Hello everyone! Memandangkan saya terbaca beberapa confession sebelum ini perihal susahnya dipanggil temuduga apalagi diambil bekerja, izinkan saya berkongsi tips sebagai pencari kerja dan dari kaca mata wakil majikan (sebagai penemuduga).
1. Sila guna email yang menggunakan nama sebenar berserta nama bapa @ keluarga.
– I know ini common sense tak perlu mention kot. TAPI, banyak resume yang dihantar menggunakan nama yang pelik seperti buah-buahan, kartun, artis dan sebagainya.
Ada juga yang menggunakan email dan nombor telefon orang lain seperti adik-beradik, teman lelaki dan lain-lain. “Minta maaf cik, ini kakak si polan. Sekarang saya sedang kerja, balik rumah nanti saya minta dia return call”.
You may still get the interview, but we will make a note on this and if too many suitable applicants, you may get sidelined.
2. Sila berikan nama, telefon, email dan perkara-perkara yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon sahaja.
– Kalau contohnya jawatan itu untuk kerja dalam pejabat, tidak relevan untuk dimasukkan maklumat peribadi seperti tinggi, berat badan, agama, hobi dan sebagainya kecuali diminta (yes, termasuk gambar) atau anda memohon untuk menjadi model. Maklumat tersebut
i) Tidak relevan.
ii) Membazir ruang kertas untuk anda memasarkan kualiti-kualiti yang sepatutnya.
iii) Mengurangkan peluang anda untuk dipanggil temuduga sekiranya majikan mempunyai streotype yang tidak adil akan maklumat tersebut. This way, the hiring employer will only have the relevant information to decide on calling you for an interview.
Even if, let say they have preference on appearance of the candidate, at least you have the fair chance to attend the interview and convey what you can offer to the Company instead of not being considered at all due to all these trivial information readily available in resume.
3) Sila pastikan semua maklumat resume maksimum dalam dua mukasurat.
– HR personal menerima berpuluh-puluh jika bukan beratus-ratus resume untuk satu-satu job opening dan perkara terakhir yang anda mahu ialah resume anda tidak dibaca dengan teliti untuk layak disenaraipendek.
Sebab itu, pastikan maklumat resume padat dan menonjolkan kemahiran anda seringkas yang boleh. Ini bukan essay competition okey!
4) Jangan lupa cover letter.
– Sekiranya anda mengunakan email, copy paste content cover letter ke dalam email dan attach resume. Alternatively, attach cover letter+resume (convert to pdf) dan buat email ringkas untuk menerangkan kerja yang ingin dipohon, maklumat lanjut boleh rujuk lampiran email.
5) Jangan berikan expected salary kecuali jika diminta.
– Reason: the hiring company menggunakan maklumat ini untuk menapis calon-calon yang menetapkan gaji melebihi budget mereka.
Unless if you are aware of the market price of that job, you can put in a range instead of fixed amount and make sure to put “negotiable”. Sekiranya tidak diminta, jangan berikan maklumat ini.
6) Sila penuhkan maklumat akademik dan kerja seboleh-bolehnya tanpa gap.
– Masukkan aktiviti yang dilakukan walaupun tanpa gaji dan terangkan secara ringkas.
Contohnya sementara menunggu SPM atau cuti semester, membantu ibubapa menguruskan kedai runcit; mengikuti aktiviti sukarela; menjaga atuk/anak buah dan lain-lain. Kalau ada ruang, jelaskan apa yang dipelajari dari pengalaman tersebut.
7) Senaraikan pencapaian dalam pengalaman kerja yang lepas secara kuantitatif.
– Senaraikan skop tugas dan pencapaian secara spesifik dan kuantitatif. Contohnya, merupakan ketua pasukan untuk 3 orang eksekutif pemasaran; berjaya meningkatkan jualan produk A sebanyak 200% pada tahun pertama dan 300% pada tahun kedua.
8) Housekeeping.
– Grammar, layout, puncuation etc etc. Ini big turn off walaupun mungkin small mistake. Pastikan font yang digunakan consistent throughout dengan spacing yang sesuai.
Tatabahasa dan susunatur ayat pastikan tepat. Kecuali sekiranya anda memohon kerja bahagian kreatif, tolong guna font warna hitam instead of other colour. Yes, saya pernah lihat resume font biru (muda) for an executive position.
Tolonglah show effort and print di kedai instead of you running out of black cartridge. Even better, you email.
Ok ini saja point-point yang seakan-akan remeh tapi sebenarnya penting, yang dapat saya fikir untuk malam ini. Kalau free, next time saya share pasal soalan interview and how yo answer.
Good luck adik-adik yang sedang mencari kerja :)
– Seasoned Jobseeker (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit