Dulu kami agak berduit, kalau nak beli barang apa semua, mampu bayar. Boleh dikatakan agak loaded.
Dijadikan cerita, sejak aku pindah ke kampung atas urusan yang tak boleh ditolak, ayah aku mengalami krisis kewangan. Kerana kami dahulu ada perniagaan kecil-kecilan sebelum berpindah.
Sejak dari itu, mak aku selalu bergaduh dengan ayah aku sebab duit. Paling teruk bagi aku, masa setahun PKP ni. Aku student degree, balik PKP di rumah, class online dirumah. Jadi aku yang saksikan pergaduhan ini.
Ayah aku seorang pesara kerajaan. Dan rumah kami yang lama, kami sewakan ke pemilik taska. Jadi,pendapatan ayah hanyalah duit pencen dan sewa rumah tersebut. Jika ada rezeki, duit BRIM kerajaan.
Satu masalah yang timbul adalah mak aku. Mak selalu beli barang macam agak mewah. Kalau nak beli barang basah. Habis dibelinya ikan 3 jenis, udang sotong, ayam.
Adik aku seringkali berkata, buat masa ni, beli sahaja ayam. Tak perlu udang sotong atau ikan yang mahal. Tapi entah kenapa mak keras kepala. Kalau tak dibeli, makan membebel la seminggu, mengungkit kata ayah kedekut.
Pernah sekali, ayah aku hanya meminta duit syiling dari mak aku, sebab nak isi air mineral. Kerana Ketika itu, ayah Cuma ada not duit besar.
Mak aku melenting. Sebab meminta duit. Aku yang berada di situasi tu, pelik. Berapa sangat lah harga sesen tu, nak melenting bagai. Kebetulan masa tu, nenek belah mak ada tinggal bersama kami.
Nenek bersuara, berkata, takkan duit syiling pon nak minta bini. Aku balas lah, “kan ayah minta duit syiling je. Kalau takde cakap sahaja takde. Takperlu banyak songeh. Nak membebel bagai.”
Aku marah kerana masalah duit syiling yang bernilai mungkin RM1.50 tu pon boleh bergaduh.
Ayah selalu bagi 100 atau 200 atau 50, setiap kali mak pergi beli barang. Aku tau berapa banyak sangat duit ayah pon. Sebab ayah aku dah tua, aku la selalu yang pergi teman dia cek duit kat bank. Aku boleh agak berapa sangat lah ayah dapat. Dan berapa ayah habiskan.
Masa PKP, mak cuba nak meniaga, ayah bagi duit modal. Lepas jualan apa semua, ayah tak sentuh langsung duit jualan, malah, barang meniaga mak semua ayah yang bayarkan.
Mak tak pernah bagi ayah duit untung jualan. Padahal ayahlah yang menghantar barangnya, yang memasak, membungkus. Adik aku marah, kenapa nak tolong bayarkn modal dia meniaga.
Setiap bulan ayah akan bagi RM400 untuk mak. Setiap minggu pula, jika ada duit dari rumah sewa, brim atau duit pencen. Ayah akan bagi lagi kepada mak 300, atau 200.
Dan jika nak ke pasar atau beli barang dapur, ayah tambah lagi 100 atau 50. Duit ayah aku bukannya berjuta dalam bank tu.
Bayangkan, dengan pencen yang 1400 yang tak seberapa, nak bayar umah sewa lagi, bil air bil api. Bagi aku semua duit yang ayah bagi terlampau mencukupi. Terlalu banyak.
Tapi entah kenapa, mak selalu marah kata, tak cukup, nak beli baju, handbag. Nak simpan dalam bank.
Ayah selalu berkata, masa pkp ni berjimat la, jangan boros sangat masa membeli. Sebab aku tau, duit ayah dalam selalu habis.
Hujung-hujung bulan selalu tinggal seratus dua. Itu pun simpan kalau ada emergency. Ayah selalu suruh kami bersabar, berjimat masa pkp. Jangan boros sangat.
Sejak pkp ni, mak aku selalu bergaduh. Mengamuk tak tentu pasal. Isu yang dikaitkan duit, ayah tak pernah bagi duit nafkah etc. Padahal ayah memang bagi selalu.
Aku sendiri yang pergi mesin ATM untuk keluarkan duit. Aku lah yang satu-satunya tau duit ayah tinggal berapa puluh je dalam wallet dia. Aku je yang tau dalam bank ada 150 je.. setiap bulan.
Ayah dah berapa puluh tahun tak beli baju. Tak beli barang dia. Seluar tracksuit, dia pakai seluar sekolah, matriks aku. Baju tshirt, dia pakai baju sukan matriks aku yang 3 warna tu. Aku tak over. Tapi ni la kenyataan.
Setiap pagi, ayah akan ajak mak makan warung fevered dia. Tapi, masih dia kata ayah kedekut, tak bagi nafkah. Dia kata tak perlu, baju lama tak koyak lagi.
Setahun pkp ni dah 4 kali, mak aku bergaduh besar, lari rumah tanpa pengetahuan ayah aku. 4 kali weh. Masa bulan 1 baru-baru ni aku ada exam final.
Bayangkan aku tengah exam VIVA, bukak gmeet, bukak kamera. Boleh dengar suara diaorang bergaduh masa tengah exam.
Pukul 2 pagi aku study, diaoanrg gaduh. Pukul 7 pagi aku nak ready untuk exam online. Diaorang gaduh. Best kan? Aku dah la ada history depressed anxiety. Entah la… gelap rasa.
Baru-baru ni ada kawan mak aku datang rumah. Suami dia dah lama meninggal. Dia selalu cerita, suami selalu beli baju, beg baru. Dia boleh plak menghasut mak aku suh beli beg, baju baru.
Aku tak faham la perempuan ni. Apa best sangat baju baru. Aku perempuan jugak, jangan risau, aku paham, nak beli beg baru, baju baru, tapi ni keadaan yang darurat.
Duit agak terhad, berjimat. Tu je aku nak bagitau kat mak aku. Tapi dia kata apa, mak tau berjimat apa semua, tapi mak nak beli beg, baju baru. Mak nak rasa pegang duit banyak. Kau bila dengar camtu, apa kau rasa, dah la duit pon tengah kering time pkp ni.
Masa mak lari rumah bulan 10 tahun lepas, habis nenek dan adik mak datang serang ayah aku, kata kedekut. Ayah aku bagi RM1000 untuk dia pegang. Sebab dia nak rasa sangat pegang duit.
Esok nya, dia balik. Dia kata, RM1000 tu hilang. Mak aku balik rumah lepas sebulan lari rumah. Menangis minta ampun ngan ayah, sebab duit hilang.
Aku taktau duit tu kat mana. Ayah aku pon taktau. Dalam bank pon cek takde? Tak ke serabut ayah aku. Dah la setiap kali bergaduh, ayah aku akan tidur di ruang tamu berlapikkan toto. Entah la, aku as anak ni… rasa macam, boleh ke buat macam tu kat suami.
Selama aku hidup, aku takpernah Nampak ayah aku tinggikan suara. Nak angkat tangan pon tak pernah. Minggu lepas, mak aku mengamuk, lepas dia panggil aku celaka, anak tak guna, lepas aku tegur perangai dia suh bersabar dan berjimat. Terus dia taknak ngaku anak.
Dia menjerit2 nak duit pencen, duit dewa rumah, duit brim. Dia nak pegang semua. Dah bermacam2 makian dia lemparkan kat ayah aku. Dekat aku, tak usah dikatakan lagi. Aku kan anak celaka.
Jadi, sekarang ni ayah dah hilang sabar. Ayah aku marah, kata,”awak ni tak habis-habis dengan duit. Duit. Duit. Tau tak duit habis, saya dah bagi kat awak beli modal meniaga tu.”
Mak aku dengan yakin, dia kata, ayah aku hanya bagi nafkah RM50 sebulan. Logic ke? Oh lupa nak cakap, selama sebulan ni, tanggungjawab dia sebagai isteri atau mak, tak pernah dia buat.
Basuh baju? Ayah basuh sendiri. Masak. Aku yang masak. Dia hanya duduk kat rumah. Meminta duit. Mengungkit kata kawan dia boleh beli beg baju baru. (Padahal baju dia yang paling banyak dalam rumah ni).
Ayah aku hilang sabar, dia kata. “Lepas ni saya bagi awak RM400 je sebulan. Dah bagi lebih tak reti bersyukur.
Awak nak makan ke apa, awak buat sendiri. Hal saya awak jangan amik tau dah lepasni. Saya balik kerja, saya nak pergi masjid ke. Jangan cakap ngan saya. Lepasni takyah masa kapa-apa.
Saya takkan makan. Lepas ni saya balik, saya taknak dengar suara awak. Saya nak makan, say acari sendiri makan. Awak nak sangat duit brim. Amik semua. Tak habis-habis dengan duit.”
Macam mana ek bagi korang?
– Anak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit