Untuk part I, (https://iiumc.com/kerana-jemaah/).
Membaca ulasan, komen pembaca, membuatkan aku rasa ingin terus menulis. Aku harap, admin sudi berikan ruang ini, dan sudi upload kisah ini.
Kisah ini penting untuk disampaikan. Sekurangnya, pembaca tahu. Pembaca mesti didedahkan dengan sekumpulan orang yang menggunakan nama islam, nama kebenaran akhir zaman, nama Al Mahdi, nama Allah dan Rasul untuk kepentingan mereka.
Jika anda mendengar dari mereka buat pertama kali, anda akan merasa, hebatnya islam. Jika pembaca mendengar kali kedua, ketiga juga akan semakin terasa, jemaah mereka adalah yang paling hebat. Tidak politik. Tidak menggunakan riba di bank, dan macam2 lagi.
Tapi setelah anda mendengar untuk kali ke 20 keatas, anda akan mula terdengar bahawa anda adalah orang terpilih. Orang yang dalam kebenaran. Orang yang akan berjuang bersama Al Mahdi. Ingat, apabila anda cuba mendengar, cuba mendalami, anda mungkin tertipu.
Didalam jemaah, kami membahasakan orang yang tidak ikut jemaah sebagai “orang luar”. Kami selalu berdoa agar orang luar iaitu anda semua agar mendapat kebenaran.
Kami di doktrin untuk menganggap orang luar tidak selamat. Orang luar tidak dijamin keselamatan dan mudah ditipu oleh dajjal. Orang luar tiada pimpinan guru mursyid.
Ya, ini.. hingga hari ini, kawan2 aku masih memanggil atau menggunakan istilah orang luar ini.
Jemaah ini mendoktrinkan agar ahli taat. Taat apa sahaja. Hingga urusan kahwin, cerai, rujuk juga hendaklah taat kepada pemimpin. Mereka meyakini bahawa bila ada pemimpin, tiada ibu ayah pun tidak mengapa.
Ini memang bukan penipuan. Jika anda bertanya mereka, insyaAllah anda tidak akan mendapat jawapan sebenar. Mereka berbohong. Dan mengatakan ia bukan pembohongan, tapi suatu strategi menjaga perjuangan. Hebat kan?
Pemimpin jemaah yang utama, yang telah meninggal dunia sebelum sempat menjadi Perdana Menteri itu, mendakwa dia sentiasa berdamping dengan Rasulullah. Rasullullah kata, Rasullullah beritahu dan sebagainya.
Boleh lah aku tulis gelaran ganti untuk nya sebagai Abu Ja (bukan nama Sebenar). Abu Ja ini, mendakwa urusan akhir zaman semua dalam pengetahuannya.
Hatta sehelai daun yang gugur pun dalam pengetahuannya. Apatah lagi urusan mati anak buah, selamat atau tidak. Penipuan ini yang mengikat semua mereka yang ada didalam itu.
Kenapa tak report polis? Kenapa jabatan agama tak buat sesuatu? Sukar. Kerana seperti aku, ketika aku duduk didalam jemaah, aku sendiri rela.
Atuk, nenek, pak cik makcik yang kesian pada aku dulu pun, aku tepis dan katakan ini pilihan aku. Aku tak rasa susah. Aku gembira. Kerana ketika itu aku yakin yang ia adalah suatu kebenaran.
Jadi, kalau harini pembaca pergi kepada anak2 di dalam jemaah, mereka akan anggap ini adalah suatu ujian untuk uji keyakinan mereka. Mereka akan lebih yakin.
Jadi, dimana salahnya dan dimana tindakan yang kerajaan perlu buat? Menggunakan ekonomi untuk mengaburi kesesatan ini adalah suatu pilihan yang betul oleh jemaah ini. Ramai orang tertipu.
Sebuah jemaah yang mendakwa kaya, ada empayar besar, cawangan seluruh dunia, ada aset, pemimpin kereta besar. Ada bot. Ada bas dua tingkat,
Aku jemput rakan2 yang mungkin kerja di Lembaga Zakat, sila semak di Lembaga Zakat mana jemaah yang kononnya bijak ber ekonomi ini bayar zakat? Berapakah cukai yang mereka bayar?
Ini benda yang paling mudah untuk kerajaan semak. Cek slip dan bayaran gaji setiap kakitangan. Patuh undang2 buruh atau tidak? Bayar atau tidak caruman KWSP dan SOCSO serta SIP?
Jika mereka bertanggungjawab membayar ini, mereka pasti tidak mampu berniaga dipremis, bayar sewa dan sebagaiya. Mereka tidak akan mampu mendabik dada, mengatakan mereka berniaga bermodalkan Tuhan.
Sebenarnya mereka berniaga dengan menindas. Namun, yang ditindas rela kerana kebodohan mereka serta kebaikan mereka yang sgt ingin selamat di Akhirat.
Bayangkan anda bukak perniagaan, atau bukak restoran, ambil tukang masak, pelayan, tukang cuci tanpa perlu bayar gaji. Hanya beri makan, dan janji dengan mereka kerja di restoran anda dapat pahala besar. Sila kira berapa besar keuntungan anda. Tapi, patuntukah?
Mereka berselindung dengan menubuhkan rumah amal atau rumah anak yatim. Yayasan yang menolong orang miskin. Ini semua plastik. yang duduk dirumah anak yatim itu anak2 mereka. Anak jemaah.
Pergi lah ke negara2 miskin seperti kemboja, myanmar, bangladesh, india, pakistan, afrika, laos, ada tak cawangan mereka? Tiada.
Kenapa? Disana bukan untuk mendabik dada. Disana tidak glamour. Mereka bukak cawangan di eropah, di Balkan, kerana sana tempat yang boleh dimegah megahkan.
Cuba cari youtube mereka, nama jemaah ini memang tidak aku sebutkan. Tapi apa yang anda andaikan itu, ia benar. Memang benar.
Didalam youtube mereka, mereka selalu menyebut atas panduan, atas panduan pemimpin… atas panduan… ini adalah cakap2 pentaksub. Mereka bergerak semata2 dengan kehendak pemimpin.
Bagaimana ada pemimpin yang perlu menguasai kehidupan kita sehingga menentukan bila kita mesti bercerai, rujuk, kahwin, nama anak, makan apa, kereta apa, handphone apa dan sebagainya? Tapi ini yang berlaku dalam jemaah ini.
Tidak ada seorang pun anak2 didalam jemaah ini ke sekolah menengah tingkatan 1 hingga SPM. Masuk universiti jauh sekali? Kenapa?
Mereka anggap, ini semua dunia sahaja. Sedangkan mereka sedang merintis kemenangan islam. Lebih lagi, anak2 ini tidak perlu pandai. untuk jadi hamba, mereka mesti diasuh dari kecil.
Sokongan anda menambah mereka rasa mereka benar. Semua yang berkata tentang kesesatan mereka akan dipandang hina. Akan ditentang. Mereka nampak baik, tetapi demi Allah, mereka tidak punya ilmu. Mereka adalah orang2 yang tertipu.
InsyaAllah. Aku akan menulis lagi. Aku akan berkongsi tentang sisi yang lain. Hinggalah kepada ucapan atau doa yang diamalkan, fantasi seksual, menipu atas nama Rasulullah, memutuskan silaturrahim, menggunakan anak yatim, membayar fitrah sesama sendiri, dan lain lain.
– Kawan Bunga Indah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dri Page PUKAS, contact caprice dik. Dedahkan sgala2nya.