Sekiranya cerita ini diterbitkan, maka ambilah pengajaran dari apa yang berlaku. Yang baik jadikan pengajaran yang tidak jadi sempadan.
Sebelum2 ini kita sering mendengar kita buruk ibu mertua dan menantu sering disakiti dan cerita ini sebaliknya. Ibu mertua yang menyanyangi menantu tetapi dia yang tersakiti.
Sebelum aku teruskan penulisan marilah kita bersama2 sedekahkan al-fatihah kepada arwah ibuku.
Setiap kehidupan pasti ada turun naik kebahagiaannya, sama juga dengan keluarga aku.
Aku anak last dalam family jadi akulah yang akan telihat jahat dan seorang yang TIDAK LAYAK memberi pandangan mahupun nasihat. Adiklah katakan jadi semua nasihat Dan pandangan tak boleh pakai.
Nak dipendekan cerita, arwah ibu aku seorang ibu tunggal dan apabila abang sulung aku nak berkahwin. Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa gembiranya dia nak sambut menantu.
Dari A to Z dia siapkan walaupun masa tu dia baru saja tahu yang dia ada kencing manis. Kasih sayang dia pada abang aku memang no 1. Salah macam mana pon abang aku, dia tetap betul sebab abang dianggap tunggak keluarga.
Sehingga sebelum kahwin dia sanggup scrub satu tubuh badan abang supaya dia nak pastikan anak dia kahwin dalam keadaan yang bersih.
Tapi apabila menerima menantu, senyuman yang sering terukir Di wajah ibu semakin hilang dari sehari ke sehari.
Semua ini berlaku kerana dia sering makan hati dengan perbuatan menantu yang gemar bercakap lepas Di hadapan ibu mertua.
BUKAN itu sahaja semua Wang simpanan abang aku terus ditukar atas nama dia (masa tu kahwin tak sampai setahun ya).
Tapi aku ni jenis positif, tak apalah duit tak boleh dibawa mati dan tu hak dia sebagai sorang isteri jadi biarlah.
Tu jawab yang aku berikan kepada mak masa mak kata terasa hati akan perbuatan kak ipar aku. Tapi dalam hati marah atas perbuatan tu tapi aku tak nak terukan lagi keadaan.
Bermula dari duit sehingga lah setiap satu kekurangan seorang yang bergelar suami diceritakan kepada ibuku.
Setiap kali balik kampung dia pasti akan bercerita yang duit suami dia tak cukup sebab anak dah mula sekolah tadika.
Tadika saja dah bayar beratus2, tapi nak dipendekkan cerita slip bayaran bayaran tadikan anak dia terjatuh pada aku masa aku naik kereta dia.
Bayangkan selama ini dia mengatakan pembayaran tadikan anak beratus2. Tapi sebenarnya hanyalah RM85 (kalau tak silap).
Sesungguh Allah maha berkuasa apabila ko menipu ibu mertua ko pasti Allah tunjukan semula penipuan kau itu.
Dan setiap kali dia bercerita pasal duit pasti ibu aku akan sedih dan menagis bercerita dengan aku. Tapi ibu aku masih sayang dgn dia sebab ibu aku sangat sayang abang aku, ibu tak akan nampak silapnya abang.
Pernah sekali dia beli baju raya untuk aku Dan ibu and paksa aku pakai baju yang dibelikan baju tu keras dan tebal + panas.
Aku jenis yang redha je, aku pakai dan terlihat baju yang dibelikan sudah koyak di bahagian bawah, tapi aku pakai juga.
At last pak cik aku tegur “hai adik baju raya koyak sapa bagi” dengan takut2 aku jawab “abang long” Dan depan2 juga pak cik aku sound abang long aku.
Pak cik aku BUKAN penyibuk tapi dia sayang aku seperti anak dia sendiri, jadi dia sendiri tak nak tengok aku tersakiti. Aku masih lagi redha dan sabar dengan perbuatan kak ipar aku.
BUKAN sekali dua yang lakukan macam tu, tapi aku masih lagi sabar sebab setiap kali aku nak menjawab pasti mak yang akan merana sebab ugutan yang seirng dilakukan adalah tak balik beraya. Jadi aku tetap tabahkan diri untuk bersabar.
Tapi, turning point kesabaran aku hilang bermula apabila mak sakit dan dimasukan ke ward kecemasan.
Apabila doktor kata mak awak tak ada harapan lagi, awak boleh panggil semua ahli keluarga untuk pulang.
Berderai air Mata aku jatuh tanpa henti tapi aku gagahkan juga diri aku untuk telefon semua ahli keluarga.
Tapi abang aku yang paling susah hendak dihubungi. Apabila telefon kak ipar aku, dengan nada selamba dia kata tiket kapal terbang mahal kalau beli on the sport sebab mereka semua pindah sarawak.
Aku terus jawab JANGAN PERNAH menyesal sekiranya tak dapat jumpa mak lagi buat kali terakhir dan pernah ungkit kata orang tak pernah bagitahu situasi sekarang.
Selesai aku letak telefon aku terus menangis sebab aku menahan derita itu selama ini.
Sebelum ibu aku sakit tenat, ibu pernah bertanya dengan aku kenapa abang aku tak bawa anak2 dia balik, masa tu mak masuk ward sebab jangkitan kuman. Mak teringin nak jumpa cucu2 mak.
Masa tu aku hanya Mampu berdiam diri dan cakap mungkin dia tak cukup duit untuk bawa anak2 dia sekali.
Siap abang aku cakap dengan yang ticket mahal. Aku faham tapi aku sendiri hanya Mampu berdiam sahaja.
Bila abang aku balik jumpa mak, setiap 2 jam isteri dia telefon bertanya ada di mana, balik bila sedangkan abang aku ada saja dengan kita orang Dan BUKAN cari perempuan lain pon. Dia yang takut sendiri.
Dan kini, sudah hampir 3 tahun ibu aku meninggal. Abang aku memang bawa haluan dia sendiri Dan aku tetap bersama2 ahli keluarga ibu aku.
Walaupun terkadang aku rindu dengan keletah anak saudara aku tapi aku tetap gagahkan diri utk meneruskan perjalanan hidup aku.
Aku tak kuat dan terkadang aku menangis sendirian dek terlalu rindu dengan ibuku tetapi Allah lebih menyanyangi dia dan sekiranya pemergian dia ini menjadi asbab kurangnya dosa seorang anak terhadap ibunya maka aku redha.
Dari kisah kehidupan aku sendiri aku pelajar cara sebenar menyantuni bakal ibu mertuaku.
Sememangnya kita BUKAN anak yang mereka lahirkan tetapi kita Mampu menjadi anak yang disayangi sekiranya kita menyantuni mereka.
Tapi aku juga tak pernah salah kan menantu yang melawan mertua yang melayani mereka dengan teruk kerana sesungguhnya aku sendiri tiada Di tempat mereka.
Tapi lakukan checklist semula adakah benar mereka yang memulakan dahulu atau kita pernah terkasar bahasa dengan mereka dahulu.
– Alia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit