Hai, assalamualaikum, aku tulis dekat sini sebab aku rasa aku dah buntu.
Pertama sekali, aku nak cerita latar belakang aku, aku seorang isteri dan ibu kepada seorang anak yang berusia tujuh bulan, aku dengan suami PJJ.
Alhamdulillah, aku diberikan rezeki suami, keluarga sendiri, dan keluarga mertua yang baik.
Masalah aku, selepas anak lahir, aku berdepan dengan masalah kewangan. Gaji aku RM3k sebulan, tolak epf adalah dalam RM27++, masa bujang taklah terasa susah.
Bayar kereta campur minyak setiap bulan dah RM1k, ibu bapa RM500, duit ptptn RM200, insuran RM200, bayaran pengasuh RM500, tinggal RM300 untuk aku survive.
Suami tak bagi ke? Ye suami bagi RM200 dan aku tak nak mintak lebih, sebab kami PJJ, jadi dia ada komitmen kereta, bilik sewa, ulang alik lagi. Jadi aku ada RM500 untuk survive termasuk duit suami bagi.
Aku selalu tak makan tengah hari, supaya aku boleh simpan duit untuk belanja keluarga aku. Kenapa aku kena belanja keluarga?
Sebab aku tinggal dengan diorang, jarak office aku dengan rumah keluarga satu jam perjalanan tak termasuk jam.
Masalahnya aku rasa bersalah sangat sebab aku macam menyusahkan mak ayah aku lagi, aku bincang dengan suami, dia cakap sabarlah, tunggu dia dapat pindah, tapi bila? Lambat lagi rasanya.
Pagi dengan petang mak aku sediakan makan, duit yang aku bagi diorang tu sebenarnya aku rasa macam cover makan aku dengan anak je, tak termasuk bil api lagi.
Aku dan suami ada rumah dekat dengan office aku, tapi aku tak tinggal situ sebab suami tak bagi, dia risaukan aku. Jadi rumah tu kosong sahaja, walaupun bayar setiap bulan untuk duduk sebulan dua kali.
Nak bagi lebih, pada mak ayah, jujurnya aku tak mampu dah. Ada peluang, aku akan beli barang basah waktu hujung minggu, dan belanja mak ayah dan adik adik makan, kat situ je perbelnjaan aku dah menelan lebih RM300 hingga RM400.
Baki untuk aku memang tak ada. Adelah aku join dropship untuk support hidup aku sikit sikit, dan beli barang anak.
Minta suami? Suami layan aku dengan baik, aku tak nak susahkan dia. Dia pun ada mak ayah jugak, dia bayarkan bil, rumah, penuhkan peti ais setiap kali balik. Kadang kadang belikan aku baju.
Alhamdulillah, aku rasa cukup tak pernah culas bagi aku duit setiap bulan.
Aku tak beritahu masalah kewangan pada keluarga aku sendiri, di mata diorang, aku suami isteri bekerja, jadi tak ada masalah sepatutnya,
Aku tak nak suami aku nampak susah di mata diorang, bila aku belanja diorang pun, aku cakap suami yang belanja.
Aku rasa masalah kewangan aku ni boleh settle kalau aku tinggal sendiri dengan anak aku, jadi aku boleh masak lauk dalam peti ais yang suami beli, takdelah aku perlu rasa bersalah dengan belanja keluarga aku lagi. Boleh jimat di situ.
Keluarga aku pun tak pernah merungut aku tinggal dengan diorang, cuma aku sendiri yang rasa aku menyusahkan diorang. Sebab aku pernah terdengar ayah aku cakap dengan mak aku, kenapa tak belikan anak aku susu s1.
Suami isteri kerja, takkanlah duit tak cukup, aku pun makan kat rumah tak makan luar. Jadi aku rasa bersalah, takkanlah mak aku dah sediakan makanan aku tak nak makan pulak. Kan?
Aku nak duduk sendiri suami tak bagi, berdosa tak kalau aku tak dengar cakap suami dan duduk je sendiri? Aku dah buntu.
Aku banyak kali kalau buat kepala aku je, nanti ada pulak benda tak elok jadi. Macam ada tulah je kata kata suami aku tu. Aku dah bincang dengan dia tapi tak ada solusi dn dia tak pernah izinkan aku duduk sendiri sebab dia risau.
Korang jangan cadangkan suami aku pulak belanja keluarga aku, aku faham situasi kewangan dia dan aku taknak susahkan dia. Apa yang dia bagi untuk aku sekarang dah alhamdulillah cukup.
Aku belanja keluarga aku sebab aku rasa bersalah susahkan diorang, tolong aku sama sama jaga anak aku, tapi kadang kadang aku cut jugak cost belanja diorang tu.
Sewakan rumah kitorang yang kosong tu? Suami tak bagi, sebab itu rumah kitorang, barang barang penuh. Dan dia begitu positive yang dia akan dapat pindah. Tapi aku tak positive.
Jangan PJJ? Susah nak dapat kerja zaman sekarang, dan aku perlukan kerja aku. Gaji aku sekarang pun taklah teruk sangat. Cuma bayar kereta tu, dulu waktu bujang tak terasa.
Patut ke aku tinggal sendiri? Lawan cakap suami?
– Hana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit