Tidak Mahu Jadi Jahat III

Untuk part I, (https://iiumc.com/tak-mahu-jadi-jahat/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/tak-mahu-jadi-jahat-ii/).

Assalamualaikum semua. Saya merayu sangat-sangat jasa baik admin dapat siarkan confession saya yang terakhir ini.

Terasa bodoh juga sebab berkali-kali buat confession, tapi kali ketiga ini saya menulis disini bukanlah nak menyambung masalah saya sebelum ni.

Saya sedar apa yang berlaku dan apa yang saya tulis boleh sebabkan macam-macam pandangan orang. Jadi saya tak mahu melanjutkan kisah saya.

Cukuplah selepas ini biar Allah sahaja yang tahu dan harap Allah dapat tunjukkan saya jalan yang betul untuk saya ikut.

Kali ini saya nak minta maaf kepada pihak yang telah saya buatnya terasa hati dengan saya tanpa saya sedari. Terutamanya Nor Ana.

Saya tak tahu nak hubungi macam mana awak. Pertama, malu. Kedua pun sebab rasa malu. Disebabkan kesilapan saya mention nama awak, jadi saya rasa bersalah sebab penulisan saya yang tak jelas dah buat orang berburuk sangka.

Saya minta maaf atas kesilapan saya. Dan kesilapan itu disedari hanyalah selepas confession saya kali kedua disiarkan.

Saya harap sangat awak dapat maafkan saya. Saya tidak marah atau terasa pun dengan komen awak malah lebih bersyukur ada juga orang sudi menegur.

Saya terima dengan redha walaupun agak pahit untuk ditelan. Kebenaran tetap kebenaran. Saya harus terima. Saya bersyukur ada Orang nampak apa saya tak nampak tentang diri saya.

Saya minta maaf, saya tak tahu nak hubungi awak macam mana. Malu nak pm awak. Tapi damage has been done. Saya benar-benar malu dengan kesilapan ini. Saya rasa berdosa sungguh diatas perbuatan saya terhadap awak.

Saya betul-betul minta maaf dan saya sangat kesal dengan perbuatan saya.

Saya mention nama bukanlah untuk memburukkan awak. Saya cukup-cukup berterima kasih sebab awak tetap dengan pendirian yang saya ada show banyak red flag NPD. Terus terang saya tak tahu NPD itu apa.

Bila awak beritahu tentang NPD tu barulah saya buat carian di Google. Dan mengejutkan memang ada tanda-tanda (tidak semua) tu dalam diri saya.

Saya memang betul-betul berterima kasih pada awak tapi mungkin kesilapan saya dalam menyusun perkataan dalam confession saya sebelum ini telah buat orang salah faham. Saya minta maaf sangat-sangat sebab mention nama awak tanpa saya sedar kesannya.

Namun, ketika menulis confession kedua dan ketiga ini saya berada dalam keadaan tenang dan berfikiran waras. Mungkin saya salah dari menyusun perkataan, kesilapan dari struktur ayat dan cara orang membaca confession saya mungkin berbeza.

Mungkin apa yang saya cuba sampaikan tidak mudah untuk orang fahami dan hadam. Sekali lagi saya mohon maaf pada awak diatas kesilapan bodoh yang saya dah lakukan.

Saya ucapkan jutaan terima kasih sebab beri kesedaran dan ilmu tentang apa itu NPD. Sungguh memang saya tak tahu apa itu NPD sebelum ni. Bpd saya pernah dengar tapi tidaklah mengkaji secara terperinci.

Sekarang dah tahu bolehlah saya usahakan rawatannya. Cuma dari segi perubatan (bertemu doktor), saya belum bersedia lagi.

Saya nak mulakan dengan menjaga hubungan saya dengan Allah dahulu dan juga perbaiki hubungan saya dengan orang di sekeliling saya.

Mungkin apa yang berlaku ini ada hikmah yang saya tak nampak.

Saya rasa berdosa dengan apa yang berlaku, dan saya rasa ralat jika tidak meminta maaf. Saya tak kenal awak, awak tak kenal saya. Tapi saya dah buat salah dengan awak. Saya betul-betul minta maaf. Saya dah sedar dengan kesilapan saya.

Saya minta maaf sangat tulus dari hati saya. Saya harap awak dapat terima kemaafan ini. Saya harap selepas ini janganlah ada yang mengecamnya ya sebab saya memang nampak apa yang cuba disampaikan kepada saya.

Cuma saya sahaja yang tersilap langkah dan tidak pandai menyusun kata-kata.

Pada komen yang lain, alhamdulillah terima kasih pada yang memberi semangat dan kata-kata sokongan. Saya berasa semangat dan saya rasa hati saya lebih kuat selepas baca komen anda semua.

Lepas baca komen, barulah saya dapat rasa Allah masih tak tinggalkan saya walaupun saya banyak buat dosa. Terasa Allah dekat.

Kalau ada yang terasa saya cuba minta simpati, saya minta maaf. Bukan niat saya nak meraih simpati dari anda semua.

Mungkin saya yang belum cukup matang untu handle sesuatu masalah dan mungkin saya belum benar-benar diuji.

Saya berharap ujian yang akan datang dapat saya tempuh dengan lebih kesabaran dan tidak terlalu emosi dalam menyelesaikan apa sahaja masalah yang dihadapi.

Maaf sekiranya setiap perkataan saya dari confession pertama, kedua dan ketiga ini telah mengguris hati semua pihak.

Apa-apa pun, Terima Kasih Semua. Semoga Allah balas kebaikan awak semua dengan ganjaran pahala berlipat ganda.

Innallaha Maa’na,

Assalamualaikum,

– Pasrah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *