Dilema Akak Felo

Assalamualaikum semua. Aku merupakan pelajar postgraduate di sebuah universiti awam di Malaysia.

Aku pelajar siswazah yang bakal kehabisan elaun dan geran penyelidikan aku, kerana aku sudah di semester akhir dan disebabkan oleh pendemik covid yang melanda dunia sekarang, kerja-kerja kajian aku banyak tertangguh sebelum ini.

Memikirkan untuk survive di negeri orang dengan elaun yang bakal tamat, aku memilih untuk menjadi felo pelajar di universiti aku belajar sekarang,

Untuk aku mula berjimat cermat dan bantu aku hidup dengan penyelidikan aku yang masih belum tamat dan panjang lagi perjalanannya.

Aku mula memohon untuk menjadi felo kolej dot.. dot.. dan aku dapat awatan tersebut.

Bak kata pepatah ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari, begitu jugalah kehidupan aku sebagai felo pelajar disini. Aku fikir dengan aku menjadi felo, boleh aku seimbangkan masa aku dengan pembelajaran dan pengurusan kolej.

Rupanya tidak seperti yang disangkakan. Keseluruhan masa aku sebenarnya telah diambil oleh kolej sepenuhnya, terutama bila kemasukan pelajar 6 kategori masuk.

Bertambahlah bebanan aku sebagai felo yang sepenuh masa difokuskan pada pelajar bukan pada pengajian aku lagi. Kalau dalam sehari tu boleh nampak 70% pada kolej, 15% aku cuba fokuskan pada penyelidikan aku dan 15% hanya pada diri aku sendiri.

Itupun 15% ‘me time’ aku, aku letakkan pada masa tidur, sebab aku rasa harian aku penat sangat. Penat fizikal dan mental.

Fizikal. Bila datang pelajar 6 kategori ini universiti membantu para pelajar supaya tidak ketinggalan dengan pengajian dengan membuka semula beberapa kuliah yang bersemuka terutama kuliah yang melibatkan latihan fizikal dan kemahiran.

Dalam pada masa yang sama pelajar akan ditempatkan di universiti. Universiti aku pula mensyaratkan pelajar tidak dibenarkan keluar atas apa-apa bentuk pun, kecuali dengan ehsan felo kolej tersebut.

Bila diberi kebenaran ‘ehsan’ jatuh beratnya pada felo. Dimana, felo itu perlu mengiring pelajar tersebut diatas urusan tersebut tanpa meninggalkannya diluar. Faham dengan terma tu?

Maksudnya disini felo tersebut terpaksa korbankan masa, duit minyak kenderaan, teman la pelajar tu sampai urusan dia selesai. Kat situ saja, hilang dah masa kami, felo sebagai pelajar.

Dah jadi macam pakcik, makcik grab yang diupah seharian pergi teman pelajar tapi tanpa bayaran. Kenapa universiti buat syarat macam ni.

Atas sebab banya faktor salah satunya supaya pelajar tak bebas keluar suka hati pergi jalan merata-rata last bawa covid masuk kolej sebarkan pada kawan-kawan,

Dengan peraturan ‘ehsan’ yang diberi pada felo ini, dapat la kekang pelajar dari tak berjalan merata tanpa hala tuju dan keluar atas urusan penting je.

Jadi disini fizikal memang penat nak bawa pelajar ke hulu ke hilir dengan urusan mereka.

Itu tak termasuk lagi aktiviti-aktiviti fizikal dalam kolej, angkut ini, urus itu, buat ini. Urusan pejabat kolej pun jatuh pada kami felo juga yang kena lakukan. Tak pasti felo universiti hampa macam mana. Itupun pelajar tetap tak faham.

Mental. Masalah ini datang dari pelajar yang tak faham ni lah. Dah masuk universiti pun masih b**** tak faham bahasa, masih nak berlawan cakap. Hai, geram betul dengan spesies ni.

Ini orang tua-tua cakap kalau tau besar menyusahkan, kecik-kecik picit hidung bagi mati buang. HAHA. Tidak la sanggup mak-mak buat macam tu kan melainkan mak-mak zaman sekarang, zalim.

Balik pada isu tadi mental dengan kerenah-kerenah pelajar. Masalahnya, kalau pelajar buat salah kami felo juga yang kena menjawab dengan yang atas. Kadang-kadang sakit hati hoi.

Kerja kami sebagai pelajar sendiri tak siap, terpaksa pula fokus dengan kedudukan kebajikan pelajar kolej terjaga atau tak.

Ok tak kisah la, sebab itu pilihan sendirikan nak jadi felo, tapi bila pelajar kita dah maklum, bagitau masih tak ikut peraturan, pertikaikan lagi.

Itu jadi geram. Last pelajar buat hal, yang mana apa yang dilarang itulah yang dibuat, apa yang dicakap itulah yang dipertikaikan. Sakit hati. Kadang-kadang nak saja fikir, pandai-pandai kau la hidup dik.

Aku dah try tolong, kau buat kau tanggung lah nanti. Tapi tu la disebabkan nila setitik habis susu sebelanga, yang suka komen sana sini tu orang lain, yang dapat akibatnya orang lain. Itulah kejadiannya.

Dalam situasi aku sekarang pula kadang-kadang aku fikir, nak saja aku letak jawatan. Tak nak sudah aku jadi felo. Padan muka kau dik yang suka argue sangat tu. biar tak ada orang tolong kau bila susah dalam kolej #Ayatkejamdarihaku.

Pertama dah la pertolongan kita tak dihargai, letih kita dapat, maki pun kita dapat. Kedua bila fikirkan demi berjimat sebenarnya lagi banyak masa aku terbuang, bukan terbuang dengan apa.

Tapi aku tak dapat fokuskan dengan pengajian aku sendiri, hari-hari habiskan masa dengan kolej balik penat terus tidur dah tak tengok kerja, journal, paper, manuskrip semua.

Last-last aku rasa matlamat sebenar aku pun terkapai-kapai. Ketiga, jimat dapat berjimat ke, ya dapat tapi dalam masa yang sama aku tambahkan stress aku dalam penjimatan wang ringgit tu. Mana satu yang aku pilih.

Aku teringin juga la nak tau cerita felo-felo kolej dan universiti lain, macam mana mereka handle pelajar time pendemik covid ni. Jujur aku cakap pelajar-pelajar aku sangat banyak cekadaknya, tapi masih juga ada la pelajar yang memahami.

Kalau boleh aku nak tips pengurusan dari best-best felo disini untuk bagi tips pengurusan masa sebagai felo dan pelajar, tips dan handle pelajar-pelajar kadang-kadang kurang adab ni. Aku setakat ni dapat pelajar kurang adab terus aku tak layan tu saja cara aku.

Untuk pengetahuan juga sekarang aku di fasa-fasa akhir pengajian phd aku dalam bidang sains dan penyelidikan. Tapi aku lagi stress jadi felo berbanding dengan kajian aku tau, lain dari yang lain.

Sampai adik aku pun ketawakan aku sebab hal ni. Dia cakap tengok aku dengan kajian aku, aku boleh buat relax, tapi bila tengok aku dengan urusan kolej, balik saja buat muka stress.

Akhir kata aku disini, dah baca tu jangan lupa bagi tips. Sekian dari aku. Kalau tak faham ayat aku harap maaflah. Kecelaruan minda tengah berlaku sekarang.

– Akak Felo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *