Si Rina

Aku ada terbaca kisah Orange, Haris dan Rina, (https://iiumc.com/insan-yang-baik/). Aku bukan Rina yang dalam kisah Orange tu tapi situasi aku sama lah pula seperti di tempat Rina. Semua dalam ini bukan nama yang sebenar ya.

Nama aku Shila dan berumur 29 tahun. Aku telah berkahwin kali kedua dan mempunyai seorang anak selepas dua tahun berkahwin dan kini anak aku berusia satu tahun. Perkahwinan terdahulu aku mempunyai seorang anak perempuan berumur 5 tahun.

Kesian Orange kena kecam. Sedih juga bila baca komen-komen yang ada.

“Pompuan s*****, b**i, runtuhkan masjid orang, penyondol, kejinya, drama Malysia 7pm, perempuan gatal, ambil lebih orang, tak malu, sampah, play victim,

Geli baca cerita macam ni, keras hati dan berjodoh dengan keras hati, jadilah insan baik jika suatu hari suami ada orang lain, kemurungan baca cerita ni, semoga jadi insan baik jika suami ada GF baru”.

Boleh di katakan semua komen adalah negatif. Ada juga yang positif, tapi terlalu lah sedikit. Kesian Orange tau.

Kalau ikutkan hati aku ni, memang layak lah si Orange tu dapat gelaran-gelaran dan kata-kata kejam macam tu. Tapi samalah pulak kang aku pun akan jadi keji juga seperti dia kan kalau aku tujukan kata-kata seperti itu pada dia. Jadi aku perlu tenang-tenang saja.

Kisah aku sama seperti Orange iaitu ex suami aku ketika itu berkenalan dengan wanita lain, melamar wanita itu dan aku turut hampir bermadu dengan wanita itu.

Nama ex suami aku Riz dan nama wanita itu Faz.

Aku kongsikan kisah aku bukan hendak masuk bakul angkat sendiri untuk menyamakan diri aku dengan insan yang baik seperti Rina. Aku juga bukan hendak menyebelahi Orange.

Kini Faz dan Riz sememangnya sudah berkahwin. Berbeza dengan kisah Orange dan Rina, setahun lebih selepas aku bernikah barulah mereka bernikah. Nama suami aku Fitri.

Hubungan aku, Riz dan Faz baik-baik saja. Kami tinggal berdekatan. Jarak antara kami 40 min saja perjalanan. Faz dan Riz yang menjaga anak aku.

Aku kadang-kadang waktu hujung minggu akan berjumpa dan bermalam dengan anak aku. Kami menguruskan hal anak sekolah dan berbincang pelbagai hal berkaitan anak bersama-sama.

Korang semua janganlah terlalu mengecam. Sememangnya insan-insan baik mungkin wujud dan manusia seperti Faz dan Orange juga wujud.

Aku ada alasan tersendiri kenapa aku boleh menerima semua ini. Aku tak meminta kalian untuk menjadi baik seperti aku dalam situasi yang aku pernah alami. Tapi jadi lah insan yang punyai hati. Aku menganggap semua ini ada hikmahnya.

Kisah terdahulu, aku juga menangis seperti Rina. Tapi aku tak pasti apa masalah Rina sehingga meminta Orange untuk bermadu.

Alasan aku pula meminta Faz menerima Riz adalah kerana aku ingin pertahankan rumahtangga kami demi anak. Aku menangis kerana anak aku.

Aku tidak membenci Riz. Aku tahu aku tak sempurna. Banyak kekurangan aku. Riz juga tidak memaksa aku untuk bermadu dengan Faz.

Riz selalu ajak aku berbincang dan aku sentiasa hendak perbaiki kekurangan aku tetapi aku selalu saja gagal. Bukan Riz yang hendak meninggalkan aku. Aku yang memberi ruang kepada Riz untuk wanita lain.

Tak apalah kalau kalian nak menganggap aku bodoh pun.

Sama seperti Rina, aku menjadikan Faz kawan dan pelbagai perkara kami kongsi bersama seperti resepi masakan, perhiasan-perhiasan rumah dan pelbagai lagi tetapi tidaklah aku bertanya berkenaan hal kebersihan bagai.

Pelik juga aku dengan perkara itu. Aku syak mungkin juga Rina ada masalah berkaitan itu kot.

Aku cuba juga hendak menjadi seperti Faz. Faz pandai bercakap, orangnya ceria, pandai ambil hati dan ligat membuat pelbagai perkara. Memuji-muji Faz bukanlah aku nak ajak korang cari madu untuk suami ya. Sekarang ini aku hanya kongsikan perkara-perkara positif sahaja.

Aku selesa dengan Faz, aku suka Faz dan aku yakin Faz juga baik untuk anak aku.

Aku memberi ruang kepada Riz dan Faz tetapi dalam masa yang sama aku menganggap Riz dan Faz bersalah dalam segala hal bila mereka saling suka.

Aku tidak menyerang Faz, aku cemburu dalam diam dan aku masih berniat nak pertahankan rumahtangga aku walaupun dengan bermadu. Aku juga tidak berlakon baik, ini mmg sikap aku yang tidak mampu untuk marah atau bersikap kasar.

Aku tak ada masalah ketika Riz ajak berbincang untuk berpisah. Ya Riz yang mulakan. Jangan lah pula kalian kecam Riz.

Tipu sangatlah kalau aku tak sedih, pedih dan perit dengan hal perceraian. Aku yakin Rina pun rasa perkara yang sama. Tetapi aku selalu berfikir positif saja untuk kebahagian diri aku juga dan bukanlah bermakna aku pentingkan diri dan tidak memikirkan anak.

Masa konflik bersama Riz dan Faz, aku juga selalu terhasut dengan kata-kata orang sekeliling. Keluarga aku berkata pada aku supaya berpisah sajalah daripada suami sukakan orang lain.

Kawan-kawan aku kebanyakkannya menyuruh aku menyerang Faz dan memalukan Faz dan tinggalkan saja Riz dan aku boleh hidup bebas atau mencari lelaki lain yang lebih bagus.

Sedangkan mereka tak tahu pun bahawa aku yang memberi ruang kepada Riz untuk mengenali Faz dengan lebih rapat.

Aku terhasut dengan kata-kata orang dan menerima saja perpisahan. Ketika di mahkamah aku tidak menangis langsung, Riz yang kelihatan lebih sedih.

Selepas berpisah dengan Riz, aku tidak cuba pun untuk berbaik dengan Riz sedangkan Riz ada mengatakan pada aku, dia tidak menolak sekiranya kembali bersama.

Aku lebih mendengar kata-kata orang lain untuk tidak kembali pada Riz dan aku menerima saja salam perkenalan dari sesiapa pun sedangkan aku bukanlan jenis wanita begitu.

Dalam waktu yang singkat juga aku berkenalan dengan Fitri dan terus berkahwin. Aku juga hanya nak buktikan pada orang yang aku mampu teruskan hidup seperti biasa.

Perkahwinan kali kedua aku juga mempunyai konflik pada awalnya. Aku juga hampir berpisah dengan Fitri. Masa inilah baru aku sedar yang sememangnya sikap aku yang tidak mahu perbaiki diri membuatkan orang lain tidak selesa dengan aku.

Sebelum ini Riz sangat baik melayani aku dan terima saja kekurangan aku, cuma silap aku tidak mahu perbaiki untuk berubah dan selalu menganggap Riz bersalah dalam segala hal.

Perkahwinan kali kedua aku sentiasa cuba perbaiki dan aku tidak gagal lagi. Sehingga kini aku masih mahu cuba dan terus berusaha untuk perbaiki sikap aku. Aku semakin bahagia.

Suamiku Fitri, aku harap jodoh kita kekal hingga syurga, terima kasih kerana beri peluang untuk aku terus memperbaiki diri dan maafkan segala kekurangan aku.

Untuk Orange dan Faz, mungkin korang sentiasa ada rasa bersalah, tetapi yakinlah bahawa ada bahagia untuk kalian kerana kalian selalu saja berjumpa dengan insan yang baik.

Aku yakin kalian bukanlah sengaja untuk melalui kisah begini. Aku yakin Riz dan Haris adalah insan yang baik.

Riz dan Faz, terima kasih jaga anak kita dengan baik. Fatima sangat sukakan mamanya, Faz. Fatima selalu cerita mama masak sedap dan pandai melayan segala minat Fatima. Maaf Fatima, umi tak selalu ada dengan Fatima.

Umi tahu mama Faz melayan Fatima dengan sangat baik. Aku yakin semuanya mahukan yang terbaik. Kalian sangat layak untuk bahagia.

Kepada pembaca-pembaca, jagalah setiap tutur kata, kita tak pasti apa pula kisah dan dugaan kita yang sedang menanti. Boleh jadi apa yang kita lontarkan kata-kata melalui jari jemari akan berbalik pada kita dalam keadaan yang kita tak sangka.

Aku reda dengan semua yang berlaku. Aku yakin Allah telah mengaturkan segalanya dengan baik.

– SHILA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *