Sayangkan Anak Menantu Merana

Tak tahu macamana nak menulis, tapi aku rasa aku kena kongsikan juga walaupun melibatkan mak sendiri.

Nama aku Nurul. Aku berkahwin pada usia yang agak muda dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua dari aku.

Perkahwinan kami baik baik saja. Sehinggalah bila masuk tahun ke 4 perkahwinan, semuanya berubah. Ok senang cerita kami berpisah.

Banyak confession di IIUMC ni aku baca bila mertua, ipar duai, biras masuk campur melaga-lagakan rumah tangga.

Ya itu juga punca kami berpisah. Berpisah kerana sudah tawar hati bila buat baik pun salah juga dicari. Persatuan ipar biras anti menantu lemah ni sangat kuat ya tuan puan. Sekali dapat menghasut mak, habis.

Dia macamnilah, mak, adik beradik, takkan pernah sekalipun nampak silap anak sendiri. Walaupun yang buat tahi tu anaknya sendiri. Semua kebaikkan kita takkan mereka ingat lagi.

Jodoh kami tak panjang. Masing masing ada silap. Maka muhasabahlah.

Biarpun bekas suami cuba berbaik, hati aku dah mati dek kerana perbuatan mereka dan tak sanggup lagi aku masuk ke dalam keluarga itu. Toxic yang amat!

Bukan aku saja kena, biras aku yang tak pandai mengampu, yang jenis buat hal sendiri, semua kena. Ada juga yang lain bercerai berai sebab mereka.

Ok habislah cerita kat situ bahagian aku.

Tapi sejak dari tu, memang aku nekad takkan sesekali aku buat begitu kepada anak menantu aku, dan aku takkan biarkan mak aku sendiri buat perkara yang sama pada kakak-kakak ipar aku.

Pernah beberapa kali abang abang aku buat hal.

Sehingga kakak ipar merajuk hati. Kakak ipar luah pada aku. Mereka sangat rapat dengan aku. Ada sekali tu abang aku ada perempuan lain. Kakak ipar dah berkali kali dapat tahu hal ni.

Sekali mak aku pula telifon aku, salahkan kakak ipar.

“Sebab kak Wani tak pandai jaga suami layan suami lah sampai cari lain. Rumah tak berkemas, tidur dengan suami pun tak nak,”

Aduh mak,

Terang terang yang silap tu anak mak. Kenapa mak tak nampak?

“Kak Wani kerja mak. Penat tak habis dah kena urus rumahtangga. Abang tu buat apa saja? Jangan dicari siapa betul siapa salah. Kita ni jangan keruhkan lagi keadaan. Abang yang buat hal sekarang. Sebolehnya nasihat abang dulu. Dia ketua keluarga”

“Maafkan jelah silap abang kau tu! Semua orang buat silap. Tak nak suami makan luar berubahlah”

Allah. Inilah akibatnya terpengaruh drama melayu. Tambah-tambah lakonan Liza Abdullah jadi mak. Bukan main senang nak suruh maafkan begitu saja.

Cuba lah bagi tempoh bertenang sekejap. Sakit tau kat hati kak ipar tu?

Aku pernah saja lihat arwah nenek aku pun sejenis menangkan anak sendiri. Semua tak kena si menantu. Itu salah ini salah. Kemudian mak aku pun begitu?

Rasanya betul lah. Orang tua makin berumur makin jadi budak budak. Semua nak betul. Tak lagi rasional. Ataupun itulah, sekarang aku belum di tempat mereka. Kan?

Jadi sebagai anak, kalau berlaku masalah dalam rumahtangga adik beradik yang lain, maka tolonglah jadi neutral.

Biarpun kakak ipar tu bukan darah daging sendiri, janganlah disebabkan sikap kita, mengapi-apikan mak kita mengeruhkan lagi rumahtangga adik beradik kita. Menjawablah kat akhirat nanti.

Jadilah manusia yang paling waras di saat orang tua kita tak mampu lagi rasional.

Perkahwinan ni memang rezeki betul kalau dapat keluarga mertua yang baik baik. Kau sujud syukurlah kalau kau tidak diuji dengan semua ni.

– Nurul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *