Takdir Cintaku

Nama aku Baby Ayah. Berusia 31 tahun. Sudah berkahwin, mempunyai dua orang cahaya mata.

Menulis sekadar ingin berkongsi cerita. Aku suka berkongsi perasaan, kongsi apa yang terlintas di fikiran aku. So aku rasa ini tempat yang sesuai untuk aku bercerita.

Ya. Aku ingin kongsi perjalanan cinta aku. Bermula dari bangku sekolah. Aku berkenalan dengan Ahmad. Mula kenal semasa aku di tingkatan 3. Aku bekerja di kedai ayahnya semasa cuti sekolah.

Long story short. Aku bercinta hingga aku menjejakkan kaki ke Universiti. Aku masih setia. Walaupon ibuku melarang aku teruskan hubungan dengan Ahmad. Aku terlalu sayang hingga aku jadi terlalu bodoh.

Sepanjang bercinta dengan Ahmad, aku banyak berhabis duit untuk dia. Aku mudah ditipu.

Adakah sebab aku memang lurus orangnya? Atau terlalu sayangkan dia?

Dia sakit, jatuh motor, dia kemalangan langgar orang, dia kena saman, dia takda duit belanja, takda duit nak makan, kebanyakkannya aku yang keluar duit untuk bantu dia.

Mana datang duit? Aku kan suka bekerja part time. Dari sekolah hingga masuk U, aku sangat berdikari untuk cari duit tepi.

Masuk tahun ke lapan aku bercinta dengan Ahmad, aku dapat satu kiriman wasap dari hp Ahmad. Satu gambar yang dikirim oleh “perempuan dia” sangat-sangat menyakitkan. Aku ngis sepuasnya. Lutut Aku menggigil.

Aku tak boleh melangkah. Gambar dia dengan sorang perempuan. Gambar yang sangat mengaibkan. Aku sedih. Aku tinggalkan U, pulang ke kampung. Sedangkan itu tahun akhir aku disana. Aku kecewa.

Sebelum pulang ke kampung aku berhenti di kawasan rumah sewa dia, bawa gambar dia.

Di Kawasan perumahan dia, aku tanya orang ramai kot ada yang kenal dan tahu rumahnya yang mana. Aku call kenalan aku, kawan baik Ahmad, dia yang bawa aku ke rumah sewa Ahmad.

Aku cuma tahu dia tinggal di mana, tapi tak pernah sekali pon aku jejak ke rumah sewa dia.

Kawan Ahmad hanya hantar aku ke lokasi rumah dia, dia minta aku cari sendiri. Sudah pasti dia nak cover line kawan baik dia juga kan.

Aku tanya pengawal keselamatan tempat tinggal dia, pengawal hanya bagi tau Ahmad memang tinggal di situ.

Tapi lama dah tak nampak dia. Aku macam orang gila. Makin aku gali tentang Ahmad makin banyak buruk yang aku jumpa. Selain dia kaki perempuan, dia juga tahi dadah.

Penagih tegar. Keluar masuk penjara, pusat pemulihan akhlak. Ermm… lapan tahun yang sia-sia. Dah takda apa yang bagusnya tentang Ahmad. Maka aku kuburkan kenangan kami. Stop.

Sifat tidak percaya lelaki buatkan aku jadi player. Ye.. bercinta dan tinggal. Beri harapan dan tinggal. Mujur aku tak di santau oleh ex aku. Haha. Zaman jahil aku. Kemudian aku kawan silih berganti.

Bertukar pasangan bagai menukar baju. Isnin jalan dengan orang lain, selasa dengan orang lain. Tiket sebagai “kawan”. Yes. Kawan tapi “sesuatu”. Kenal dan terus cuba kenal sifat lelaki. Setia atau player.

Sampailah usia aku 26 tahun. Aku persembahkan satu persatu calon aku kepada keluarga.

Aku suka Shah. Dia alim orangnya. Cuma dia tiada kerja tetap. Dia banyak ikut jemaah, merantau dari satu negara ke negara lain untuk belajar agama. Tapi dia di tolak mentah-mentah oleh mak ayah aku.

Kemudian Aku bawakan Muz bertemu keluarga, juga ditolak mentah. Alasan tiada kerja tetap. Aku bawakan Ann bertemu keluarga, sama. Ditolak juga. Walaupon dia ada kerja tetap. Huhu.

Aku bawakan Raiss, hanya ibu yang suka ayahku tidak. Perasaan aku pada Raiss sama seperti perasaan aku pada Ahmad. Dia mampu buat dada aku berdegup kencang.

Yes aku suka dan sayang Raiss tapi hari demi hari aku nampak dia terlalu ego. Susah minta maaf. Susah mengalah. Kalau berselisih faham, banyak aku yang mengalah.

Ye.. aku mudah jadi bodoh bila jatuh cinta. Cuma kali ni, Raiss yang banyak berhabis duit dengan aku. Kewangan dia agak kukuh.

Alasan ayah menolak dia, “ego”. Ya. Ayah sayang aku. Aku anak perempuan yang paling rapat dengan ayah. Jadi aku memilih untuk dengar cakap ayah. Pilih pilihan ayah.

Jadi, siapa jodoh aku? Orang yang aku kenal di alam maya. Aku temukan dia dengan keluarga, ayahku suka, ibuku antara yes and no. Di sebabkan ayah suka. Maka berkahwin la aku dengan suami sekarang.

Tipu lah kalau aku tak kecewa. Aku ada pilihan sendiri. Tapi aku istikarah. Minta Allah permudahkan jalan. Andai benar dia yang terbaik buat aku permudahkan lah segalanya.

Aku selalu ingatkan diri aku “yang aku suka belum tentu terbaik buat aku, tapi apa yang Allah sedia sudah pasti yang terbaik buat aku”. Suami ku baik orangnya. Dia tahu aku ada hati pada Raiss, dia cuma berpesan.

Selepas sah aku jadi isterinya, aku wajib lupakan semua lelaki yang pernah berteman dengan aku. Dia bagi aku masa bertenang. Sepanjang 2 bulan pertunangan kami, dia beri aku ruang berfikir. Dia sangat baik.

Dia yang menitik beratkan soal solat 5 waktu. Yang jarang-jarang aku buat. Allah sangat mudahkan urusan kami. Yes. Sekarang aku bercinta dengan suamiku. Bercinta selepas bernikah.

Moga cinta ini kekal abadi. Biarlah mati yang memisahkan kami. Moga ia asbab lahirnya anak-anak yang soleh solehah. Moga cinta till jannah. Aamiin. I love u husband.

– Baby Ayah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *