Suami Pendiam II

Untuk part I, (https://iiumc.com/suami-pendiam-2/).

Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana siarkan kisah saya. Tak sangka admin terima.

Saya baca komen-komen, saya tau ada yang tak boleh terima saya berkawan dengan lelaki. Saya tahu saya salah, tapi saya dah tak anggap saya salah kalau ini boleh kembalikan mental health saya ke tahap yang betul dan lebih baik.

Orang tak tahu apa saya lalui, orang boleh judge macam-macam. Saya tahu saya isteri orang, selama berkawan hampir 4 tahun saya tak pernah bercerita hal suami dan anak-anak dengan kawan saya tu.

Kami berborak hal kerja, hal lucu di pejabat, minat, pandangan politik, isu semasa.. saya tahu batas saya.

Kalau niat saya tak baik tak payah tunggu 4 tahun berkawan.. Kalau kawan saya tu nak ambil kesempatan juga tak payah tunggu lama.. Suami juga tahu saya kawan dengan dia. Saya tak sorok sebab saya tak buat salah.

Saya bekerja dalam unit saya, saya seorang perempuan.. Perempuan di unit lain, saya jarang berjumpa, kalau berjumpa pun, mereka sibuk bergosip orang tu lah, orang ni lah,

Bercerita bukan untuk selesai masalah, tapi nak pengaruhi orang lain supaya boikot orang yang dicakap tu. Saya tak minat.

Masalah dengan suami ni bukan bermula sejak saya berkawan.. Ia dah lama, saya dah cuba macam-macam cara. Sampai tahap saya nak ke pejabat agama, bawa ke kaunseling keluarga, nak bercakap dengan orang2 tua yang boleh bagi nasihat..

Tapi semuanya suami tak nak. Dia kata dia tak ada masalah, dia takde salah. Dia tak nak orang luar tahu apa masalah kami. Dia taknak orang lain pandang rendah kat dia.

Selama ni, saya tak pernah bercerita dengan sesiapa pun masalah kami. Saya tahu aib. Kat sini pun takde siapa kenal saya dan suami.

Saya pernah beberapa kali cuba call bantuan/ talian untuk masalah rumah tangga, tapi rasanya janggal bercakap di telefon dengan orang tak dikenali dengan suara yang seperti tak berminat tahu masalah kita.

Kalau saya ke pejabat agama juga mungkin masalah tak selesai, malu yang dapat. Dah lah suami dah cakap awal-awal taknak bagi kerjasama.

Saya juga pernah ajak suami pergi Darussyifa’, tapi dia kata dia tak sakit. Kalau nak, biar saya pergi seorang-seorang. Sebenarnya saya pernah pergi seorang, tapi ustazah yang merawat kata saya tak ada masalah.

Orang sebelah yang dirawat muntah-muntah, saya elok saja. Sebab tu saya ajak suami, tapi macam-macam alasan dia bagi. Ye lah, dia perfect kot, apa-apa hal problem tu dari saya.

Pendiam tu adalah tip of iceberg. Dari masalah komunikasi ni bawa kepada banyak benda lain. Suami buat keputusan besar, tak bincang dengan saya, katanya tak perlu ,saya isteri, patutnya saya mengikut dia sahaja.

Hal pendidikan anak, dia buat tak tahu, tak support. Sampai tahap saya tak nampak halatuju rumahtangga. Eh, saya kahwin dengan siapa ni. Saya rasa saya macam patung pun ada, macam trofi pun ada.

Kemuncaknya saya rasa, bila keluarga suami datang tidur seminggu di rumah saya. Saya layan, masakkan untuk mereka, sediakan baju, bawa pergi jalan-jalan.

Tapi satu malam masa suami keluar beli barang, saya pula minta izin nak menyusu anak sebentar lepas masak dan layan mereka makan, saya terdengar ipar-ipar mengutuk mengenai saya dan suami dengan kuat dari luar bilik tidur. Dengan mak mertua join sekaki.

Mereka hempas barang rumah saya. Allahu akbar. Saya diamkan dan buat tak tahu, layan mereka sehabis baik sehingga mereka balik, walaupun hati ni sedih sangat-sangat.

Saya luahkan kat suami, sungguh saya rasa sungguh malu diperlakukan begitu, apa salah saya, dan saya tahu suami takkan percaya kerana dia tak ada di rumah masa tu.

Saya tak sangka mereka tergamak buat macam tu, apa lagi di rumah kami sendiri. selama ni saya anggap mak mertua macam mak saya, adik-adik ipar seperti adik sendiri.

Saya tak diajar berkelakuan macam tu, saya tak pernah tengok keluarga saya ke, saudara mara saya ke buat macam tu.

Kami jadi bergaduh bila saya trigger, suami kata saya yang salah, sebab saya baru tahu perangai mereka, tapi nak salahkan keluarga dia. Sikitpun suami tak back up malah menyalahkan saya.

Saya tersedar mana letaknya diri saya. Salah saya ke mengutuk keluarga orang, salah saya ke hempas barang rumah orang. Eh, semua salah saya la. Saya sangat tertekan. Saya tak boleh brain pemahaman dan cara fikir suami.

Saya rasa sungguh bodoh… naifkah saya, salahkah saya. Tiap kali berdepan dengan suami, apa jua masalah, end up suami akan buat saya rasa diri ini sungguh bodoh. Tak, orang lain tak salah, saya yang salah.

Itu yang paling sedih dan sakit. Hati saya ibarat kaca yang pecah, remuk, ditoreh-toreh lama-lama dah tak boleh dicantum semula. Saya bukan nak salahkan mereka, tak dapat apa pun salahkan mereka. Tapi saya kecewa dengan suami.

Kami kerap bergaduh, bukan sebab kawan saya tu pun, dia takde di celah masalah kami. kami bergaduh kerana susah sungguh nak faham satu sama lain. Saya penat bersabar, penat nak pujuk hati sendiri.

Tiap kali bergaduh, saya bagitahu suami, minta dia bunuh je saya ni… saya banyak kali fikir nak langgar je kereta, nak terjun bangunan, nak ditusuk pisau. Mujur masih ingat dosa pahala. Paksa hati, lembuntukan hati.

Kenapa saya perlu hidup jika tak dihargai, jika saya rasa seperti seorang diri atas dunia ni. Bersuami tapi tak rasa ada suami. Saya kerap bagitahu suami, saya perlukan kawan.

Saya sangat terasa bila dia dengan kawan dia, boleh senyum gelak-gelak, dengan saya buat muka ketat. Bercakap dengan nada seperti saya musuh. Tapi malam-malam tahu cari saya pulak..

Kami kalau keluar makan berdua sekali pun, ada dia, macam takde. Sunyi. Baik saya makan seorang, daripada nak hadap muka ketat dia. Dalam kereta, kalau bercakap, saya seorang je lah bercakap.

Atas katil pula, dia kata penat, masa untuk dia rehat dan tidur. Dah tu bila yang saya boleh berborak dengan dia.

Sebenarnya saya amat berterima kasih dengan kawan saya tu. Sebab tu saya sebut pasal dia dlm penceritaan saya. Saya dapat jumpa kembali diri saya semula. Walaupun dia lelaki, bagi membantu diri saya bangkit semula, lebih baik saya tak anggap dia lelaki.

Dia seorang positif, ceria, ramai kawan, mudah disenangi. Sekurang-kurangnya ada seseorang yang tak judge saya, hukum saya seperti orang bodoh. Apa jua yang kami borakkan dia tak letak saya di kandang pesalah.

Saya juga mula belajar self love, belajar cari hobi, sibukkan diri. Tapi tak cukup, balik rumah saya kena hadap suami lagi.

Saya ada kawan perempuan dulu yang macam tu, tapi sekarang masing-masing dah sibuk. Saya bukan jenis cerita pada mak ayah, pada adik beradik, pada kawan-kawan, masalah suami isteri, saya tahu aib suami, aib kami.

Apapun masalah saya dengan suami, saya tak pernah fikir nak bercerai ,nak kahwin dengan kawan saya tu ke. Tak. Kawan saya tu bukan calon suami.

Saya nak baiki hubungan kami suami isteri. Entah saya ni memang bodoh kot. Suami dah buat saya macam sampah pun, masih lagi nak baiki hubungan.

Cuma apalah guna kalau saya tetap rasa sendiri. Gelak tawa anak-anak je lah penghibur saya. Malu sebenarnya bila anak dah perasan, dah tegur, hambarnya suami dengan saya.

Bila bercakap dengan suami, tiada respon, kalau cakap “ye ke.., so macam mana” buat-buat tanya pun tak pa.

Senyum ke, eye contact ke. Ni saya tak rasa dia ada di situ. tak mendengar. Tak berminat. Hambar. Bila time suami datang angin nak bercerita, saya tak layan dia macam dia layan saya, saya tak sampai hati balas balik..

saya banyak kali tanya dia, apa pendapat dia kalau saya buat apa dia buat kat saya? macam biasa, apapun saya cakap, last sekali salah saya jugak.

Makin lama dengan suami, saya belajar jadi selfish. Tapi saya fikir suami dan isteri mana boleh macam tu. Kalau nak selfish, baiklah hidup sendiri. Ke memang kena selfish kalau nak sustain?

Saya pernah tanya, apa topik yang suami boleh cakap dengan saya, tapi tu lah, tanya pun tak ada jawapan.

Saya boleh buat dek, tak peduli dia. Tapi berapa lama saya sanggup. Saya tak kahwin untuk hadap situasi macam ni. Saya tak yakin saya mampu bersabar.

Saya terima jodoh saya dan saya sedang cuba baiki. It takes two to tango. Anak-anak makin membesar. Saya dah banyak kali bagitahu suami saya tak sanggup dah nak macam ni. Tapi suami buat tak tahu. Saya macam bom jangka, tunggu masa nak meletup je..

Ia mungkin bukan masalah bagi orang lain, tapi masalah bagi saya, nature saya perlukan kawan dan lps berkahwin suami bukanlah kawan untuk saya. Bukan pendukung saya. Saya kena hadap benda ni seumur hidup saya.

Orang perempuan bila dah jauh hati, dia takkan berpaling lagi dah. Mungkin saya teruskan perkahwinan ni, tapi saya akan letak satu dinding antara saya dan suami, supaya saya akan kekal waras. Masa tu, jangan cakap saya kejam, sikitpun saya takkan rasa bersalah.

Atau mungkin saya akan mengundur diri daripada perkahwinan ini. Saya lebih bahagia hidup sendiri dengan anak-anak. Biar masa yang menentukan..

– Suraya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *