Korang mesti pernah dengar social awkward kan? Social inept ni lebih kurang macam social awkward tapi melalui pembacaan saya, social inept ni lebih lagi dari sekadar social awkward.
Orang yang mengalami social inept ni mudah kata macam tak boleh atau tak tahu macam mana nak berfungsi secara normal ketika bersosial. (Kalau pemahaman saya ni salah, mintak sesiapa yang pakar tolong betulkan, terimakasih)
Bila jumpa orang or bersosial, kita jadi macam, tak tahu macam mana nak cakap, macam mana nak react, macam mana itu dan ini.
Pernah tak korang mengalami situasi bila korang masuk sesuatu majlis keramaian, korang jadi sangat nervous, dan otak korang start berfikir like:
“Kalau jumpa orang sekian sekian nak kena salam ke tak eh?”(especially musim covid ni)
“Nak cakap apa ye bila jumpa?”
“Kena tanya khabar ke? Macam mana nak tanya tanpa awkward”
“Nak kena tanya setiap orang yang kita salam ke?”
“Nak kena buat apa lepasni? duduk ke? “
“Kalau duduk sebelah makcik ni, nanti nak sembang apa ye? Hmm ke nak diam je”
Or kalau dengan jiran atau jumpa orang yang dikenali dekat public,
“Macam mana nak tegur jiran ye, nak senyum je ke, or tanya tengah buat apa, tapi nampak macam menyibuk, ke buat2 tak nampk?”
“Orang ni ingat ke saya? Ntah2 tegur nanti dia tak kenal, malu lah”
Saya selalu sangat rasa macam tu, sampai saya rasa saya ni robot ke. Sebab saya macam tak tahu nak buat apa, nak greet macam mana, macam mana nak bawak bersembang, macam mana nak react.
Tak tahu nak duduk ke nak berdiri ke, nak stay satu tempat ke, nak pegi ruang lain ke.
Saya berharap saya sentiasa sibuk atau ada task kena buat, supaya saya rasa saya berfungsi walaupun tak bercakap. Setiap kali saya kena join majlis keramaian, saya jadi stress sangat.
Saya BUKAN TAK SUKA manusia dan saya BUKAN sombong. Saya cuma tidak tahu bersosial secara normal. Kadang kadang saya berharap orang lain akan tegur saya dulu or tanya soalan apa apa.
Even saya mungkin tak mampu nak jawab panjang-panjang tapi please, saya sebenarnya suka untuk sambung conversation. Ia buat saya rasa saya wujud dalam ruang tu. Maka tanyalah saya apa apa soalan.
Oh ya, sebelum tu. Saya ni perempuan, anak sulung dari 3 beradik. The only perempuan. Saya baru berkahwin berkawin tak sampai setahun lagi. Faham-faham lah, kalau berkahwin ni, maksudnya kita akan “berkahwin” sekali dengan family dia.
Saya sedikit culture shock bila masuk dalam family besar pasangan sebab mereka sangat sukakan majlis keramaian sesama kerabat.
Awal-awal perkahwinan, saya kerap sangat-sangat menangis disebabkan saya tidak pandai bersosial. Selalu diam je. Dan orang pun tak berapa menegur saya yang membuatkan saya selalu rasa saya invisible dalam ruang tu.
Even suami saya pun tak faham kenapa saya asyik nangis/ moody je setiap kali lepas balik suatu majlis keramaian keluarga dia.
Dia fikir saya tak suka kawin dengan dia kot. Tak, bukan pasal dia, bukan pasal family dia, tapi saya sedih dengan diri sendiri.
Kadang2 sebelum pergi, saya macam dah ready dalam otak untuk hadapi situasi sekian sekian like ‘kalau jumpa orang ni, kena buat ni, kalau jumpa orang ni kena buat tu, kena cakap ni kena jawab tu,’ etc.
Tapi bila sampai ke situasi sebenar dan ia tak seperti apa yang saya bayangkan, saya terus jadi macam robot yang jammed. Benda tu selalu menimbulkan tekanan dalam diri saya. Walaupun orang lain takde lah sindir apa depan depan saya.
Tapi saya sendiri yang letak expectation dekat diri saya yang saya kena jadi menantu yang pandai ambik hati, pandai menyembang, pandai menegur. Saya berharap sangat saya boleh act macam orang normal.
Saya tak tahu kenapa saya tak boleh. setiap kali saya cuba memaksa diri, ia akan jadi sangat awkward dan conversation akan jadi sangat tak smooth. Keep on kena buat script dalam kepala apa nak cakap lepasni. Lepastu saya stress and moody sendiri.
Ada tak sesiapa yang faham apa yang saya rasa ni? T. T
Saya banyak membaca macam mana cara nak berinteraksi/ bersosial dengan orang. Tapi bila real life, saya tak boleh nak apply naturally. Kebanyakkan masa saya hanya diam, senyum dan banyak mendengar je.
Saya hanya bercakap bila sesuatu topik tu saya tahu. Saya tak pandai nak menyampuk, menambah rencah bila bersembang, tak pandai nak carry suatu conversation.
Tambah tambah lagi dengan orang tua. Saya jadi macam tak best bila suami nak ajak pergi rumah kerabat keluarga dia.
Again, bukan saya benci individual dalam family tu. Family pasangan saya memang baik-baik semuanya, tapi mungkin mereka pun culture shock sebab tak pernah terima menantu asyik diam je kot, so mereka pun tak banyak bercakap dengan saya.
Saya rasa mereka pun mungkin takut nak bercakap dengan saya. So most of the time saya hanya me’nunggul’kan diri.
Perkara ni bukan lah perkara yang kecik bagi saya. Sebab saya keep on mencari kenapa saya macam ni. Kat mana silapnya. Dari mana punca saya jadi macam ni. Adakah sebab saya kurang self-esteem?
Tapi kenapa saya boleh kurang self-esteem? Adakah ibu ayah saya tak ajar cara nak bersosial? Padahal masa kecik selalu ikut ibu pergi majlis keramaian, rumah sedara mara.
Dan ibu sendiri tunjuk contoh yang baik semasa bersosial dan ramai orang sangat senang dengan ibu.
Tak kisah lah kerabat sendiri, jiran tetangga mahupun orang luar. Tapi walaupun saya nampak semua cara dan gaya ibu saya, kenapa tidak sedikit pun saya dapat pick up social skill tu?
Ada satu masa, after satu majlis keramaian yang saya sertai baru baru ni, saya menangis sepuas hati lepas solat maghrib (ni takde siapa tahu walaupun suami, masa tu dia kat luar kawasan), saya menangis mengenangkan betapa tak normalnya saya.
Kenapa saya tak mampu jadi macam orang lain. Saya rasa teruk sangat. Tak berguna. Tak boleh pergi jauh dalam hubungan social mahupun pekerjaan. Sampai tahap macam tu weh.
Saya memang macam ni sejak azali. Saya masih ingat betapa pemalunya saya dahulu yang saya kalau saya nak pergi tandas masa cikgu mengajar pun saya malu nak cakap. Sanggup tahan sampai habis kelas.
Pernah suatu hari masa saya darjah 3, kelas matematik. Saya still ingat vividly. Saya rasa nak pergi tandas, tapi saya just cakap kat kawan sebelah saya. Tetibe kawan saya jerit, “Cikgu, F__ nak pergi tandas”.
Tak pasal pasal saya kena marah dengan cikgu, “awak nak pegi tandas takde mulut ke nak cakap sendiri” sedih gila saya rasa sampai sekarang bila teringat. Saya takde lah over malu sangat sekarang, saya cuba paksakan diri untuk lebih berani.
Tapi itulah, social inept saya masih sangat sangat tebal.
Saya bukan sahaja tak pandai bersosial dengan family mertua, tapi dengan saudara mara sendiri, dengan jiran tetangga, dengan rakan sekerja, apatah lagi orang luar. Saya boleh buat kerja, saya cuma tak pandai bercakap. saya tak pandai bersembang kosong.
Saya tak pandai menunjukkan emosi. Tak pandai mengampu memuji. Dan kekurangan itu buatkan saya tidak mampu blend in dengan sosial in real life.
Kadang kadang terdetik kan bagus kalau saya bisu, mesti takde orang buat persepsi negatif kenapa saya senyap je dan orang pun takkan terasa hati kalau saya tak tegur. Nauzubillah lah tapi.
Saya meluah kat sini bukan nak mintak tips macam mana nak bersosial, sebab saya boleh cari merata rata melalui internet tips tersebut. Tapi saya nak tahu, salah ke keadaan saya begini?
Saya tertanya if korang pernah ada dalam situasi yang sama. Atau adakah saya sebenarnya ada disorder yang lebih teruk?
Again, saya tak benci manusia. Saya bukan tak suka bersosial. Saya Cuma tak pandai. Maafkan saya kalau ada hati yang terasa, yang menganggap saya sombong dan lain2. betapa saya sendiri kecewa dengan diri saya.
Tegurlah saya, ajak lah saya beraktiviti, mula mula mungkin saya akan awkward tapi kemudian saya akan slowly selesa. Maaf, saya bukan tak cuba. Ia susah. Seringkali ia menganggu mental saya sehingga saya tertekan.
Kalau korang rasa korang ada kenalan yang jugak menunjukkan kelakuan yang sama or lebih kurang macam saya, korang bantulah dia. Ajak lah dia sembang, tanya lah pasal diri dia. Sumpah, it feels like hell bila rasa insivible tapi tak mampu nak bantu diri sendiri.
– F—- (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit
Saya lelaki Dan alami masalah yg sama lagi awkward bila lelaki yg jadi cmtu😞
Selama ni ingatkan saya sorang ja macam ni. Orang kata ada emas dalam mulut.