Assalamualaikum. Hai semua. Nama saya Ayana. Of course bukan nama sebenar. Saya harap admin approve post saya ni.
Atas saranan pasangan, saya sangat memerlukan pendapat dari kalian semua.
Dan saya bersetuju memilih untuk meluahkan di sini, dengan harapan agar sesetengah pembaca dapat membantu kami dari sudut pendapat dan pandangan kalian.
Straight to the point, saya merupakan anak luar nikah ibu dan ayah saya. Alhamdullilah, ibu dan ayah saya telah menjaga saya dengan baik dengan memberikan keperluan dan didikan yang sepatutnya.
Namun begitu, sedikit isu mula timbul setelah saya memutuskan untuk melangkah ke fasa seterusnya bersama pasangan, iaitu untuk bertunang dan insyaAllah melangsungkan perkahwinan sekiranya jodoh kami panjang.
Pasangan saya sudah sedia maklum dengan status saya setelah ibu saya sendiri memaklumkan kepadanya, dan dia menerima saya seadanya.
Isu antara kami mulai timbul apabila kami seperti mati akal mengenai cara untuk memberitahu ibu pasangan saya mengenai status saya.
Pasangan saya sangat khuatir sekiranya ibunya tidak dapat menerima status saya.
Pasangan saya berpendapat bahawa ibunya patut tau mengenai status saya apabila kami sudah bertunang kelak.
Namun begitu, ibu saya sering mendesak saya dan pasangan agar kami memberitahu mengenai status saya kepada ibu pasangan saya sebelum kami bertunang,
Dengan alasan supaya ibunya tidak rasa tertipu dan sekiranya jika ada apa apa kejadian berlaku pada masa hadapan antara saya dan pasangan, ibunya tidak akan menggunakan status saya sebagai ungkitan dan alasan.
Ibu saya meminta supaya kami menangguhkan pertunangan kami sehingga covid selesai.
Namun begitu, saya dan pasangan berpendapat bahawa dengan proses tunang dan nikah sewaktu pkp ini, ia merupakan kelebihan untuk kami dari segi dapat menutup aib saya dengan baik.
Hal ini juga kerana saya berasal dari seberang laut, ibu berhasrat untuk menunggu sehingga covid reda agar majlis bertunang dapat diaadakan di kampung halaman saya,
Dan majlis pernikahan dapat diadakan di tempat tinggal kami berdua (saya dan pasangan bertugas di negeri yang sama).
Hal ini telah menyebabkan saya dan pasangan sangat buntu dan kami rasa tersepit sangat. Saya juga kembali merasa trauma dan takut (anxiety) kerana saya khuatir mengenai pandangan ibu dan ahli keluarga pasangan terhadap saya.
Walaupun pasangan menerima saya seadanya, dia juga khuatir jika ibunya tidak dapat menerima saya.
Untuk bertanya pendapat kepada orang lain adalah mustahil bagi kami kerana kami khuatir aib (status saya sebagai anak luar nikah) akan terbuka,
Dan kami hanya berharap agar kami dapat mendapatkan pendapat dari pihak pembaca yang budiman di sini.
Persoalan saya :
1) Bagaimanakah cara terbaik untuk kami maklumkan kepada ibu pasangan saya mengenai status saya dengan harapan beliau dapat menerima saya?
2) Bagaimanakah cara terbaik supaya kami dapat memuaskan hati kedua belah pihak di antara kami (saya dan pasangan ) dan ibu saya?
Saya dan pasangan bersedia untuk melalui semua proses diperlukan untuk menyelesaikan urusan kami ini. Namun, ada hati yang perlu kami jaga dan kami mohon pendapat semua. Terima kasih.
– Ayana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit