Apa Maksud Nafkah Zahir & Batin Daripada Suami?

Assalammualaikum. Tak taulah kalau artikel ni akan disiarkan atau tak. Tapi aku dalam keadaan tak tertahan nak menangis, nak mengadu tak tahu pada siapa.

Nak luahkan rasa kecewa dalam hati ni yang selama ni aku cuba abaikan dan tukarkan jadi fikiran yang positif.

Aku dah berkahwin masuk 7 tahun dan memang perkahwinan kami bahagia.

Aku akui ada banyak kekurangan dalam perkahwinan kami, kami belum berpeluang ada rumah sendiri, kereta pun belum habis bayar.

Hidup kami syukur alhamdulillah, memang Allah kurniakan rezeki yang tak berhenti. Sentiasa datang daripada pelbagai sudut.

Terutamanya rezeki untuk anak-anak kami. Sentiasa ada rezeki untuk mereka. Tak pernah putus. Aku masih bekerja dan aku berniaga online. Jual macam-macam dan buat pelbagai perniagaan.

Aku juga tolong suami aku berniaga online. Boleh bayangkan tak macam mana sibuknya aku siang dan malam?

Attend kelas online waktu malam, siang kerja, nak layan customer, nak manage pages fb, ig, telegram lagi,

Balik rumah memang dah kena siapkan masak2 untuk family, lepas tu kena siapkan barang2 anak skolah etc.. tak masuk lagi segala urusan dan persiapan kerja aku sendiri setiap hari.

Suami aku tak bekerja. Sejak kami kahwin dia kerja tak menentu. Income yang tak menentu setiap bulan. Tak ada gaji tetap. Baru nak merasa gaji tetap, tapi diberhentikan dek covid19.

Sejujurnya aku penat sangat. Bukan penat apa, penat menampung keluarga dan memikirkan segala hal untuk memastikan kami cukup makan pakai, isi minyak, dan segala expenses kehidupan harian.

Aku memang syukur dengan Suami aku ni orang yang sangat penyayang dan rajin. Aku memang sangat respect dengan dia.

Cuma bab kewangan tu… dengan komitmen nak hantar anak2 sekolah, sewa rumah dan lain-lain… Allah saja tahu aku bertungkus lumus macam mana.

Aku dah niat dan redha dalam hati, aku redhakan smua apa jua rezeki dan mata pencarian aku, aku taknak berkira dengan suami aku.. sebab aku tau semuanya pemberian dari DIA.

aku lebih bersyukur sebab Allah kurniakan aku suami yang rajin dan tak berkira jagakan anak, jaga urusan rumah untuk kami sekeluarga.

Cuma satu je… kami banyak kali bertengkar sebab aku kepenatan yang amat sangat setiap kali dia nak ajak bersama.

Walaupun sebenarnya kebanyakan kali aku akan turuntukan walaupun dalam keadaan badan yang tak larat, kepenatan atau sengaja aku paksa.

Dah lama kami tak bertengkar tentang ni.. sebab Alhamdulillah kami happy saja dengan kehidupan walaupun banyak serba kekurangan tapi Allah gantikan dengan rezeki dari sudut lain.

Cuma lately dalam sejak 3 minggu yang lepas dia setiap malam takkan tidur dengan aku sebilik. Sentiasa bagi alasan untuk tidur dengan anak2.

Walaupun hari yang aku balik awal / lepas balik kerja tunggu dia, bersiap dan wangi2 pun, dia balik dan tidur dengan anak. Sebenarnya dalam 3 minggu ni dia sibuk almost setiap malam keluar jumpa kawan, bincang bisnes / kerja wallahualam.

Balik pukul 1,2 /3 pagi.. buat pengetahuan korang dia memang daripada kami mula kawan / kahwin pun memang macam ni.. macam dah jadi biasa juga, tapi selalunya kalau aku pesan / mintak dia jangan balik lewat dia turutkan saje..

Lepas tu dalam seminggu biasanya aku memang ada hari2 yang aku extra penat kalau aku kena kerja luar tak masuk ofis / atau perlu berjalan sana sini.

Aku pernah cadang banyak kali juga untuk set jadual saja untuk kaki bersama.. Contoh macam sabtu malam / khamis / jumaat malam.. hari yang masing-masing relaks sikit sama2.

Tapi setiap tak tu ada2 saja aktiviti lain dia.. tetiba dia keluar malam and balik lambat.. bila dah balik lambat, kalau bukan aku yang penat.. dia sendiri pun penat tak larat..

Dan nak jadikan cerita satu malam tu aku dalam kepenatan tengah tidur mati… dikejutkan waktu malam.. dia nak bersama lagi… aku tak sempat apa lagi.. baru nak berkalih, sebab tidur yang kena kacau, tiba-tiba dia mengamuk…

Aku sangat penat dan aku tak larat nak pujuk.. dia merajuk dan tidur dengan anak2.. Sampai lah ke hari ni dia dingin dengan aku.. Tak manja macam biasa… dan hari2 sentiasa cari sebab kecil2 remeh temeh yang selama ni dia ok saja bertolak ansur..

Semua jadi sebab nak dimarah.. Bila aku tanya dan cakap sebab nak bersama.. Dia deny.. Dan dia kata benda yang tak patut memang dia kena tegur..

Sekarang ni aku nak tanya… kalau lelaki tak dapat jalanakan tanggungjawab nafkah zahir, lepastu menangkan ego dan tak nak bagi pula nafkah batin… semua terletak kat bahu perempuan ke?

Kat mana pula ya letak tanggungjawab seorang perempuan? Kita perlu tinggalkan ke bab kerja / bisnes dan layan dia je.. Betul ke??

Habis benda tu semua dia tak boleh provide tapi dia nak kita provide everything, jadi isteri solehah perfect angel untuk dia..

Kalau aku berhenti kerja, dia pergi kerja… tapi tanggungjawab nafkah batin untuk aku ditunaikan, dan tanggungjawab aku sebagai isteri pun aku tunaikan..

So tak payah kan aku penat2 buat segala2 susah payah kerja penat2 bagai, lepas tu apa aku buat dia tak hargai.. Tak boleh nak memahami.. Dan yang dia tau waktu dia nak, dia nak.. Gitu ke?

Aku ke yang selfish… atau dia yang pentingkan diri sendiri? Bukan aku tak minta maaf, pujuk, dan cari masa untuk bersama.. Tapi semua dipandang sepi..

Aku siap belikan makanan dia suka, belikan segala apa lah.. Untuk lembuntukan hati dia.. Tapi dia masih nak lancar perang dingin.

Seriously aku buntu yang teramat sangat. Aku dah hadiahkan al-fatihah, doa pada allah lembutkan hati dia.. Aku buat macam2 solat hajat daripda dulu lagi.. Sentiasa pujuk hati aku memahami bahagian yang dia tak boleh bagi / kekurangan..

Jadi aku sangat sedih.. Kenapa dia tak boleh nak negotiate apa jua kekurangan aku… sedangkan aku dah buat sehabis baik untuk perkahwinan kami dan kebahagiaan kami dan anak2…

Sedih lah wehh…

Yang terguris hati,

Dan sedang menangis.

– Sha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *