Konflik dan Tekanan

Assalamualaikum para pembaca setia IIUM Confession. Harap harap confession aku ni di siarkan. Aku sangat buntu dan memerlukan pendapat…

Pertama kali maaf jika ayat berterabur tak pandai sangat nak karang dalam keadaan otak yang buntu ni

Perkenalkan, aku Laila (bukan nama sebenar) berumur 24 tahun sedang hamil anak sulung, in sya Allah bakal melahirkan april depan.. Yatim piatu, tinggal bersama mertua yang penyayang.

Apa yang bakal aku ceritakan ni adalah untuk meminta pendapat dan cadangan dari kakak² dan abang² senior dalam kehidupan rumahtangga..

Begini, aku dan suami berkenalan hampir setahun dan terus bernikah tanpa bertunang, memandang kan waktu tu adalah waktu pkp, jadi lebih jimat jika terus menikah.

Majlis berjalan dengan lancar, ditakdirkan aku disahkan aku hamil 5 minggu setelah sebulan menikah. Suami aku adalah orang yang paling bahagia.

Aku juga dikurniakan mertua yang baik dan aku tinggal bersama mereka kerana mereka telah uzur..

Sebelum berkahwin aku bekerja sebagai seorang reception di sebuah hotel budget, gaji dalam 1300 tolak kwsp semua..

Tapi memandangkan aku mengalami alahan yang sangat teruk, jadi suami dan ibu mertua aku menyuruh aku berhenti kerja..aku akur..

Konflik dan tekanan bermula, ketika di usia 6 bulan kehamilan aku, bila aku mendapati suami aku telah senyap² memajak gadaikan semua barang kemas aku untuk dilaburkan dalam permainan judi online yang dia main..

Aku sangat kecewa kerana aku tak sangka suami yang aku percaya sanggup menipu aku.

Hampir setiap malam aku menangis, sampai satu tahap aku taktahan aku luah segalanya kepada mak mentua aku..

Lebih terkejut bila mak mentua aku kata suami aku ada ambik dan telah memajak rantai emas nya.

Total keseluruhan anggaran dalam 7k untuk kesemua emas aku dan mak mentua aku yang suami aku dah pajak..

Dia dah berjanji untuk bayar dan ambik balik barang kemas tu. Tapi smpai sekarang tak nampak bayang lagi.

Aku sangat takut sebab salah satu nya adalah rantai pusaka arwah mak aku. Aku sangat sayang akan rantai tu. Itu saja satu² kenangan dengan arwah mak aku.

Suami aku pula kerja kampung biasa² kadang pergi kadang tak. Dia lebih suka keluar lepak sampai 2, 3 pagi baru balik. Sebab tu selalu tak pergi kerja akibat terlajak tidur..

Paling menyedihkan, duit i-sinar dia yang masuk 1k tiap2 bulan pun dia labur untuk permainan judi online dia.

Sesen pun tak bagi aku atau mak dia merasa duit i-sinar dia tu orang lain smua merasa duit i-sinar beli barang kemas dan sebagainya..

Tapi aku? Aku selalu bertanya kepada tuhan apa lah dosa aku yang lalu sehingga aku diuji mempunyai suami yang tak bertanggungjawab begini aku buntu ya Allah..

Barang kelengkapan menyambut kelahiran anakku semua nya mak mentua aku yang bagi duit.

Aku sampai naik segan dengan mak mentua aku. Ya la dia pun ada duit sebab anak anak dia yang lain selalu bagi dekat dia. Dan dia kongsikan dengan aku.

Nak harapkan laki aku? Hmm dia tak kisah pun keadaan aku mengandungkan anak dia ni. Yang dia tau dapat seronok dengan kawan².

Semalam baru pergi konvoi pula lepak smpai 3, 4 pagi macam orang bujang.. Apalah nasib aku sudahlah yatim piatu, dapat pula suami tidak bertanggungjawab.. Dimana lagi aku nak bergantung hidup?

Hidup aku agak bernasib baik sebab mak mentua aku sangat memahami mungkin sebab dia sendiri rasa kecewa dengan perilaku anak dia dekat aku..

Selama menikah, nafkah aku sebulan 50 sahaja suami aku bagi. Itupun kadang bagi kadang tidak.. Mak mentua aku pula yang macam suami aku dok tanya,

“Ada duit tak, nak beli apa apa tak, nah pakai duit mak dulu”. Aku tak boleh bayang kalau mak mentua aku tak ada nanti jika suami aku masih tak berubah..

Jujur katakan, aku rasa macam nak lari dari suami aku.. Aku dah berazam lepas habis pantang nanti aku nak kerja nak sara anak aku.

Tapi sebelum tu aku kena ikhtiar cari duit untuk tebus balik barang kemas aku. Sekurang-kurang nya bila dah tebus nanti aku boleh guna lagi bila berlaku kecemasan atau di saat sesak.

Tapi mana aku nak cari 7k untuk tebus barang kemas aku semua tu.. Allahu berat dada ni masa tengah taip ini.. Tarikh mati barang kemas aku tu sekitar bulan 5 & 6 nanti..

Aku takut tak sempat nanti barang kemas aku dan mak mentua aku lelap macam tu saja. Suami aku pun tak menunjukkan tanda² yang dia akan ambik balik barang kemas tu..

Aku nak cuba apply loan tapi memandangkan aku suri rumah agak susah nak apply apa apa loan melainakan hutang along tapi aku takut.

Ibarat aku keluar mulut singa masuk mulut harimau kalau aku hutang along. Silap² anak besar pun hutang tak habis lagi..

Jadi ada tak sesiapa pembaca yang tau di mana aku boleh dapatkan pinjaman yang banyak even aku hanya seorang suri rumah. Nak pinjam dekat adik beradik pun depa bukan senang sangat.

Nanti satu hal pula nak menjawab, baru kawin tak sampai setahun suami dah buat perangai. Ibarat macam membuka aib suami pula..

Akhir sekali, doakan urusan aku dipermudahkan untuk melahirkan anak sulung ku nanti. Bimbang juga sebab keadaan aku sangat tertekan di hujung2 kehamilan ni takut effect kepada anakku..

Segala cadangan boleh komen di confession saya ini. harap ada yang boleh membantu..

– Bakal ibu yang buntu, Laila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *