Mencari Jalan Pulang

Aku sebenarnya tak tahu untuk bermula dari mana. Terlalu banyak inginku luah, tapi cukuplah sekadar luahan buat lega rasa ini bila ada yang bersama walau sekadar di alam maya.

Kisah aku ini bukan kisah sehari dua, tetapi kisah 9 tahun hidup yang tak menentu arah mana tujunya.

Tujuan aku berkongsi di sini sekadar mengharapkan kata kata sokongan agar aku lebih kuat menjalani hidup.

Bermula dengan kisah sweet sweet, Manis Manis belaka, Aku dan suami sama sama mengorak langkah dalam rumahtangga yang kami bina. Dari kosong, hanya berbekalkan sebuah kereta kecil yang dipinjamkan ayah saya untuk kami bermula sebagai ‘kami’.

Kami tak bercinta Sebelum bernikah, sekadar dikenalkan kawan atas kawan, Aku ada juga percubaan beberapa Kali untuk bersembang di chatting Sebelum sahnya sebagai suami isteri, tetapi jarang bersambut dari pihak bakal suami..

Aku pun akhirnya redho sahaja membilang hari akad nikah sendiri. Mungkin naifnya aku yang cuma bergelar ‘orang kampung’ ini tika itu buat aku tak sedar betapa banyaknya warna wajah manusia.

Kisahnya bermula bila perniagaan suami jatuh dan hilang segala yang diusahakan.

Seorang suami yang selalu peduli sudah hilang dari sisi, Di ganti dengan seorang yang sangat pemarah dan pendendam. Hari hari aku mula di hujani dengan Bahasa bahasa kesat penuh makian.

Cukup perkara sedikit sahaja yang silap, bakal mengundang amarah seperti aku ini sudah tertulis nama di neraka.

Anak-anak sangat terkesan dengan kehidupan Kami, hidup dengan seorang ayah yang selalu menyebut nyebut Salah orang lain, hanya dia yang betul dalam setiap perkara.

Ibu dan ayah saya jadi bahan untuk sakitkan hati saya, anak mana yang mampu berdiam bilamana ibu ayahnya jadi bahan untuk di caci maki.

Bukan tak pernah rujuk masalah ke pejabat agama, pernah di beri kaunseling, Dan adalah sedikit harapan tika itu. Tetapi tak lama, berulang lagi dan lagi.

Aku sehabis mungkin menutupi segala cela rumahtangga ini dari pengetahuan keluarga aku sendiri.

Iyalah, kalau semuanya dibongkarkan mungkin jika sudah berbaik pun, calarnya nama suami bakal hilang hormatnya orang lain padanya nanti, itu yang Aku fikir, entah betul atau Salah, Aku sendiri tak pasti.

Aku adukan pada ibu mentua dengan harapan jernihlah segala keperitan, tetapi Aku yang dipersalahkan, tak tahu bersyukur, tak tahu hormat suami, dan bermacam lagi tuduhan yang buat aku banyak mendiam dari bicara.

Betullah orang cakap, jangan berharap orang lain itu seperti darah daging kita, kata cela itu sangat pedih untuk ditelan.

Yang menjadi persoalan dalam hidupku sehari Hari, suami Aku bagai hidup takutkan bayang sendiri, bila berlaku masalah di anggap segalanya aku sampaikan pada keluarga, dan dia berdendam hanya dengan andaian jadi musababnya.

Kadang Aku kasihan, dia bagai ada suatu masalah yang perlu di bantu, maksud aku dari segi emosi Dan mentalnya. Seperti sangat tidak stabil.

Hari ini boleh memekik marah, esok boleh buat buat seperti tak Ada apa salahnya. Aku bagaikan hidup dengan karektor yang berlawanan pada suatu orang manusia sahaja.

Kadang merayu menangis, mengaku salah, tetapi sekejapan berubah kembali watak egois yang tak bertepi. Aku keliru!

Aku sendiri pula di diagnose doktor pakar sebagai penghidap aniexty dan depression yang melampau. Kadang kadang aku seperti tertanya kenapa ujian ini terlalu berat untuk Aku hadam?

Macam mana Aku harus kuat untuk keluar dari semua ini tanpa hilang sesuatu, terutama anak anak yang dua empat jam di bawah seliaan Aku? Aku sering di ugut ugut anak anak akan di bawa pergi Dari Aku andai ada apa apa terjadi.

Aku cuba kawal diri supaya anak anak ini tak kusakiti, agar mereka bukan mangsa dari segala masalah yang tercipta. Kadang Aku kuat, kadang aku rebah melayan tangis..

Yang entah bila akan pergi.

Doakan yang terbaik untuk diriku, untuk anak anakku, untuk suamiku..

Andai jodoh masih panjang, moga Allah kembalikan rasa bahagia yang hilang.

Andai jodoh sudah bernoktah, moga ada hikmah yang terbaik untuk kami bersama.

Cukuplah anak anak nyawaku itu ada bersama.

– Hati yang rapuh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *