COVID19: Aku Anxiety

Aku nak meluahkan rasa yang terbuku dalam hati ni. Lama aku pendam.

Aku dah berkahwin ada 3 orang anak yang masih kecil berusia 6 tahun, 4 tahun dan 2 tahun. Aku dah berkahwin lebih kurang 12 tahun.

Aku seorang ibu yang bekerja. So far hubungan kami suami isteri baik-baik sahaja.

Biasalah adat orang berumahtangga ada pasang surutnya. Sesungguhnya aku takda masalah dengan suami aku.

Baru-baru ni aku di diagnos gerd dan anxiety. Ikutkan dah lama aku hidap benda ni tapi aku tak perasan.

Start Covid19 tahun lepas makin menjadi-jadi pula symptom penyakit aku ni. Kalau tengok sekali pandang, aku nampak normal macam orang lain. Namun dalaman aku broken.

Orang nampak aku happy sebab dengan happykan diri aku baru dapat tenangkan diri sendiri.

Macam biasa aku ditohmah oleh segelintir pihak yang aku berdrama je. Walhal aku struggle sangat berjuang untuk teruskan life sustainability.

Awal tahun aku pergi kerja seperti biasa. Pagi tu dada aku rasa nak pecah, macam dihimpit. Sesak sukar betuk nak bernafas. Badan berpeluh. Rasa tak cukup nafas. Mana pergi oksigen ni?

Aku takde penyakit asma. Aku dikejarkan ke hospital. Pemeriksaan ECG, SPO2 semua doctor check. Normal.

Doktor bagi aku nebulizer rawat macam aku kena asma je. Lepas tu aku balik. Tapi badan aku rasa melayang lagi masa tu, rasa tak stabil. Aku gagahkan juga pergi kerja.

Masa giliran aku wfh, aku pergi jumpa pakar, fix appointment. Jumpa doc yang biasa aku refer sebab rekod kesihatan aku ada kat hospital tu.

Selama ni aku ada rekod gastrik je. So aku cerita la condition aku kat doc tu.

Aku warded, doc buat endoscopy, CT scan jantung, CT scan otak then refer Pakar Paru-Paru. Maka aku disahkan ada Anxiety Disorder with Panic Attack, Vertigo, Gerd.

Bila musim covid ni lagi teruk penyakit aku. Tapi orang nampak aku normal. Aku memang elakkan diri aku di tempat ada ramai orang.

Kalau orang dating dekat tak memasal memang aku jarakkan diri aku, jauh. Aku trauma. Aku tak shopping mana-mana. Semua online shopping.

Barang dapur kalau suami aku ada komitmen lain aku order guna tesco pandamart je. Aku dah jauhkan diri aku dari aktiviti keraian semua.

Seingat aku masa musim jerebu teruk melanda Malaysia tak lama dulu pun sama. Perangai aku sama macam musim covid19 ni.

Masalah aku sekarang ni bila dalam group family heboh nak bercuti sana sini. Baik keluarga aku dan keluarga mentua heboh nak cuti-cuti Malaysia.

Macam keluarga sendiri boleh laa aku kautim tak join sebab memang aku tak nak pun berhuhu ke mana-mana. Tak kisah sangat la adik-beradik aku nak bahan aku ke apa.

At least mak aku back up aku baik punya. Sebab mak ayah aku tau aku ada anxiety ni. Adik-beradik aku suka gi picnic bagai tu. Aku cakap kat diaprg picnic kat rumah mak dah la. Hahahaha.

Dengan keluarga mentua aku camna aku nak kautim sebab suami aku angguk saja tak pernah geleng permintaan keluarga nak berhuhu ke Langkawi, ke Terengganu, ke Perlis bagai.

Aku kemurungan. Bila fikir nak pergi bercuti tempat crowded macam tu.

Sakit aku ni bukan dibuat-buat. Tapi takda orang nak faham keadaan aku. Semua excited nak bercuti bila tamat PKP ni. Aku cakap aku tak nak join. Suami aku kata takpe, biar dia pergi dengan anak-anak je.

Bila aku fikir boleh ke suami aku handle 3 orang yang tengah melasak ni dengan penjarakkan social bagai tu? Aku rasa tak? Bila dah pergi bercuti, masing-masing dengan keluarga masing-masing.

Macam tahun lepas pergi bercuti juga lepas habis PKP, aku lemas. Memang takde penjarakkan social pun. Aku stress.

Then sebabkan join kenduri kahwin tahun lepas, tak masal satu keluarga kena kuarantin sebab ada ahli keluarga pengantin yang positif covid19.

Allah saja tahu apa perasaan aku masa tu. Abis PKP tahun lepas, hujung bulan syawal dah, tapi sibuk nak beraya. Bila aku tak nak ikut, tohmah aku macam-macam.

Tapi tak pernah nak faham, kenapa aku buat perangai macam tu. Aku berdiri depan pintu picit hand sanitiser untuk tetamu yang datang beraya pun kena kecam. Aku tak fahamlah.

Ingat Covid19 ni kita tak nampak virus tu. Tak nak salam pun cakap aku kurang ajar. Aku tampal sticker pangkah kat kerusi pun kena kecam.

Aku tak kisah korang nak berjimba ke apa. Ikutlah masing-masing kan? Tapi janganlah paksa aku ikut nafsu korang yang nak berjalan ke sana ke mari tu. Aku tak larang pun.

Kalau orang tak nak join, hormatlaa hak orang tu. Aku selesa dengan diri aku stay home. Tolonglah jangan kecam aku. Please!!!

– Ika (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *