Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Nama aku Piah. Berumur lewat 20-an. Seorang surirumah dan berpersonaliti seorang yang periang.
Kisah yang ingin aku kongsikan ini mungkin tidak lah begitu menarik seperti kisah kisah lain. Tapi aku harap kalian semua sudi la baca ya. Hihihi.
Okay. Mari kita mulakan…
Kebiasaan orang suka bila hari lahir dah nak dekat kan? Bulan dan tarikh yang di nanti nanti kan setiap tahun. Rasa berbunga je setiap hari bila bulan kelahiran dah tiba.
Ya. Aku pun begitu. Tarikh aku di pertengahan bulan. Tapi baru 1hb, muka aku sudah berseri seri. Excited orang kata. Haha.
Tetapi sejak beberapa tahun ni. Aku sudah tak “excited” seperti tahun tahun yang lepas. Aku tak ingin di rai kan. Tapi aku layankan je semua yang meraikan hari lahir aku.
Perasaan yang datang bila semakin hampir dengan tarikh kelahiran aku tu, adalah perasaan takut dan tak mahu aku laluinya. Aku akan menangis beberapa hari dan sukar untuk tidur.
Orang di keliling aku tidak sedar pasal perkara ni. Termasuk lah suami dan anak anak aku.
Kan aku kata aku akan menangis. Ya. Aku menangis mengenangkan usia aku yang semakin meningkat dan apa yang berada di fikiran aku ialah kematian semakin dekat. Aku tak tahu kenapa aku boleh jadi macam ni.
Memang sesak perasaan bila masuk ke bulan kelahiran aku. Mungkin juga kerana aku trauma dengan peristiwa duka yang pernah berlaku berdekatan tarikh kelahiran ku. Peristiwa yang amat membuatkan rasa seperti tidak berguna.
Seperti mahu mati. Membuatkan aku menjadi takut untuk lalui tarikh tarikh itu. Dan aku akan menangis kerana teringatkannya. Peristiwa itu tak mahu aku kongsikan di sini. Melupakan itu tidak mungkin.
Maka aku mencari cara untuk membuang memori dengan sibukkan diri. Biarlah aku simpan sendiri. Bahkan keluargaku juga tidak tahu tentangnya.
Aku akan kerap bermimpi mati bila masuk ke bulan kelahiran aku. Dan bila aku tersedar, aku menangis. Aku termenung memikirkan aku belum bersedia untuk berada di alam sana. Bagaimana untuk aku laluinya.
Seksaan kubur. Aurat yang masih tidak cukup terjaga. Terbayang seksaan di alam kubur. Rambut ku di tarik tarik . Kulit ku di siat siat. Tubuhku di seksa. Ia amat menyesakkan dada.
Selalu terfikir bagaimana pengakhiran hidup aku. Aku jadi ngeri. Dan itu buatkan aku menangis selepas tarikh kelahiran aku. Kerana aku merasakan semakin bertambah umur, semakin dekat aku dengan kematian.
Adakah normal mempunyai perasaan sebegini? Atau adakah aku “tidak sihat” ?
Aku tak pernah kongsikan dengan orang di sekeliling aku tentang hal ini sebab aku tak tahu macam mana nak mulakan. Takut pula aku akan membuatkan mereka risau memikirkan aku.
Memandangkan aku boleh di anggap kesayangan keluarga dan keluarga mentua juga. Mungkin kerana sikapku yang bersahaja dan “happy-go-lucky”.
Maka di sini, aku mengharapkan pandangan dan nasihat yang berguna dan membina. Yelah, mungkin ada yang seperti aku. Bagaimana kalian menghadapinya.
Dan aku harap kalian semua doakan aku kuat menghadapi hari yang mendatang dan doakan dimudahkan segala urusan. Aku juga doakan semoga semua pembaca berada dalam redha Allah.
– Piah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit