Jangan Memilih Kerja Sangat

Assalamualakum semua pembaca. Aku nak cerita pasal adik aku, perempuan yang sampai sekarang tak bekerja lagi tapi bukan sebab tiada kerja, tapi sebab memilih kerja.

Aku ada 2 orang adik perempuan Aku sulung, cuma aku sahaja yang dah berumah tangga yang dua orang lagi belum.

Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi, semuanya belajar tinggi dan rupa pun molek belaka. Aku kakitangan kerajaan, berusia akhir 30 an.

Adik bongsu berusia awal 20 an bekerja sebagai eksekutif di syarikat swasta manakala yang tengah berusia akhir 20an, berkelulusan ijazah kejuruteraan dan paling pandai antara adik beradik.

Bukan setakat paling pandai malah paling cantik. Iras Lisa Surihani.

Cuma satu sahaja masalah adik tengah aku ni, aku namakan K. Dia sangat memilih, teliti, cermat dan kadang kadang geram dengan dia aku bahasakan bodoh sombong sahaja.

Adik aku si K ni dah berhenti kerja sejak PKP 1 tahun lepas, dengan alasan dia tak tahan dengan bos dia. Pagi sampai malam meeting online.

Yelah aku paham sebab tengok dia pun stres. Dia ni bekas jurutera. Untungkan, cantik, belajar tinggi, kerja jurutera pula. Tapi tula.. suka sangat merungut… itu tak kena ini tak kena.

Baiklah, berbalik kepada dia berhenti kerja tadi, aku okay sahaja sebab tahu dia memang ada wang simpanan dan jenis berjimat.

Sebagai kakak sulung risau juga dia tak bekerja tapi aku faham dia penat bekerja dan tiada salah dia nak rehat seketika.

Pendekkan cerita, PKP bersambung PKP, ada juga dia dapat tawaran kerja, ada yang gaji ditawarkan rendah sikit, ada kerja guna ijazah, ada kerja kelulusan sederhana, ada yang gaji tinggi.

Yang aku dapat tengok, dia macam tak berminat dengan semua kerja dan hanya nak minta kerja kerajaan.

Ya, dia memang berhajat nak kerja kerajaan sebab dah tak larat kerja swasta. Tapi faham fahamlah, bukan senang nak dapat kerja kerajaan, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.

Sekarang ini dia tinggal di kampung dengan mak ayah aku. Masalah timbul bila dahla dia asyik tolak tawaran kerja swasta yang dia dapat.

Duduk di kampung pun ada juga dia membantu mak ayah. Tetapi mak ayah aku mengadu adik aku ni ada angin. Tiba angin dia tak baik, dengan mak ayah aku kena marah.

Pernah pasal kuih ayah aku teringin nak makan tapi sebab dia nak makan dia bagitahu ayah aku jangan makan. Ayah aku merajuk. Mak pula kalau minta tolong dia mesti bagi duit minyak.

Mak ayah aku kasihan kan dia tiada kerja jadi ada carikan juga. Antaranya mak aku ajak dia berniaga makanan. Tapi dia tolak. Suruh COD barang dia tolak.

Suami aku juga tak henti tolong adik aku carikan kerja jurutera dengan bertanyakan kawan -kawan suami memandangkan suami dalam bidang sama.

Tapi, akhirnya adik aku akan tolak dengan alasan tak minat dah nak kerja sebagai jurutera swasta. Dah itu tolak ini tolak , sampai satu tahap aku fikir kenapa dengan adik aku ni?

Baru -baru ini dia dapat temuduga pegawai di universiti awam. Bila selesai temuduga aku tanya macammana? Di jawab susahla memang gaji tinggi tapi susah cuti asyik balik lambat.. bla bla…

Aku ni sekadar menyumpah dalam hati. Agaknya rezeki dia murah, dapat lagi tawaran temuduga dan dia dapat lagi tawaran kerja jurutera swasta.

Tapi dia kata dia nak tolak sebab gaji kurang RM400 dari gaji kompeni lama.

Mak aku ada nasihat dia, terima sahajala sebab dah nak setahun dia menganggur. Sekarang pun kereta dia tak bayar sebab morotarium dan dia pun dapat duit KWSP.

Akhirnya dia kata okayla dia nak terima tapi dia beritahu kompeni tu dia nak start bulan 5. Alih alih kompeni tu terus senyap..

Sepanjang adik aku duduk dengan mak ayah di kampung, memang mak ayah aku banyak terasa hati sebab adik aku jenis kasar dengan mak ayah.

Tapi sebenarnya adik aku ni hati tisu. Tegur sikit nangis tegur sikit nangis. Bila tegur mulala kata diri ada depresi, kongsi di status Facebook tentang depresi.

Ya, aku tak merendahkan depresi, bila aku dan adik bongsu aku tanya masalah dia mula la dia buat diam sahaja tak pun balas kasar.

Ada sahaja hospital kerajaan dekat kampung aku unit psikiatri tapi tulah, aku nasihat karang dia tarik muka terus tak bercakap. Yang sengsara mak ayah aku.

Aku pun kesian tengok dia, cantik, ada rupa, berkelulusan tinggi tapi tak tahu apa jenis bantuan yang dia nak.

Apa jenis kerja yang dia nak sebab SEMUA DIA TOLAK dan hanya nak kerja kerajaan. Tolong la nasihat aku macamana nak bantu adik aku ni. Ke nak aku carikan boyfriend.

Aku dan suami pernah nak kenenkan dia dengan kawan suami aku. Handsome sangat budak tu, hormat orang tua, mak aku pun suka.. Tapi dia tolak.

Tolongla aku supaya dapat bantu adik aku. Manala tahu antara pembaca ni boleh jadi bakal adik ipar aku ke, sesungguhnya kak long amat perlukan bantuanmu…

– Kakak Prihatin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *