak antaranya pendidikan, kewangan, & kasih sayang. Anak perempuannya bernama ABC.
Saya rasa banyak perempuan seperti ABC di luar sana yang mempunyai kisah seperti ini.
Cuba anda bayangkan ABC ini cuba untuk sambung belajar tetapi ayahnya yang kaya raya cuba menolak permintaan beliau dengan mengatakan “buat apa nak belajar? Tidak ada guna pun belajar. Buat habis duit ja. Kerja terus la” .
Kata-kata daripada ayah beliau menunjukkan dia seorang yang sombong & tidak menghargai dengan ilmu. Ini kerana ayahnya sudah banyak duit menganggap semua ini tidak penting padahal dia dulu pun belajar & berjaya dalam perniagaan kerana ILMU.
ABC ini amat tabah sekali dengan membayar yuran pengajian semuanya sendiri kerana ayahnya langsung tidak mahu menolong atau ambil tahu berkenaan dia.
Kedua, siapa sangka seorang bapa tergamak meraba anak sendiri sehingga masukkan tangan ke dalam baju anak perempuan atas alasan nak mengurut anak.
ABC sudah memberitahu kepada emaknya. Apabila emaknya mendapat tahu berita ini, amat terkejutlah sekali dengan suaminya yang sembang lembat bab agama sampai kucing pun boleh terbang.
Bapanya terus gelabah dengan meminta maaf & berjanji tidak akan buat lagi kerana takut akan dilaporkan kepada pihak polis.
Masalah yang sebenarnya adalah ini bukan kali pertama dia cuba meraba anak sendiri. Sebelum ini sudah jadi, cuma tidak diambil endah sahaja.
ABC juga mempunya adik perempuan dan bapanya turut melakukan kegiatan tidak bermoral terhadap adik perempuannya.
Ketiga, keganasan rumah tangga. Disebabkan ABC telah melaporkan kepada emak beliau berkenaan perkara ini.
Bapanya terus benci & cuba menyebabkan beliau tekanan dengan menyuruh & melakukan benda-benda pelik. Contohnya, sekarang ini ABC masih lagi tinggal di rumah Bersama keluarga dan bapanya.
Apabila berada di rumah, bapa cuba menyuruh beliau mandi air kolah & tak payah guna air shower sebab mengatakan dia cuba habiskan air.
Bapanya juga bertindak agresif dengan mengatakan bahawa selepas ini makan, minum, duit apa semua fikir sendiri. Tidak mahu fikir lagi pasal ABC ini dan ini terbukti bapanya amat BENCIKAN sekali ABC sampai begitu.
Kebencian dia amat memuncak apabila berada dalam rumah sehingga marah setiap kali ABC cuba buat sesuatu kerja tanpa buat salah.
Disebabkan bapanya seorang peniaga, ABC kerja dengan bapa dengan menolong tetapi bapanya anggap anaknya seperti hamba abdi. Cuba bayangkan buat kerja sampai nak mati tapi hanya dibayar sedikit sahaja.
Padahal kalau orang luar yang menolong dia akan bagi banyak sebab dia tidak mahu orang luar tahu bahawa dia seorang yang kedekut dengan keluarganya.
Kalau kisah bab keganasan, kita mesti tahu bahawa lelaki ini mesti seorang yang ganas, garang, suka pukul anak-anak.
Keempat, apabila sudah terjadi perkara tidak bermoral tersebut, bapanya menyimpan dendam yang amat membara sekali.
Dia mengatakan selepas ini “aku tidak mahu lagi bergambar ramai-ramai dengan keluarga”. Ayat kedua beliau ialah “Kalau aku mati nanti, aku nak infaq harta aku kat orang lain. Dah keluarga aku tak suka aku. Buat apa aku nak bagi dekat keluarga aku?”
Bapanya juga cuba ugut ABC dengan mengatakan “Aku wali kau”. “Engkau jangan buat main-main dengan aku”. “Kalau taka da aku,engkau tidak boleh berkahwin tahu!”.
Para pembaca sekalian tergamak seorang bapa mengatakan kalimah-kalimah ini kepada keluarga beliau.
Adakah ini kerana hartanya yang banyak sehinggakan beliau langsung tidak takut dengan apa akan terjadi nanti?
Adakah kerana badannya yang sihat yang mampu bekerja, yang boleh mengarahkan orang buat macam-macam sehingga dia lupakan diri Ketika dia susah ?
Solusi yang ABC patut lakukan selepas terjadi perkara ini adalah terus melaporkan kepada pihak polis atau jabatan kebajikan tetapi ABC tidak sanggup kerana kalau dia melaporkan, mungkin bapanya akan didakwa dan keluarga beliau tidak lagi ada wang pendapatan.
ABC juga amat kesian kepada ibu beliau kerana ibunya juga mengharapkan duit dari perniagaan suami beliau untuk meneruskan kehidupan. Sekarang ini ABC dalam dilema.
Persoalannya sekarang,kenapa anda melahirkan anak kalau anda tidak menyayangi langsung?
Atau bapanya tidak sedar langsung apabila dia berjaya dapat seorang anak perempuan maka Ketika itulah seorang KHALIFAH berjaya dilahirkan di muka bumi ini ?
Kalau seseorang yang sembang pandai bab agama,mestilah tahu tujuan kita hidup di dunia ini adalah menguji setiap seorang daripada kita siapakah yang baik amalannya.
Kesimpulan, cerita ini adalah ABC adalah seorang berdikari dan tabah dalam kehidupan sehinggakan semua benda dia boleh buat sendiri. Tanggungjawab seorang bapa gagal dilaksanakan sehingga mengabaikan semua aspek.
Saya cuba minta pertolongan dari para pembaca sekalian untuk terus berikan komen & pendapat apakah Langkah seterusnya perlu dibuat?
Saya sebagai seorang sahabat & seorang manusia yang ada akal yang baik berharap kepada LELAKI di luar sana iatu fikir dahulu sebelum membuat sesuatu perkara.
Kalau dah tak suka dengan anak, kenapa buat anak saja-saja? Adakah kerana mahu menyusahkan perempuan & menganggap kalau dah berjaya dapat anak, tugas anda sudah selesai di dunia ini? Tidak sama sekali, wahai LELAKI!!
– LelakiSemuanyaSama (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit