Bukan Nak Memandai-Mandai

Assalammualaikum dan Hai buat semua pembaca dan follower IIUMC… Terima kasih terlebih dahulu kepada admin jika menyiarkan tulisan saya.

Sebelum kepada isi selanjutnya… saya perkenalkan diri saya Mrs L. Saya wanita berusia pertengahan 30an. Saya sudah berumahtangga melebihi 10 tahun. Perjalanan rumahtangga bukanlah indah mana dari awal. Bergaduh berbaik itu perkara biasa.

Terlebih dahulu saya mohon maaf, saya pasti akan ada yang tidak bersetuju dengan tulisan saya. Malah mungkin akan berkata, cakap bolehlah. Tak berada di situasi sesiapa.

Percayalah, mana ada pasangan yang mendirikan rumahtangga mahukan terhenti di pertengahan jalan. Jika boleh hanya mati yang memisahkan.

Saya cuma ingin memberi sedikit pandangan kepada para isteri di luar sana. Mungkin ada yang rasa jelek atau rasa tidak ada manfaat atau sebagainya… Sekali lagi saya minta maaf sebelum saya meneruskan.

Puan-puan, jika mengalami situasi hubungan semakin hambar, kita rasa suami banyak dah berubah sikap. Terlebih dahulu kita lihat di pihak kita. Sebelum pada pasangan.

Kadang2 kita tidak sedar diri kita juga menjadi punca utama. Kita kaji dahulu apa yang kita lakukan setiap hari dan adakah kita dah melakukan yang terbaik. Banyak aspek kita kena lihat.

Ini adalah sebahagian contoh… jika ada yang merasakan saya berat sebelah, percayalah… Saya hanya memberi contoh berdasarkan penglaman sendiri dan orang sekeliling..

Kebanyakkan isteri tidak pentingkan penjagaan, kebersihan dan penampilan diri dan persekitaran. Apa entah lagi untuk mengambil tahu soal hati dan keinginan pasangan.

Faham, ramai wanita kini sangat sibuk. Ada yang lebih sibuk dari seorang suami. Jika yang mempunyai kerjaya di luar, pulang lewat, penat mengharungi kesesakkan lalu lintas dan anak- anak lagi.

Begitu juga dengan wanita yang memilih untuk menjadi suri rumah mahupun kerjayanya dari rumah. Hendak memasak, menjaga anak-anak, berkemas dan menghantar serta mengambil anak-anak ke sekolah dan sebagainya…

Sangat sibuk sehingga tiada masa untuk fikirkan diri sendiri. Sampaikan nak melihat cermin pun orang kata tak sempatlah.

Punya terlalu sibuk urusan seharian… Apatah lagi bila melibatkan kewangan. Orang kata cukup-cukup makan. Mana nak fikir untuk diri sendiri. Sebab yang utama adalah untuk isi perut anak-anak.

Puan-puan, betul kita yang bergelar ibu ini, anak- anak adalah keutamaan kita. Apa sahaja, anak-anak kita dahulukan. Sampai diri sendiri terabai tanpa kita sedar.

Sebenarnya itu antara kesilapan kita berfikir sebagai wanita. Kita tidak mampu memikat suami kita lagi. Konon fikir cukup lah apa yang ada. Penat nak fikir hal remeh temeh. Banyak lagi perkara penting.

Dulu saya begitu juga. Fikir sudah berkahwin apalah pentingnya penampilan. Atau ada yang ketika keluar rumah sahaja baru beria berdandan. Di rumah ikut sekadar asal boleh. Sebenarnya kita silap puan-puan.

Ramai wanita di luar sana juga menghadapi masalah dengan menyatakan suami bagi duit tak cukup, duit nak makan pun tak ada, lagi parah kalau nafkah pun suami tak beri. Saya bersimpati pada yang menghadapi nasib begitu. Saya tahu puan-puan tertekan.

Tetapi apa yang saya ingin tulis hari ini, jadilah seperti diri kita sendiri, kemampuan kita sendiri dan tidak perlu menjadikan orang lain sebagai keinginan kita. Kita buat ikut kemampuan kita. Lakukan yang terbaik.

Puan- puan, sesibuk manapun puan-puan dalam urusan harian, kita cuba jaga penampilan kita. Tanya diri, kaji selidik apa yang suami kita suka atau tidak.

Saya beri beberapa contoh mudah.

Antaranya… Mandi.

Jika kita lepas masak, atau sebelum tidur, kita penuh dengan aktiviti dengan anak-anak, berpeluh dan sebagainya. Apa kata mandi terlebih dahulu.

Paling mudah. Bukan suruh mandi berjam2. Nak berendam bagai. Cukup sekadar bilas air di badan sebagai hilangkan melekit badan ataupun bau.

Suami yang tidur di sisi pun akan senang dengan kesegaran kita. Kita sendiri lebih rasa fresh bila mandi. Perasaan kita juga akan automatik akan lebih nyaman dan lebih segar. Kita juga selesa.

Penat macam mana pun kita cuba bersihkan diri. Saya tahu ada yang mandi sekali sehari pun ya. Macam-macam alasan. Tak berpeluh lah, malas lah, tak sempat sebab layan anak lah ,dan macam-macam lagi. Tak perlulah sampai nak ke spa …jika kita mampu, itu bonus…

Kedua… Berhias dan berdandan.

Berhias dan berdandan ni bukan bermaksud hias bagai nak rak. Duit nak labur banyak sampai habis. Tidak puan-puan… Kita perhatikan suami kita suka gaya apa.

Memang lah ada setengah lelaki cakap tak kisah la. Saya tak tahu la dan lain-lain. Tetapi mata mereka tak menipu dan kadang-kadang kejujuran mereka memuji org lain tu perit tetapi itulah point untuk kita puan-puan.

Sesekali uji dan bersoal jawablah dengan pasangan. Jika suami tidak gemar kita mengenakan sesuatu pakaian, jangan kita pakai. Kalau dia tak minat tengok kita berkain batik, baju kelawar, tukar jangan pakai. Ubah ikut selera mereka.

Kalau mereka suka tengok kita berpenampilan seluar jeans dalam rumah, ikutkan sahaja keinginan begitu, lama-lama kita juga akan terbiasa.

Kalau dia nak kita seksi, seksilah dalam rumah tu sekali sekala… cuma jagalah batas di hadapan anak-anak. Jangan terlalu melampaui batas depan anak2.

Kalau pasangan suka kita berdandan, bermake up, apa salahnya sebelum mereka pulang siapkan diri. Calit sesempat yang boleh dan seminimum. Janganlah pula beria sampai dandanan kita berlebihan. Takut suami pula tak suka.

Tetapi jika suami suka, silakan. InsyaAllah niat untuk suami ni biasa besar pahala dan Allah akan permudahkan urusan harian kita.

Jika ada kewangan lebih, bergantilah pakaian setahun sekali walaupun hanya pakaiaan untuk duduk rumah mahupun tidur malam. Biar murah janji penampilan kita berubah.

Ketiga… Penjagaan diri dan peribadi.

Puan-puan, bab ini sangat penting puan. Sekali lagi saya bagitahu, ikut kemampuan kita, poket kita. Jangan segan silu untuk melaram. Tidak perlu sampai menyusahkan.

Jika kita mampu, belilah sedikit krim penjagaan kulit, sekurang-kurangnya 1 jenis yang sesuai untuk kita.

Di pasaran banyak murah tetapi jangan lah produk timbang kilo dan tidak ada kelulusan. Rawatlah bukan wajah sahaja, jaga dari hujung rambut ke hujung kaki. Kalau bukan kita jaga, siapa lagi.

Tidak semestinya kena berkrim bagai. Banyak petua lama yang kita boleh guna pakai. Contoh air cucian beras. Banyak kebaikkannya.

Sekali sekala boleh minum air asam jawa, cuci miss V dengan air garam atau asam keping. Lagi elok ada daun sireh. Rendam kaki dgn air garam. Bukan lah niat memandai2 bagi petua.

Tetapi jika kita betul tidak mampu membeli produk, guna yang asas dan mudah di cari.

Rambut dan badan juga boleh sekali sekala cucikan dengan buah limau. Banyak manfaatnya. Wangi dan segar. Lagipun bagus dari segi perubatan islam. Boleh amalkan juga makan madu setiap hari.

Keempat.. Jaga pertuturan dan bahasa.

Gunalah panggilan yang sesuai… jaga adab bukan dengan suami sahaja dengan keluarga juga. Rajin memohon maaf dengan suami walaupun kita tak bersalah.

Maafkan saya tak sempat berdandan hari ini.

Maafkan saya tak sempat hantar suami ke muka pintu.

Maafkan saya tak sempat kemas rumah.

Maafkan saya sebab pulang lewat dari kerja.

Ringankan mulut puan-puan. Memohon Maaf tu mahal nilainya dan dua perkataan ni maknanya besar.

Kelima… Silaturahim.

Berbaiklah dengan keluarga pihak suami. Tak suka macam mana kita pada mereka, jaga air muka suami, benci macam mana mereka pada kita, bersabar kerana Allah ada. Jika melampaui batas, barulah kita mula mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Keenam… ‘Me time’ and ‘we time’.

Jika suami izinkan… keluarlah seketika untuk menghirup udara ketenangan. Jika boleh bertemu rakan ataupun adik beradik mahupun sanak saudara yang kita rapat, ‘me time’ seketika.

Jika tidak mampu keluar rumah, duduklah seketika di dalam bilik mahupun di luar rumah walaupun 5 minit dari anak2 mahupun suami..tarik nafas dan duduk bertenang seketika. Kosongkan fikiran sebentar.

Jika dapat ‘we time’ seketika lagi alhmdulillah, datinglah jika sempat. Sebelum anak-anak balik sekolah atau selepas ke sekolah. Minta suami adakan masa seketika.

Masa nilah untuk kita meluahkan segala isi hati dengan cara tidak menguriskan hati suami. Mohon maaf pada suami terlebih dahulu sebelum meluahkan.

Ketujuh… Kebersihan.

Ini bukan takat penampilan diri sahaja. Kebersihan persekitaran. Terutama bilik tidur kita. Rajin-rajinlah tukar cadar dan sarung bantal sekerap mungkin. Rajin-rajinlah menyapu dan mop lantai bilik.

Jangan sampai bilik berbau, pakaian terabur sana sini. Bilik tidurkan privasi kalian ,tentu sahaja inginkan suasana tenang dan nyaman.

Memang kadang kita lihat suami macam kisah tak kisah, tetapi percayalah.. lelaki sebenarnya kisah semua tu walapun dia tak nyatakan. Mereka nak layanan dengan persekitran yang tenang.

Jika ada kewangan lebih, boleh membeli wangian bilik serta mendeko katil sekali sekala untuk suami.

Ala macam korang datang bilik hotel masa zaman honeymoon dedulu. Belilah bunga sekuntum dua.. tabur kelopak mawar atas katil. Rajin-rajinlah memasang surah atau zikir di dalam bilik tidur kita.

Kelapan… Memasak.

Walaupun setiap hari memasak, sekali sekala kita surprise kan suami kita dengan masakkan istimewa. Masih ikut kemampuan berbelanja.

Sekali sekala deco sedikit lauk pauk biarpun masakkan kita simple. Hidanglah simple dan sesuai mana tetapi lain dari kebiasaan harian. Jika hari lahir mereka atau anniversary kita tiba.. masaklah sesuatu yang istimewa sekadar untuk meraihkan hari special.

Kita isteri mereka, sudah tentu kita mengetahui apa yang mereka suka. Jika ada kewangan lebih, hadiahkan sesuatu yang boleh menjentik perasaan mereka yang kita masih menghargai mereka.

Selesai masak kemas dapur dengan baik. Lap lantai yang berminyak selepas masak. Dapur bersih, hati kita sendiri akan tenang dan suami yang sekali sekala masuk dapur pun sepintas lalu mereka juga akan rasa yang sama.

Puan-puan jika nak di senaraikan banyak lagi yang perlu di huraikan. Apa yang saya tulis di atas adalah apa yang saya lakukan.

Saya pasangan yang bukan mewah, sekadar cukup makan juga. Awal perkahwinan begitu juga saya merasakan. Dah khawin tak perlu banyak fikir cukup taat pada suami dan jalankan tugasan menjaga rumah tangga.

Tetapi bila saya yang kerap bertekak walaupun hal-hal kecil dan mengharapkan suami yang berubah, rupanya saya silap dalam aturan perkahwinan kami.

Betul nafkah dan hal rumahtangga suami yang bertanggungjawab dan isteri tugas melayan suami dan menjaga serta mendidik anak-anak.

Tetapi banyak juga dari kesilapan diri sendiri. Saya cuba memahami pasangan. Membaca kisah rumah tangga orang lain, mendengar luahan rakan, dari yang baik sampai yang buruk. Banyak mendengar ceramah rumah tangga dan banyak membaca untuk mencari jawapan.

Bukan semata-mata kita perlu layan mereka di atas katil atau semata-mata hal dalam kelambu, tetapi mereka juga seperti kita dan anak kecil. Sekali sekala mahukan perhatian, belaian dan suprise dari kita. Kalau mereka tidak romantik melakukan, kenapa kita tidak mulakan.

Sudah tentu jika kita nak layanan istimewa dari mereka, mereka juga inginkan. Betul mereka suami dan patut merekalah yang lebih mengambil tahu hal kita, kesukaan kita dan layanan romantik serta suprise buat kita yang akan buat kita rasa di hargai.

Tak salah juga jika kita ada masa dan kewangan untuk kita pula lakukan buat mereka. Mereka suami kita.

Betul banyak nasihat di luar sana tuju pada suami dan kebanyakkan kes pun punca dari suami. Kadang2 kita tidak sedar perubahan suami kita itu juga berpunca dari kita dan persekitran dari rumah.

Saya tak cakap semua ini salah wanita semata- mata. Tapi tulisan ini saya hanya memberi pandangan saya sebagai seorang wanita yang pernah melakukan kesilapan juga.

Saya harap pasangan berubah untuk saya. Rupanya saya silap. Dia berubah kerana saya banyak abaikan perkara yang saya rasa remeh dalam rumah tangga.

Mereka juga manusia biasa macam kita. Banyak keinginan di hati. Nak di luah kadang takut kita berkecil hati atau mungkin jadi pergaduhan. Tak pun mereka tidak pandai untuk meluah.

Jadi cara mereka mudah, keluar dari rumah, lepak luar dan mula mencari teman di luar. Banyak alasan mereka beri dan pasti akan menyalahkan kita di akhirnya kelak.

Apa apapun hubungan kita dengan Allah dan amalan harian yang wajib di lakukan,jangan di lupakan. Asas ini saya tak ulas kerana rasanya ini perkara wajib dah tentu semua ketahuinya.

Jika semua usaha sudah kita lakukan dan masih lagi hubungan makin berantakkan, dapatkan lah khidmat kaunseling dan nasihat dari pakar. Janganlah kita meluah pada orang yang salah. Buruk akibatnya.

Apa-apapun sekali lagi saya mohon maaf dan bukan niat saya untuk berat sebelah mahupun saja mengundang kencaman. Cuma saya ingin berkongsi sedikit pengalaman.

Maaf juga jika banyak perkataan dan susunan ayat yang kurang jelas atau terabur..

Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari saya sebagai hamba yang lemah. Semoga ada kebaikan dari perkongsian saya buat puan-puan sekalian.

Sekali lagi saya mohon maaf jika menguriskan hati yang membaca.

Assalammuaikum…..

– Mrs L.. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *