Kenapa Suka Susahkan Anak Perempuan?

Saya ada soalan nak tanya kepada Mak bapak terutamanya yang berbangsa melayu, kenapa korang menyusahkan anak perempuan tetapi merajakan anak lelaki?

Tolong jawab boleh? Aku nak sangat tahu. Sebab perangai korang tu sangat menyusahkan anak perempuan.

Kenapa? Apa salah anak perempuan? Apa hinanya anak perempuan? Apa bangsatnya anak perempuan ni?

Dengan anak lelaki habis semua anda julang biarpun anak lelaki tu cari awak bila mereka tak berduit.

Kalau nak pakai alasan alahh nanti anak lelaki tu lah yang jaga Mak bapak, anak lelaki tu lah yang berkerja kuat, anak lelaki tu lah itu ini, hahaha macam TAK je?? Aku tengok macam aku je yang banyak bekerja?????

Hai. Saya Ariana. 29 tahun. Belum berkahwin. Anak kedua. Dan anak tunggal perempuan dari 5 adik beradik lelaki.

Saya merupakan seorang admin di syarikat swasta. Saya ada ijazah dan mempunyai gaji hanyalah RM1430 selepas tolak kwsp.

Saya ada abang. Gaji Abang saya lebih besar dari saya. Saya juga ada adik yang mempunyai gaji yang lagi lebih besar dari saya.

Hubungan adik beradik baik, cuma saya kurang ngam dengan adik bongsu yang pemalas lagi suka main game tetapi suka minta macam macam. Namun, itu bukanlah masalah yang besar.

Apa yang menjadi kegusaran kepada saya ialah perangai ibu bapa yang suka lebihkan anak lelaki segalanya tetapi menyusahkan anak perempuan.

Ya. Saya menggunakan perkataan menyusahkan. Biarlah. Memang menyusahkan dan membebankan pun.

Perangai ibu saya membuatkan saya menjadi anak derhaka dengan mempunyai perasaan benci kepada dia. Sehingga pada satu tahap saya benci nak tengok muka dia.

Dengan Abang, dengan adik2, walaupun dia tidak berduit, sanggup dia bagi duit bagi segalanya jika adik dan Abang saya perlukan apa2. Cakap ja nak apa. Semua nya akan diusahakan dapat.

Setiap bulan, Abang akan bagi dia RM150. Ibu selalu cakap “eh tak pelah kalau tak da duit, ibu tak nak pun duit anak2 ibu” walaupun tangan tu ambik juga. Dengan adik2 lain juga begitu,

Tetapi bila dengan saya, saya bagi RM200 sebulan, ibu buat muka dan cakap, “ni je?” Allah, gaji aku cuma RM1430. Bagi Kat dia RM200. Bayar ptptn RM188. Bayar mesin Cuckoo Kat rumah dia tu RM75.

Rasa rasa gaji saya tinggal berapa? Saya pergi kerja pun bawak bekal. Tak makan kedai. Ni Kawan Kawan ajak pergi bercuti saya tak join sebab tengok location and hotel dorang nak stay tu mahal.

Lebihan gaji tu lah saya nak simpan. Nak bayar lain2 keperluan saya.

Pernah saya tak cukup duit nak bayar parking dalam rm3. Mintak dengan ibu pinjam dulu rm3. Dia buat muka dan baling rm5 Kat saya.

Kenapa ya wahai ibu ibu kaum melayu?? Mengapa? hina sangat ke anak perempuan minta pinjam rm3?

Cuba kalau dengan Abang dan adik2.

Kalau keluar bersama, eh setakat duit parking, duit makan, duit tol minyak, jangan lah bimbang, boleh jadi semua ibu belanja.

Setiap pagi jam 5pagi saya akan bangun masak, ibu mesti buat muka. Entahlah. Sebab makanan saya masak cuma yang simple, kadang sup sayur, kadang ikan goreng, kalau bau kuat sikit pun cuma sardin atau nasi goreng.

Cuba kalau Abang, pukul 10 malam kata lapar dan nak makan kari daging, ibu akan masuk dapur buat.

Harini ahad. Abang nak makan Mi kari, sesegera ibu ke pasar beli apa yang patut.

Adik saya, dah kahwin, isteri adik saya tak suka ibu saya. Dia block ibu saya. Ibu saya tetap masakkan lauk sedap untuk adik saya bawa balik kerumahnya sebab adik kata dia banyak masak sendiri sebab sejak mengandung ni isteri dia tak larat masak.

Saya bukanlah lapar dengan duit Mak bapak. Tidak. Bukan duit jadi isu. Tetapi perangai mereka buat saya benci dengan ibu bapa saya sendiri.

Dulu masa gaji saya RM2000, saya bagi ibu saya RM300 sebulan. Barang dapur around RM300 sebulan. Mesin tapisan air blondal saya bayar kan RM166 sebulan. Tapi tetap disisihkan, di anak tirikan.

Sejak pendemik, gaji distruktur balik, dan hanya mendapat RM1430 sebulan, lagi saya disisihkan. Pantang saya buat Salah, ibu halau saya. Lately ibu banyak cakap saya bukan anak dia. Saya ni tak berguna.

Saya sedih. Sebab saya mempunyai seorang ibu yang begitu.

Saya selalu berdoa. Kalau saya kahwin, boleh ke kalau saya nak dapat Suami yang baik dan ibu mertua serta ipar duai yang sangat positive dan baik. Sebab saya nak menumpang kasih ibu mertua saya.

Kalau saya ada anak perempuan, saya nak jadi seorang ibu yang baik dan tidak mahu abaikan anak perempuan saya.

Saya juga berharap, bakal Suami saya nanti bukanlah jenis pilih kasih juga. Anak itu amanah. Anak itu rezeki. Saya takkan sia siakan anak saya.

Kepada ibu,

Kenapa buat dan layan saya macam ni? Hina sangat ke saya dimata ibu. Tiap kali ibu marah, mesti ibu akan kata putus hubungan, ibu tak ada anak perempuan, ibu benci saya.

Dulu saya selalu berdoa untuk duduk bersama dengan ibu supaya saya boleh jaga ibu, tetapi bila jadi macam ni, saya rasa saya nak Tuhan tarik balik doa saya tu, dan bagi saya kerja jauh2.

Impian saya kalau suatu hari nanti kalau ibu sakit, saya nak mandikan ibu, nak bersihkan ibu. Tapi kan ibu, sekarang saya dah tak ada impian tu. Impian tu saya terpaksa buang sebab perangai ibu yang tidak menghargai anak perempuan.

Ibu lebih sayangkan anak lelaki. Saya doakan semoga jika ada sesuatu berlaku pada ibu nanti, ibu pergi lah ke rumah Abang dan adik ya. Jangan pergi kepada saya. Sebab saya taknak jaga ibu.

Tuhan, maafkan saya, berikan lah aku rezeki kerja jauh. Aku ingin mencari bahagia aku sendiri. Ampunkan aku ya Allah jika aku adalah anak derhaka. Janganlah Salah kan diri ku semata tetapi lihatlah mengapa aku jadi begitu.

Ya Allah. Teringin nya aku ke tanah suci mu. Aku ingin bertanya kepada Mu, dihadapan Kaabah Mu, apakah hina aku menjadi anak perempuan? Aku juga ada impian baru, nak mati di tanah suci.

Dan Dikuburkan di sana. Jauh dari keluarga. Biarlah mereka tidak melawat jenazahku asalkan aku dekat dengan tanah suci Mu.

Aku tahu, aku tak layak, aku tak banyak duit, belum berjaya seperti orang lain. Tak layak nya aku nak minta meninggal di Tanah suci Mu. Tapi kau Ibu ku Ya Allah, kau lah bapa ku. Aku tahu kasih sayang Mu lebih dari kasih sayang seorang ibu.

– Ariana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Sedih dengar cerita kamu..sebab saya pun pernah lalui lebih dari apa yg kamu lalui…sehingga mak meninggal pun diorg nk bahagian faraid saya ..termasuk bapak … hakikat nya saya lah org yg BYK berkorban pd diorg dari muda….cuma saya percaya semua ini pasti ada hikmahnya suatu hari nanti

  2. Memang sedih. Nasib kita agak serupa sebenarnya. Saya juga anak kedua dan anak tunggal perempuan dgn 3 adik beradik lelaki. Saya dapat tahu bahawa mak tidak suka pada saya sbg anak perempuannya seawal umur 5 tahun apabila terdengar perbualan mak yang merungut kepada nenek kerana menyesal telah melahirkan saya. Kononnya anak perempuan tak boleh diharap, tak boleh menyara keluarga dan tak boleh angkat keranda pangku mayatnya suatu hari nanti. Namun saya tidak patah semangat dan sejak itu, saya bertekad dalam diri untuk berusaha mengambil hati mak dgn belajar sampai menara gading, dapat kerja yg bagus, hampir kesemua duit gaji disalurkan utk membantu menyara keluarga dan adik beradik yg lain malah saya berkorban utk tidak berkahwin tapi semua tu sia-sia. Tiada siapa pun pernah menghargai malah makin benci mereka pada diri ini terutama sekali mak yg akan lebih marahkan saya sekiranya apa yg mereka hajati tidak dapat saya penuhi. Lebih menyedihkan apabila mak jatuh sakit teruk dan sayalah satu-satu anaknya yg menjaganya dan semua kos rawatan saya tanggung tanpa diambil peduli oleh anak-anak lelakinya yg lain natijahnya saya juga yg mak benci kerana tidak memahami kesibukan mereka yg langsung tidak balik ke rumah menziarahinya yg sedang sakit. Saya juga pernah terfikir utk pergi jauh² membawa diri ini tetapi Allah telah buka pintu hati untuk lebih tabah menghadapi segala ujian dan rintangan kerana saya telah tanam dalam hati apa sahaja yg saya lakukan dlm hidup ini hanyalah kerana Allah semata-mata dan bukan kerana sesama makhluk yg lain.

  3. Yang pergi sini membaca ni saya pasti mereka yg alami nasib yg sama jgk iaitu anak perempuan yg x dianggap Dan selalu di kasari serta diasingkan…saya jgk salah satunya…dimaki dibentak dimarah mak…pdhl kita la yg byk berkorban Dan bersusah payah n byk membantu ringankan beban tapi dia anggap kita ni nothing…byk Sgt benda yg dia buat sebab dari kecik kan…kalau skrg ni pun tetap kne maki2 tu kne tengking2…n baru je terjadi xlme aritu dia marah2 sye xbagi makan pdhl sye da sakit perut sye ada gastrik dia sruh sye letak balik makanan tu xbagi mkn…adik bongsu sye dgr dia kesian kt sye kut dia tegur mak sye asal xbagi sye makan plk, biar la dia mkn kata adik sye…semoga kita semua terus BERSABAR hadapi semua ni…menangis boleh tapi jgn lama kena trus bangkit, kentalkan mental Dan hati…dia akan dipertanggungjawabkan di depan Allah dia hari akhirat nnti segala apa yg dia buat dgn anak perempuan sendiri…

    • Entahlah kenapa mak2 sebegitu. Mulut meratib kata sayang anak sama rata. Tapi bila bab kasih sayang, sentuhan fizikal hanya anak-anak lelaki yang dapat. Bila saya cuba bermanja dengan ibu, terus ditepis tangan ni depan mereka. Malunya saya. Layanan yang agak berbeza dengan adik2 lelak. Saya ni puas jadi kakak dan anak yang jahat depan mata mereka. Bila bab duit, bagi hadiah, muka ni lah yang sentiasa ingat mereka. Tapi bila terkena sendiri, oh takde duit. Buat muka seolah annoyed sungguh. Sakit hati ini hanya Allah saja tahu. Saya faham perasaan anon tak mampu nak ikhlas jaga ibu macam ni. Daripada terus sakit hati, teringat kejadian kita bantu mereka dan buat dosa, lebih baik saya jauh. Baru sekarang kakak faham perasaan arwah abah bila kena layan macam ni. Takkanlah tak ada satu kebaikan di depan mata ibu. Maafkan kakak, abah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *