Assalamualaikum. Nama aku Alya. 30 tahun. Berasal dari utara. Dan sekarang tinggal di selangor. Dah berkahwin dan anak sorang. Dan suri rumah sepenuh masa dengan business online.
Aku cuma nak share dan bercerita sahaja dan mintak juga nasihat dan semangat dari korang semua. Ini adalah luahan aku yang aku pendam selama 5 tahun bergelar isteri. Ye. Masih baru. So macam2 la kan. Aku tak salahkan sesiapa. Aku cuma nak luah. Korang jangan pula kecam ye.
Aku berkahwin atas suka sama suka. Alhamdulillah. Parents kami restu. Dan untuk 5 tahun ni, aku ada seorang anak. Lelaki. Berusia 4 tahun. Aku cuma nak cerita kisah aku dengan mertua dan ipar duai.
Bukan nak aibkan mertua or nak burukkan memana mertua atau ipar duai. Cuma ni kisah aku. Aku tak cakap semua mertua ipar duai adalah sama. Tak. Ini kisah aku.
Lepas nikah, aku duduk dengan mertua selama 2 tahun. Mula mula memang baik. Biasalah baru dan tak kenal mendalam lagi.
So sepanjang stay dengan mertua, aku cuba belajar banyak benda. Maklumlah, aku dari utara sana. So memang banyak perbezaan dari segi makanan, adat mungkin.
Aku belajar masak.. cuba amik hati mertua dengan masak, keluar dengan mertua ke sana sini..cuba untuk rapat kenal.
Tapi, aku rasa sia sia. Aku masak, tak pernah sentuh. Even bukan hari2 aku masak, tapi aku nampak makanan dari luar atas meja. Hanya suami aku balik kerja saja yang makan. Bukan sekali, tapi berkali kali juga.
So aku improve lagi masakan aku dengan cara diorang. Tapi result masih sama. Aku rasa sangat teruk. tak sedap ke aku masak? Aku rasa ok. Suami aku cakap ok. Ntahla.
Tu time duduk sekali. Bila pindah ada juga aku bagi makanan yang aku masak. Tapi still sama. Makanan tu tak dijamah. Macam mana aku tahu?
Biasa suami yang pergi hantar, kadang petang kitaorang datang umh mak ayah suami jalan2 bawak anak kan. Weekend laa. Petang tu aku nampak bekas masih tak terusik. Aku diam saja. Senyum saja la.
Bukan sekali dua kali. Berkali kali juga. Tapi masih sama. Aku taktahu kenapa. Mungkin aku masak bagi diorang tak sedap. So aku stop hantar makanan. Aku bagi yang aku beli dekat kedai je. Takdela aku terasa kan.
Itu pertama. Kedua pasal anak. Aku bersalin sama tahun dengan anak perempuan mertua aku. So umur anak kami sama. Cuma aku jaga sendiri anak aku, dan anak adik ipar aku dia hantar pengasuh.
Suatu hari anak aku selsema. Then anak adik ipar aku selsema jugak. Then mak mertua aku cakap, anak aku pembawa virus.
Aku macam, hmmm… Baru jumpa kot budak budak tu.. kenapa cakap anak aku pembawa virus.. Hmm. Bukan sekali, berkali juga. Tapi aku tetap diamkan diri. Ye. Aku sedar. Aku cuma menantu.
Aku taktahu sama ada mertua aku sebenarnya boleh terima ke tak aku as menantu. Awal2 kahwin aku ada tanya suami, dia cakap, mak dia tak kisah dia nikah dengan sape2 je. Tapi kenapa macam nthlaa.
Mungkin sebab aku suri rumah tak macam menantu dia yang lain kerja gaji berKKKKK. Aku asalnya kerja contract. Tapi disebabkan contract aku tamat, aku tak dapat sambung.. Time tu pula aku mengandung 8 bulan. Siapa lah nak amik aku kerja time tu.
And now, aku bukan tak cari kerja, tapi aku selesa business online. Sebab sangat membantu keluarga kecil aku. Income tu boleh kata aku boleh tolong suami aku perbelanjaan harian, anak. Tu aku dah bersyukur.
Okay. Itu bab tu. Ni bab lain. Aku ada duit, so kekadang aku belanja laa kan keluarga mertua. macam ada sambutan birthday ke, aku sponsor la makanan berat,ringan, tapi tu la.. tak pernah dihabiskan. Alasan, kenapa banyan sangat tempahnyaa.
Membazir katanya. Aku cuma niat nak raikan. Keluarga aku jauh. So dekat opkos la mertua kan. Ye. Bukan sekali juga, berkali kali sehingga aku rasa, aku tak perlu lagi beli dan sponsor apa apa. Kadang datang dengan tangan kosong, buah buahan. Macam tu je.
Aku bukan amik hati sangat. Kalau korang dekat tempat aku, mesti korang seronok kan. Nak ada majlis, pastu panggil ramai orang, kita beli itu ini, orang tak makan,sedih kan.. Tu saja aku rasa. Kecil hati. Sedih. Aku boleh nampak, perbezaan layanan ke aku dengan biras aku yang kerja..
Aku bukan tak nak kerja, cuma aku dah selesa dengan kerja aku sekarang. Salah ke aku kerja dari rumah? Aku jaga anak sendiri, depan mata, kerja online, dapat income. Bukan tak dapat. Aku happy dengan cara aku. Yelah. Manusia kan.. kerja macam tu mungkin takde apa apa.
Itu belom masuk dengan ipar duai. Ipar aku semua jenis dia saja yang betul. Sorang tu jenis tak boleh orang lain lebih dari dia. If ada yang dapat, dia tak dapat, dia merajuk, buat sedih. Dan dia juga jenis cemburu.
Itu biarlah dia. Yang aku terasa, ada time bincang apa apa, bagi pendapat, sentiasa salah dan sentiasa tak disokong. Ada bantahan. Kira ipar aku yang tanya, diorang yang buat keputusan.
Kata ada kawan menggosip, kawan buat itu ini. Hakikatnya, sangat berbeza. Yang pasti ipar aku semua macam tu. Bukan sorang tapi semua. Nak nak perempuan. Dia saja betul bagi maklumat, dia saja yang sahih. Dia saja yang boleh bagi kata putus. Dia je.
Tu belum masuk bab support bisness kecil aku. takde yang support. Hanya biras sepupu sedara mara. Keluarga mertua? Langsung tak. Siap tolak lagi bila aku bagi barang utak promote ke kengkawan.
Tapi anak anak mertua aku buat bisness, setiap medsoc ada saja sharing nya. Aku hanya senyum dalam pahit.
Paling aku takleh lupa, ada ipar aku suka masuk campur hal rumah tangga aku. Aku tak faham apa dia nak sebenarnya. Sibuk nak nasihatakan suami aku itu ini. Yes. Aku tau itu adiknya, tapi beragak laa.
Dah kahwin kan, so bagilah kami buat keputusan kami sendiri. Kalau tak sampai bila kan. Bergantung pd orang kan kata lain pula. Hmmm.
Kini aku sedar. Sedar dimana tempat aku. Siapa aku. Dan apa guna aku. Even aku kecil hati, siapa yang peduli ?? Jangan kata aku tak cakap dekat suami. Aku dah cakap. Tapi dia mampu diam.
Aku taktahu apa dalam minda dia. Aku cuma doa moga ini yang terbaik, maka aku akan teruskan.
Aku down bila orang tak hargai apa yang kita buat. Sampai masa aku putus asa dan aku teruskan hidup aku tanpa pikirkan mereka. Cuma benda ni aku teringat sampai ke harini.
Aku tak cakap semua mertua ipai duai macam ni. tak. Ada yang baik. Ada yang boleh berinteraksi. Cuma sesetengah. Ada manusia macam tu macam ni. Depends. Dan depends jugak diri kita sebenarnya.
Sekadar luahan rasa yang terpendam selama 5 tahun. Tak suka janganlah kecam. Bagila semangat kat aku.
Aku jenis mudah sensitive. Tapi lepas kahwin, aku jadi hati batu. Keras. Sebab aku tahu, alam perkahwinan tu tak semua nya manis. Asalkan kita sendiri tahu macam mana nak handle.
Aku cuma sedih, kecewa. Kadang aku terpikir, sampai bila macam ni. Aku perlu buat apa lagi. Kalau dah tak suka buang saja lah. Stay bersama buat apa. Sakitkan hati je..
– Alya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> httapis://iiumc.com/submit