Proses Perceraian Selangor

Assalamualakum. Hello semua. Aku umur 25 tahun dan baru dapat anak pertama, sekarang baby aku 6 bulan dah.

Aku orang KL & dia orang Kelantan. Lepas kami habis belajar dari luar negara, kami kahwin. Dua2 bekerja & gaji alhamudlilah.

Lepas habis pantang 44 hari di rumah mak aku, kami masuk rumah sewa.

Time ni, mak dia datang dari Kelantan, duduk sekali. Habiskan iddah bapak dia meninggal 4 bulan 10hari di rumah sewa kitaorang. Aku, baby, dia & mak dia.

Aku first time duduk rumah sewa, baru habis bersalin. Macam2 lah berlaku. Masuk campur orang ketiga. Tak semua dapat mak mertua yang memahami.

Aku sampai rasa aku di perduakan kat rumah sewa tu. macam bukan rumah aku. Anak tu pun time tu aku rasa macam bukan anak aku. Macam anak dia & mak dia.

Aku jadi meroyan lepas bersalin. Stress, Pressure, Depression. Aku sekarang dalam terapi untuk mental health aku.

Malam new year dia balik Kelantan dengan mak dia, aku disuruh duduk rumah mak aku balik. Dan dari hari tu, sampai lah sekarang, aku duduk rumah mak aku.

Dia berhenti kerja KL, rumah sewa tu dia tinggalkan tunggang langgang, aku yang kena pulangkan balik kepada tuan rumah, dia balik Kelantan dah rupanya.

Jadi aku lah bersusah payah mengemas rumah sewa tu sorang2. Dengan barang2 besar dia tinggal kan. Semua aku kena urus sendiri weh. Dengan anak kecik lagi. Haih…

Dia buat aku gantung tak bertali. Tak ada berita tak ada apa.

Disebabkan hubungan ni datang kan kemudaratan kepada kesihatan mental aku, better tak perlu teruskan. Jadi aku hire lawyer untuk tuntut perceraian.

So aku nak cerita tentang proses perceraian di Selangor. Macam aku, aku hire lawyer RM6k untut fail perceraian sahaja. Untuk tuntutan2 yang lain, belum termasuk.

Setiap fail yang dibuka, kos guaman ialah sebanyak RM6k. Contoh, fail tuntutan nafkah anak, tuntutan iddah, tuntutan hutang perkahwinan dan lain2. Setiap tuntutan, RM6k.

Lepas lawyer dah fail perceraian di Mahkamah Rendah Syariah, dia akan hantar surat saman kepada pasangan tu. Kena hantar secara kendiri, maksudnya, dispatch kena hantar sampai kat tangan dia.

Lepas dia terima saman tu, dia tanda tangan. Dalam surat saman, dia diarahkan oleh mahkamah untuk hadir ke Mahkamah pada sekian tarikh.

Dia hadir wehhhh. Terkejut aku. Ingat nak buat bodo, biar je.. sekali hadir.

Korang tahu lawyer dia bagi tahu aku apa? Kalau aku setuju duit iddah RM200 setiap bulan, dan nafkah anak RM100 sahaja setiap bulan, baru dia akan ceraikan aku pada hari tersebut…

Hahaha logik ke nak masuk nursery RM100 sebulan kat KL ni? pampers pun tak lepas.

So disebabkan aku tak setuju, dia bagi tahu hakim, dia tak setuju nak cerai… Nak gantung aku tak bertali lagi… nak berdendam je lah.. jadi kes ditangguhkan.

Next step, perlu ke Jabatan Kuasa Pendamai. Yang ni kena pergi Pejabat Agama. Since dia tak setuju nak cerai, akan ada satu pengerusi dalam sesi pendamai ni, bersama aku dan wakil masing2.

Kiranya 5 orang lah dalam bilik tu nanti. Pengerusi akan catit konflik kami, dan bawa ke hakim. Hakim baca, dan nilai jika boleh teruskan ataupun tidak perkahwinan kami ni.

Sekarang aku tengah tunggu nak ke sesi JKP tu lah. Lambat lagi kot. Lagi 2 bulan. Buat masa sekarang aku kerja, happy kan diri & pergi ke sesi terapi. Lepas daripada JKP, next is sesi Hakam 1.

Jika dia setuju cerai, settle kat Hakam 1. Jika tak setuju juga, pergi ke Hakam 2. Jika dia tak nak juga cerai, Hakam akan jatuhkan talak kepada aku untuk dia.

Aku just nak share macam mana proses cerai pihak wanita mohon & laki tak setuju kat Selangor ni. Kalau hubungan tu datang kan mudarat kat korang, better tak perlu teruskan.

Ada orang tak layak terima your focus & energy. Take care of your mental health first. Anak kau nak mak yang sihat & ceria. Bukan yang sedih & tak bermaya.

Buat yang tak kahwin lagi, selalu doa supaya korang dipertemukan dengan jodoh yang baik & dapat keluarga mertua yang baik & memahami. Jangan kahwin sebab cinta je.

Tengok background keluarga. Kadang2 ada manusia yang tak boleh bezakan antara taat & tanggungjawab.

Allah bersama orang yang benar. Semoga membantu sesiapa yang sedang lalui benda yang sama. Okay bye. Assalamualaikum.

– Gee (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *