Kisah Ibu & Berjimat Cermat

Hai saya ibu kepada tiga orang cahaya mata. Alhamdulillah Allah kurniakan anak-anak yang sangat baik.

Ibu ingin kongsikan di sini bagaimana ibu struggle untuk sara hidup kami satu ketika dulu.

Until now pun kadang sempit juga, kalau kereta buat hal ke, tapi alhamdulillah makan anak-anak cukup. Bersyukur sangat-sangat.

Ibu terbaca share seseorang yang minta bantuan sebab anak ramai masih kecil tak cukup pampers & susu.

Ibu pernah lalui itu. Anak ibu tiga-tiga kecil masa tu. Masih memerlukan pampers & susu. Ibu seringkali menangis kerana kasihankan anak-anak ibu.

Sebolehnya tak nak keluarga sendiri tahu betapa susahnya kami masa tu. Gaji suami hanya RM1700.

Nak bayar sewa, susu anak,pampers, makan minum, minyak kereta, bil api air. Last-last tak de apa yang tinggal.

Suami berhenti merokok sebab tau ekonomi keluarga tak mampu. Dia makan apa saja yang ibu hidangkan. Memang suami jenis tak memilih makan.

Tapi mak Ibu dapat rasa kami tak cukup serba serbi. Mak pernah nak datang rumah tapi Ibu tak bagi. Ibu rasa sedih sangat sebab rumah Ibu tak de apa2. Lagipun malu kat mak.

Apa yang Ibu buat untuk jimatkan pampers, ibu pakai cloth diapers. Memang tak tahan nak basuh. Tapi Ibu takde pilihan.

Malam baru ibu pakaikan pampers. Susu baby pun Ibu catu. Masa tu Ibu sakit, susu drop.

Ibu terpaksa berhenti breastfeed baby. Menangis suami tengok baby menyusu pun catu. Pernah dalam bank dia ada RM20 dia pergi kedai beli susu pek paling kecik.

Bila baby dah boleh makan, Ibu banyakkan makanan dari minum susu. Alhamdulillah baby tak meragam sangat. Tv kami masa tu tv secondhand. Beli RM200 je.

Anak-anak masa baby pun banyak pakai baju secondhand. Rezeki anak-anak pemberi baju semua bagi baju cantik-cantik.

Satu lagi pentingnya ada tabungan. Mak ayah Ibu rajin menabung berbanding keluarga suami takde saving.

Mak Ibu call kalau nak guna duit dalam tabung Haji tu guna saja la. Memang mak ada bagi sebelum nikah. Alhamdulillah kami guna tu untuk teruskan hidup kami.

Sekarang Ibu pula ajar anak-anak supaya tak membazir. Kawan ada kita takde, tak payah kisah. Benda tak perlu. Biarlah orang nampak Ibu kedekut tapi Ibu tak nak membazir.

Doakan anak-anak ibu berjaya dalam pelajaran & menjadi anak yang rajin. Doakan Ibu sihat & dimurahkan rezeki ye.

Ibu ada buat bisnes kecil-kecilan yang alhamdulillah semakin maju berkat dorongan suami. Suami banyak bagi nasihat mcmana nak majukan diri & bisnes. Suami juga telah naik gaji & pangkat.

Doakan kami terus maju. Ibu doakan mak2 yang struggle dalam life kena yakin ada rezeki kita semua. Bukan meminta-minta sahaja ye. Banyak cara boleh buat untuk upgrade keluarga & kehidupan.

Terima kasih sudi baca coretan hidup Ibu.

– Puan Ibu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *