Surirumah Buntu

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana siarkan confession ni.

Aku Aza (bukan nama sebenar). Seorang suri rumah. Mempunyai 6 orang anak. Duduk di utara. Aku sekarang dah berumur 38.

Aku dah jadi suri rumah dah 8 tahun termasuk tahun ni. Aku yang nak jadi suri rumah. Sebab aku nak jaga anak sendiri.

Pengalaman aku hantar anak dekat taska ada yang tak best. So bila anak aku no 4 lahir, aku terus decide berhenti kerja dan jaga anak sampai 6 orang.

Dah masuk tahun ke 8 ni aku baru sedar aku tak banyak duit simpanan untuk masa tua. Aku jadi takut. Tak der persediaan menghadapi hari tua.

Suami aku kerja sendiri. Kerja yang ada komisyen. Pendapatan beliau cukup cukup untuk perbelanjaan rumah, kereta, duit dapur, bayar hutang, duit takaful, etc, duit sekolah yuran semua.

Suami aku jarang hulur duit dekat aku sebab duit cukup cukup untuk perbelanjaan family.

Suami aku pernah share sekali gaji dia. Gaji dalam RM6000. So 8 orang jumlah ahli keluarga, mmemang cukup cukup. Satu lagi suami aku ada hutang banyak.

Aku ada buat bisnes online. Income sebulan dalam RM1000. Tapi aku tak dapat simpan banyak sebab aku pun ada komitmen.

Bayar hutang, bagi duit dekat mak aku, duit hibah. Aku dapat simpan dalam RM100 je. Tu pun kalau ada emergency aku akan pakai.

Aku sekarang jadi tak tenang atahu tak sedap hati sebab aku dah 38 tahun tapi aku tak der apa apa.

Dan lagi aku rasa aku tak cukup berbakti pada mak aku. Ayah aku lama dah meninggal. Aku kesian dekat mak aku sebab mak aku belum pergi umrah dan haji. Adik beradik aku pun bukan orang senang.

Sebulan aku mampu bagi RM200 je. Bagi aku sikit sangat. Padahal dulu, mak aku banyak bekorban untuk aku. Aku sedih sebab tak berbakti untuk mak aku.

So, aku ada plan.

Anak aku yang last, tahun depan dah 2 tahun. Aku plan tahun depan aku nak kerja.

Tapi bila kira duit taska transit, van sekolah semua dalam RM1500. So aku kena cari kerja yang gaji RM3000 ke atas dan still buat bisnes online.

Tapi mudah ke nak cari kerja sekarang?

Dulu aku ok jadi suri rumah. Dah masuk 40 an ni aku rasa penat dan stress sangat. Suami aku pulak jenis balik lewat malam. Dari pagi ke malam, aku handle anak sorang sorang. Aku penat.

Tapi aku faham, suami aku pun penat cari rezeki. So aku tak nak merungut.

Kerja rumah suami aku tak pandai sangat. Pernah juga dia tolong basuhkan pinggan lepas dia balik, incase aku tak sempat. Yang lain semua aku dan anak anak buat.

Kalau aku ada duit, time aku penat, boleh la aku pi dobi, panggil daily maid hujung minggu, beli makanan dekat luar.

Tapi aku tak banyak duit. Semua benda aku buat sendiri. Dah umur macam ni penat sangat.

Satu lagi dah masuk umur 38 ni jujur aku stress sebab aku tak der income stabil. Tak saving. Tak der KWSP.

Ye kita sebagai perempuan kena fikir masa depan kita. Suami kita bukan milik kita selamanya. Takdir mendatang kita tak tahu. Aku selalu baca influencer dekat FB cakap perempuan kena ada harta, ada saving.

Aku tak nak merempat masa tua. Aku tak nak dibuli masa tua sebab tak der duit. Aku pun tak nampak yang suami aku akan bagi duit dekat aku masa hadapan.

Dulu aku pernah tanya dia, tapi jawapan dia memang tak best.

So nak cakapnya, aku tak boleh bergantung harap dekat suami aku. Aku kena usaha sendiri.

Aku dah tengok banyak. Perempuan yang tak der duit masa tua, akan dibuli dan dikulikan. Aku tak nak benda tu berlaku dekat aku.

Realiti dunia sekarang semua benda nak pakai duit.

Suami aku memang tak bagi aku kerja. Tapi masalahnya dia tak bagi aku duit. Dia hanya bagi aku biz. Tapi tahu saja la, aku handle 6 orang anak sambil biz. Fokus aku tak 100 %.

Hari tu aku mengamuk juga. Aku cakap aku nak kerja. Sebab mak aku nak pakai duit, aku tak dapat bantu. Aku sedih. Hati aku aku pedih. Aku rasa aku anak tak guna. Aku ni harapan mak aku.

Suami aku cakap, kalau nak kerja sangat, pergi saja la.

Tapi aku tahu sah sah duit taska, transit sekolah semua aku kena tanggung.

Sekarang aku buntu. Tapi yang pasti tahun depan aku nak kerja.

Mohon bantu aku. Bagi aku cadangan. Perlu ke aku kerja. Atahu aku fokus buat biz dari rumah, tapi hantar anak half day ke taska.

Apa apa saja cadangan aku akan terima.

Jangan kecam aku. Bantu aku. Aku nak berbakti pada mak aku sebelum mak aku atahu aku pergi dulu. Dan aku juga nak ada aset untuk masa depan.

Aku dah sediakan duit hibah untuk mak aku jika aku pergi dulu. Apa nasihat korang untuk aku suri rumah ni yang dah nak masuk 40 tapi saving pun tak banyak.

– Aza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *